Monday, 2 January 2017

Jagung rebus pasar malam

Hampa tentu pernah makan jagung rebus yang biasa orang jual kat pasar malam tu kan? Hampa makan je tau tapi belum tentu lagi hampa tau macam mana cara rebus jagung tu supaya dapat rasa sama macam yang orang duk jual kat pasar malam tu.......hehe. Chek pun sebenarnya tak tau....dulu la. La ni chek dah tau jadi chek nak turunkan ilmu ni kat hampa. Mana yang dah tau tu jangan la duk gelak pulak. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Dulu kalau chek rebus jagung mesti jagung tu jadi kecut bila dah masak. Last-last beli kat pasar malam lagi bagus.

Empat tongkol jagung beli kat NSK.
Rupanya rebus jagung pun ada caranya bukan main cincai je.....hehe. Mai sini chek ceritakan caranya. Mula-mula hampa rebus air dulu. Agak-agak jagung boleh terendam separuh atau 2/3 bahagian pun dah ok. Ingat ye, rebus air dulu. Jagungnya jangan masukkan lagi. Sementara tunggu air menggelegak hampa bersihkan la jagung yang nak direbus tu. Potong hujung dia sikit, pangkal dia pun potong jugak. Buang kulit jagung tu tapi jangan buang semua. Tinggalkan kulit dia sikit macam jagung rebus yang kat pasar malam tu.

Potong hujung dan pangkalnya.
Bila air dah menggelegak, tambah garam dan gula. Hampa rasalah nak lagu mana. Nak masin ka nak manis ka hampa adjust sendiri. Kalau hampa nak macam yang jual kat pasar malam tu hampa kena buh gula banyak. Bila hampa rasa air rebusan tu, boleh rasa manisnya.

Buh la garam dengan gula. Sukatan ikut hampa nak macam mana.
Dah tambah garam dengan gula, masukkanlah jagung tadi. Tutup periuk tu supaya wap panas tak keluar jadi jagung tu boleh masak sekata walaupun hanya terendam separuh. Jangan lama rebus jagung tu. Kalau lama nanti  jadi kecut. Dulu chek masak jadi kecut sebab masak lama sangat. Paling lama 10 minit sahaja. Lepas tu tutup api. Kalau kat Cameron Highland, nyonya jual jagung rebus hanya rebus jagung dia 5 minit sahaja. Rasa jagung dia macam tak cukup masak, pasal tu la chek syorkan 10 minit. Nyonya kat Cameron Highland tu jual jagung rebus original. Air rebusan tak campur garam tak campur gula. Lain rasanya dengan yang biasa kita beli kat pasar malam.

Masukkan jagung, tutup periuk dan biarkan 10 minit.
Lepas 5 minit kalau hampa rajin balik-balikkan la jagung tu. Kemudian tutup periuk dan biarkan lagi 5 minit. Total masa 10 minit. Lepas padamkan api hampa jangan terus ngap. Nak tau kenapa? Pertama sebab panas lagi. Keduanya sebab kalau hampa terus angkat jagung tu, air rebusan belum menyerap masuk ke dalam tongkol jagung. Bila hampa makan nanti, sedut-sedut tongkol dia tak de air, tak best la. Yang kat pasal malam kan biasanya tongkol jagung tu kalau sedut sedap gak airnya.....hehe. Hampa tunggu dalam sejam dua macam tu baru la makan. Masa tu air rebusan dah menyerap masuk ke dalam tongkol jagung.

Inilah hasil yang chek dapat. Lemak-lemak manis gitu.
Okay, dah dapat kan.......jadi sekianlah dulu untuk kali ini. Sebenarnya chek dah lama tak buat entri jadi kali ni chek saja merapu masukkan entri rebus jagung supaya blog chek ni tak tenggelam terus. Biaq la sekali sekala timbul.....hehe.

3 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Kat pasar mlm tu jagung di sapu dgn apa bila dah siap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jagung bakar biasanya disapu dgn mentega tapi kalau jagung rebus tak ada sapu apa2 rasanya.

      Delete