Friday 6 January 2017

Buah letup-letup

Pokok jenis ini banyak menjalar di tepi rumah. Tak perlu tanam, dia tumbuh sendiri. Biasanya kalau orang bersihkan halaman rumah, tumbuhan menjalar ini pasti kena cantas sekali. Tapi sebenarnya tumbuhan ini mempunyai banyak manfaat dan khasiat mengikut cara perubatan tradisional. Dekat pagar rumah aku ni pun ada jugak. Dalam 2 bulan lepas aku perasan tumbuhan ni mengeluarkan buah. Penghuni kat rumah aku ni tak tahu buah letup boleh dimakan. Depa orang pekan mana tahu pasal buah ni. Tapi minggu lepas aku panggil seorang pakcik potong rumput dan kemas halaman rumah. Dia tebas pokok letup tu dengan akar-akar sekali. Nasib baik la ada sebatang yang selamat. Dapatlah lagi aku tengok pokok dan buahnya sekali sambil mengimbau zaman kanak-kanak aku dulu. Pokok ini pokok nostalgia bagi sesiapa yang pernah membesar di kampung.

Pokok letup-letup atau pokok ulat bulu yang menjalar kat pagar rumah aku
Pokok letup-letup atau pokok ulat bulu, macam yang aku kata tadi banyak khasiatnya. Daripada akar sampailah ke daun dan buahnya semua ada khasiat. Dalam perubatan tradisional ianya di gunakan untuk merawat penyakit kulit seperti gatal-gatal dan kurap serta merawat luka dan batuk.

Buah letup-letup yang dah masak. Rasanya manis masam macam buah Markisa.
Ada banyak khasiat tumbuhan ini sebenarnya. Tak larat aku nak tulis. Hampa boleh check kat sini kalau ada masa http://www.khasiatherba.com/ulam/khasiat-pokok-letup-letupulat-bulu.html. Pada aku, pokok letup-letup ada nilai sentimental. Aku lahir dan dibesarkan di kampung. Sinonim dengan pokok ini. Bila nampak sahaja pokok ini, terkenang kembali kampung halaman. Malang sekali kampung halaman aku dah tak ada. Kalau ada pun pastilah tak sama macam zaman ketika aku masih kecil dulu. Cepat betul masa berubah, pejam celik dah hampir separuh abad umur aku rupanya. Benarlah firman Allah swt, masa yang berlalu tak dapat diganti dan setiap detik masa yang berlalu manusia sentiasa berada dalam kerugian;



وَالْعَصْرِ
إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa.
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Moga kita semua beroleh rahmat dan redha Allah swt dan tidak termasuk ke dalam golongan manusia yang rugi. Aamiin.

Monday 2 January 2017

Jagung rebus pasar malam

Hampa tentu pernah makan jagung rebus yang biasa orang jual kat pasar malam tu kan? Hampa makan je tau tapi belum tentu lagi hampa tau macam mana cara rebus jagung tu supaya dapat rasa sama macam yang orang duk jual kat pasar malam tu.......hehe. Chek pun sebenarnya tak tau....dulu la. La ni chek dah tau jadi chek nak turunkan ilmu ni kat hampa. Mana yang dah tau tu jangan la duk gelak pulak. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Dulu kalau chek rebus jagung mesti jagung tu jadi kecut bila dah masak. Last-last beli kat pasar malam lagi bagus.

Empat tongkol jagung beli kat NSK.
Rupanya rebus jagung pun ada caranya bukan main cincai je.....hehe. Mai sini chek ceritakan caranya. Mula-mula hampa rebus air dulu. Agak-agak jagung boleh terendam separuh atau 2/3 bahagian pun dah ok. Ingat ye, rebus air dulu. Jagungnya jangan masukkan lagi. Sementara tunggu air menggelegak hampa bersihkan la jagung yang nak direbus tu. Potong hujung dia sikit, pangkal dia pun potong jugak. Buang kulit jagung tu tapi jangan buang semua. Tinggalkan kulit dia sikit macam jagung rebus yang kat pasar malam tu.

Potong hujung dan pangkalnya.
Bila air dah menggelegak, tambah garam dan gula. Hampa rasalah nak lagu mana. Nak masin ka nak manis ka hampa adjust sendiri. Kalau hampa nak macam yang jual kat pasar malam tu hampa kena buh gula banyak. Bila hampa rasa air rebusan tu, boleh rasa manisnya.

Buh la garam dengan gula. Sukatan ikut hampa nak macam mana.
Dah tambah garam dengan gula, masukkanlah jagung tadi. Tutup periuk tu supaya wap panas tak keluar jadi jagung tu boleh masak sekata walaupun hanya terendam separuh. Jangan lama rebus jagung tu. Kalau lama nanti  jadi kecut. Dulu chek masak jadi kecut sebab masak lama sangat. Paling lama 10 minit sahaja. Lepas tu tutup api. Kalau kat Cameron Highland, nyonya jual jagung rebus hanya rebus jagung dia 5 minit sahaja. Rasa jagung dia macam tak cukup masak, pasal tu la chek syorkan 10 minit. Nyonya kat Cameron Highland tu jual jagung rebus original. Air rebusan tak campur garam tak campur gula. Lain rasanya dengan yang biasa kita beli kat pasar malam.

Masukkan jagung, tutup periuk dan biarkan 10 minit.
Lepas 5 minit kalau hampa rajin balik-balikkan la jagung tu. Kemudian tutup periuk dan biarkan lagi 5 minit. Total masa 10 minit. Lepas padamkan api hampa jangan terus ngap. Nak tau kenapa? Pertama sebab panas lagi. Keduanya sebab kalau hampa terus angkat jagung tu, air rebusan belum menyerap masuk ke dalam tongkol jagung. Bila hampa makan nanti, sedut-sedut tongkol dia tak de air, tak best la. Yang kat pasal malam kan biasanya tongkol jagung tu kalau sedut sedap gak airnya.....hehe. Hampa tunggu dalam sejam dua macam tu baru la makan. Masa tu air rebusan dah menyerap masuk ke dalam tongkol jagung.

Inilah hasil yang chek dapat. Lemak-lemak manis gitu.
Okay, dah dapat kan.......jadi sekianlah dulu untuk kali ini. Sebenarnya chek dah lama tak buat entri jadi kali ni chek saja merapu masukkan entri rebus jagung supaya blog chek ni tak tenggelam terus. Biaq la sekali sekala timbul.....hehe.