Thursday 2 July 2015

Resepi Sup Ayam Power

Aku kata sup ayam power sebab ianya memang yang terbaik pernah aku rasa. Resepi sup ayam ini aku dapat dari internet tapi aku dah adjust sesuaikan rasanya ikut selera aku. Aku tak dapat nak sertakan link resepi asalnya di sini sebab aku dah tak ingat. Mula-mula aku cuba resepi ini ialah dalam lima ke enam tahun lepas. Memang dah lama, sebab itulah aku pun lupa dari blog mana asalnya. Aku cuba cari balik tapi tak jumpa. Kalau tuan punya resepi asal terbaca blog aku ni, bolehlah komen dan sertakan link kat sini ye. Sementara ini aku minta halal dululah. Oleh kerana dah lama aku kenal resepi ini jadi tokok tambahnya telah menjadikan ianya power........power pada lidah akulah.

Aku nak teruskan dengan puji-pujian terhadap sup ayam ini dulu. Rasanya memang ada beza dengan sup ayam versi lain. Aku selalu masak kat rumah. Anak-anak aku dan anak-anak sedara makan selalu bertambah. Aku juga pernah masak sup ayam guna resepi macam ini dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan hari pertunangan adik ipar aku. Aku masak sup ayam sahaja, makanan lain adik ipar aku order dengan syarikat katering. Hasilnya tetamu kata, masakan yang paling best pada hari itu ialah sup ayam. Masakan dari katering semua tak boleh lawan sup ayam. Nasib baik makanan yang lain tu order dari katering, bukan bini aku yang masak, kalau tidak sah la masam muka dia seminggu......peh.

Panjang betul kelentong aku kali ini. Okaylah tanpa membuang masa aku turunkan resepi sup ayam power di sini. Siapa yang nak cuba dipersilakan. Kalau dah cuba dan rasanya sedap tinggalkanlah komen kat sini. Kalau tak sedap diam-diam ajelah....haha.

Sup Ayam Power
 Bahan-bahan
1/2 kg ayam dibersihkan dan potong saiz kecil
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia hiris halus
2 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
1 batang kulit kayu manis saiz sederhana*
7 biji buah pelaga*
1 kiub ayam atau boleh ganti dengan 1 sudu makan stok ayam
1 sudu makan bawang goreng
2 biji kentang potong ikut suka
garam secukup rasa
sedikit gula
1 sudu kecil maggi cukup rasa. kalau guna serbuk perasa bolehlah tambah dalam 1/2 sudu kecil gitu.
minyak untuk menumis
daun sup dan daun bawang 

* kalau suka pedas bolehlah letakkan cili api. saya tak tahan pedas jadi cili api saya tak masukkan.

Cara
Rendamkan bahan yang bertanda * (rempah empat sekawan) dalam satu mangkuk air panas. Bila dah sejuk, tapis dan asingkan rempah tersebut. Air tapisan jangan buang.

Panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan yang diasingkan tadi. Agak-agak kulit kayu manis dah nampak kembang, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Kena gaul selalu kalau tak nanti bawang masaknya tak sekata. Tumis sampai bawang kekuningan. Kalau tak cukup kuningnya nanti kuah sup colornya jadi jernih. Bawang yang garing ini nanti akan membuatkan warna kuah sup jadi keruh. Tak perlu masukkan serbuk sup.

Bila bawang dah kekuningan, masukkan ayam. Gaul rata. Api sederhana. Tutup periuk dalam lebih kurang 5-10 minit. Sekali sekala buka periuk dan gaulkan bahan bagi sebati. Bila sampai tempoh 10 minit anda dapat lihat ada air pekat yang berwarna kekuningan dalam periuk. Itu ialah pati ayam. Pati inilah yang menyerlahkan rasa sup ayam.

Masukkan air tapisan hasil rendaman rempah empat sekawan tadi. Kalau kuah nampak sikit boleh tambah dengan air biasa. Masukkan juga kiub ayam.

Masukkan kentang bila sup mula menggelegak. Masukkan juga bawang goreng. Bawang goreng ini disamping memberi kesan kepada rasa tujuannya ialah untuk bagi keruh kuah tapi kalau tak nak keruh sangat tak perlu tambah bahan ini.

Bila kentang agak lembut, masukkan garam, gula dan cukup rasa. Dulu aku masak sup tak tambah gula tapi semenjak dapat tip supaya masukkan gula dalam sup daripada tukang masak warung tomyam aku pun cubalah dan hasilnya memang lebih sedap.

Padamkan api bila kentang dah cukup lembut. Taburkan dengan daun bawang dan daun sup semasa dihidang. 

18 comments:

  1. Mcm sedap sgt..boleh cuba ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan tanah kata memang sedap :)

      Delete
    2. Saya dah cuba resepi ni banyak kali. Mmg sedap dan terbaik. Tak tukar resepi dah... Hehehe

      Delete
  2. Alhamdullilah... tq for a very yummy recipe. Sy cuma tmbh sedikit cili padi yg diketuk. Bg pedas2 sikit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kerana sudi mencuba. credit kepada tuan punya resepi yang sebenar.

      Delete
  3. Tq for the receipe..dah cuba dan mmg sedap..

    ReplyDelete
  4. Da try. Mmg superb gilerr. Husband suka. Thanks yaaa 😊

    ReplyDelete
  5. Tgh cuba skng ni...baru blik kja..lapar pulak..hope sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah siap masak kena hantar laporan ni..... :)

      Delete
  6. Dah siap masak sup ayam yg sedap .tq tuan. Dah jumpa empunya resepi sup ayam ni.😊😊

    ReplyDelete
  7. Dah try. Series sedap. Cuma tambah lada utk klau nk pedas

    ReplyDelete
  8. tq.. tuan punya resepi..
    mintak halal ilmu masakkan yer..
    sedap sgt.. td masak utk kelas tajwid..mee hun + sup ayam .. ramai ckp sedap habis pulak tu.. semuanya rezeki di kongsi bersama.

    ReplyDelete
  9. Saya x ikut 100% resepi ni tapi tetap lagi sedap dari yang saya selalu buat.. tq untuk resepi sedap ni 😊

    ReplyDelete