Hari ini aku nak berkongsi resepi mee goreng mamak yang sangatlah sedap pada lidah aku. Resepi ni aku dapat dari kedai mamak. Ceritanya begini. Kat tempat aku ni ada satu restoran mamak yang mee gorengnya aku rasa above average berbanding mee goreng restoran mamak yang lain. Kalau nak makan mee goreng, ke situlah aku tuju. Mamak ni goreng mee kat tempat terbuka sikit jadi bila aku ke restoran ni aku duduk mengadap dapur dia orang goreng mee. Lepas tu aku order la mee goreng. Tujuan aku duk berdepan dengan dapur tu sebab aku nak tengok macam mana dia orang masak dan apa bahan yang dia orang pakai. Banyak kali jugak aku peratikan cara dia orang menggoreng. Kadang-kadang saja aku pi dekat konon nak bersembang tapi sebenarnya aku nak tengok jenis kicap dan bahan-bahan lain yang digunakan. Bila dah tahu cara masak dan bahan-bahan yang dia orang guna, aku try masak kat rumah. Kali pertama tak menjadi. Rasanya tak sama macam mee goreng mamak yang biasa aku makan. Lepas tu hari lain aku pi ulang tengok lagi. Balik rumah, goreng mee lagi. Aku rasa kali ke empat barulah aku dapat menggoreng mee yang rasanya macam mee goreng mamak malahan aku rasa aku punya lebih sedap daripada mee goreng mamak tu. Okaylah, cerita panjang pun tak guna. Ni aku nak kongsikan resepi mee goreng mamak yang aku cilok dan dah aku adjust bagi lagi power......haha perasan giler wei. Aku namakan resepi ni "resepi mee goreng mamak yang sangat sedap". Mudah-mudahan perkongsian ini memberi kebaikan kepada kita semua. Insya Allah.
Resepi mee goreng mamak yang sangat sedap
Bahan-bahan (untuk 1 hidangan shj)
1/3 daripada sebungkus mee kuning 450gram (paling sesuai mee kuning cap wau)
1/2 biji tauhu lembut. kalau tak jumpa, tauhu biasa pun ok
2-3 tangkai cili api di ketuk
1 sudu besar cili kisar atau cili boh
1 biji bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji tomato hiris ikut suka
2 helai daun sawi ketuk bahagian batangnya dan potong mcm biasa
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil cukup rasa atau serbuk perasa (kalau tak nak taruh pun tak apa)
1 biji telur
2 sudu besar minyak untuk menumis
1 biji kuih udang potong ikut suka (beli kat makcik jual kuih petang-petang kat tepi jalan tu)
sedikit kubis (cincang - bila anda makan mee nanti kubis yg dicincang ini rangup seolah-olah kacang)
sedikit tauge
sedikit air
kicap secukup rasa (mesti kicap brand BILAL. Kalau tak ada gantikan dgn Tamin. Tapi BILAL paling best)
Cara
Gunakan api sederhana. Masukkan minyak dalam kuali tak perlu tunggu panas, potong tauhu terus masukkan dalam kuali. Bila tauhu dah agak-agak separuh masak masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau-kacau sikit bagi semua bawang kena minyak.
Bila bawang sedikit layu, masukkan cili kisar. Tumis bagi pecah minyak. Masukkan kubis diikuti oleh tomato, cili api dan sawi. Gaul sebati.
Masukkan mee kuning (cuci dengan cara lalukan air paip - sekejap je). Gaul sebati kemudian masukkan gula dan cukup rasa. Gaul lagi bagi gula dan cukup rasa sebati dengan bahan-bahan lain.
Masukkan kuih udang dan tauge. Gaul dan tuangkan kicap BILAL sikit-sikit. Jangan sampai hitam sangat ye. Kalau hitam sangat nanti mee jadi pahit. Gaul sebati.
Masukkan sedit air agak-agak dalam 1/3 cawan. Kalau nak basah lebihkan air. Lepas anda masukkan air, warna mee akan jadi cerah sikit. Kalau anda rasa kurang gelapnya bolehlah tambah kicap sikit lagi. Gaul lagi kemudian tolak semua bahan ke tepi dan masukkan telur. Lepas masukkan telur terus je gaul sebati. Jangan tunggu telur mengeras.(Step last ni kena cepat untuk elakkan mee kembang sebab kita dah buh air. Kalau boleh slowkan api masa ni). Padamkan api, sedia untuk dihidang.
Proses masak mee goreng ni tak lama. Tak sampai 5 minit dah siap. Kalau masak lama mee jadi kembang. Tak best. Lepas tu kalau rajin hiaslah dengan potongan timun dan daun bawang serta daun sup. Nak tabur bawang goreng pun ok jugak. Selamat mencuba.
Garam tak payah guna. Kicap bertindak sebagai pengganti garam. Kalau ada yang tak tahu macam mana rupa kicap BILAL, kat bawah ni gambarnya yang aku crop dari sini http://reenhazzkitchen.blogspot.com/2013/08/109.html
Sos Campuran BILAL. |
*kalau korang nak tengok macam mana mamak goreng mee boleh buka link ini https://www.youtube.com/watch?v=NsSN-ot-Gnk tapi yg aku nampak cara mamak goreng mee ikut suka dia orang je. tak ada yg specific. video ni aku ambil kat restoran abdullah jalan sungai tua selayang.
Assalamualaikum.. Tauhu lembut tu tauhu jepun ke? Cara basuh mee tu klu lalukan dgn air je hilang x rasa mee tu? Ada jenis mee yg klu basuh sket dia ada rasa x sedap bile msk. Satu lg, kicap bilal tu pekat n masin ke? Tq
ReplyDeleteW'salam.
Delete1. Tauhu lembut yg saya maksudkan tu bukan tauhu jepun. Macam tauhu biasa juga cuma yang ni lembut. Kalau tak jumpa, tauhu jepun pun ok juga.
2. Kalau kat restoran biasa memang dia org tak basuh. Keluar dari bungkusan terus masuk kuali. Kadang-kadang mee kuning ada asid borik. Untuk selamat elok lalukan air sikit. Lalukan air sikit shja supaya rasa mee tak terjejas.
3. Label kicap Bilal pada botolnya di tulis "sos campuran". bahagian atas sebelah kiri label ada tulis "manis". kicap ni pekat dan manis. bukan pekat dan masin.
semoga membantu.
Terima kasih Pak Mat. Nnt saya cuba :)
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNk share resepi..bahan pun mudah dpt..pic pun nmpk menarik n menyelerakan..
ReplyDeletesilakan, memang untuk d kongsi bersama pembaca
DeleteGuna kicap biasa blh x?
ReplyDeletekicap bilal boleh digantikan dengan kicap tamin. kicap kipas udang tak sesuai. rasa mee goreng jadi lain. brand lain saya tak pernah cuba pulak.
ReplyDeletestep masakan macam mee melayu aje,,,
ReplyDeletedah diadjust bagi sesuai dengan cara kita. step mee goreng mamak yang sebenar tak sesuai untuk kita yang masak mee goreng sekali sekala. nak tau step masak mee goreng mamak yang sebenar tunggu entri saya yang baru sedikit masa lagi :)
Deletemamak goreng mee step by step rujuk entri ini http://pipsterian.blogspot.my/2016/03/mamak-goreng-mee-step-by-step.html
DeleteKlu guna kicap mee?
ReplyDeleteSaya pernah cuba guna kicap mee tamin tapi rasa dia tak sama. Lain kicap lain rasa dia. Tak pasti pulak dengan kicap mee brand lain. Mungkin ada yg lebih ok kot.
DeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteShare resepi yer pak mat.
Waalaikumsalam,
DeleteSilakan. Resepi ini memang untuk dikongsi bersama pembaca.
Tq atas ilmunya. Sgt bermanfaat
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteNk trylah
ReplyDeleteAs salam, mintak izin utk di post kan resepi ini di channel sy, terima kasih ��
ReplyDeleteWaalaikumsalam. Silakan. Kepada sesiapa yang nak copy atau ambil apa-apa bahan dari blog saya ini saya izinkan. Tak perlu minta kebenaran. Nak bagi kredit boleh, tak bagi kredit pun tak apa. Memang niat saya untuk berkongsi, jika ada ilmu yang berguna di dalam blog ini dengan seramai yang mungkin.
DeleteIn Syaa Allah.
assalamualaikum, ini resipi memang fave saya. Malas nak catit, so kalau nak masak memang kena tenguk dulu entry ni.
ReplyDeleteWaalaikumsalam....Alhamdulillah.
DeleteSalam. Ini bawang merah (shallot) ataukah bawang besar merah? Saya tak faham.
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
DeleteBawang merah kecil. Untuk lebih jelas boleh lihat entri ini http://pipsterian.blogspot.co.uk/2017/11/macam-macam-jenis-bawang.html. Saya guna bawang no 2 (yang kecil) utk mee goreng mamak ini.
Dah try tp ada barang yg xde...adjust secukup rasa...wife cakap sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteMalam ni nk buat harap mnjadi dalam cubaan pertama .
ReplyDeleteIn Shaa Allah
DeleteTemakasih pak mat... Mmg saya tengah cari resepi ni... Moga Allah SWT permudahkan rezki pak mat yg suka berkongsi resepi ini.. 😍
ReplyDeleteAlhamdulillah...sama2...aamiin
DeleteSaya makan mee mamak malam td.. sedap sgt..bagi tekak saya..tu terus google sampai sini.. terima kasih atas perkongsian.. betul dah resepi di atas sbb ada letak cucur udang tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Boleh kongsikan dengan org lain kalau resepi ni sedap. Lagi ramai yang dapat manfaat lagi bagus, lagi luas pahala kebaikan kita sama2 dapat. In Shaa Allah.
Deleteterliur teruk ni bosskuu , by the way terima kasih sudi share resepi =)
ReplyDeleteTerbaik pak mat..
ReplyDelete