Kalau sesiapa rindukan kampung halaman
tapi tak mempunyai masa terluang yang mencukupi untuk balik ke kampung
bolehlah melepaskan rindu dengan cara balik kampung secara maya. Dalam
kata lain balik kampung secara online. Zaman IT sekarang ni segalanya
mungkin. Kalau dapat tengok gambar kampung halaman pun jadilah. Terubat
jugak rindu. Tambahan orang macam aku ni dan berpuluh tahun tak balik
kampung. Sekali melawat kampung secara online, tapak rumah pusaka pun
aku melilau cari tak jumpa. Aku ni tak balik kampung bukan pasal aku si
Tanggang. Aku tak balik kampung sebab tak ada sesiapa dah saudara mara
aku di sana. Adik beradik aku semua merantau dan berkeluarga di
perantauan. Ibu bapa meninggal masa aku sekolah rendah. Jadilah macam
anak ayam hilang ibu, masing-masing membawa diri. Yang untungnya dalam
kes aku ni ialah orang rumah aku. Masa hari raya tak gaduh nak bergilir
beraya di mana. Memang sah akan beraya di kampung dia......haha bestkan
kalau kawin dengan anak yatim piatu ni.
Berbalik kepada cerita balik kampung
secara maya, ianya bukanlah perkara baru. Dah lama rasanya
benda ni boleh dibuat. Kalau anda pernah dengar "google street view"
maka anda tahulah serba sedikit apa yang aku maksudkan dengan balik
kampung secara maya. Jom tengok kampung aku dulu. Kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2015/01/mempelam-mangga-unik-yang-pasti-ramai.html dan juga kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2015/01/mempelam-mangga-unik-yang-pasti-ramai_26.html aku ada cerita
pasal mempelam kelipisan atau mangga
kasturi. Kat bawah ni adalah gambar pokok mempelam yang sebenar yang aku
ambil dari street view. Pokok mempelam ini usianya dah berpuluh tahun.
Kampung halaman aku tinggalkan dah 30 tahun lebih. Barangkali umurnya
dah mencapai 45 tahun.
Gambar google street view. Pokok mempelam kelipisan. Ada empat pokok kesemuanya. |
Gambar google street view. Tapak rumah pusaka dah jadi belukar. |
Kalau anda nak melawat kampung anda melalui google street view pertama sekali buka site carian google kemudian anda taip nama kampung atau bandar. Contohnya kampung anda ialah Raub, Pahang. Hasil carian google adalah seperti gambar di bawah;
Sebahagian dari hasil carian google Raub, Pahang. Klik pada menu Maps yang terletak di antara menu Webs Dan Images |
Kemudian klik pada menu Maps. Akan keluar gambar peta seperti berikut:
Tanda seruan berwarna merah yang ada huruf A di dalamnya menunjukkan Bandar Raub. |
Di sebelah kiri peta di atas ada satu garisan yang mana di bahagian bawah ada tanda - dan bahagian atas ada tanda + dan di atas tanda + ada ikon gambar manusia yang berwarna kuning. Tanda + gunanya adalah untuk membesarkan peta manakala tanda - untuk mengecilkan peta. Klik pada tanda + atau - akan membesarkan mengecilkan peta tersebut. Ikon gambar manusia itulah yang akan digunakan untuk melihat google street view. Gambar di bawah menunjukkan peta bandar Raub yang telah dibesarkan.
Peta bandar Raub yang telah dibesarkan. |
Sekarang anda bawa mouse kepada ikon manusia tersebut kemudian tekan button mouse sebelah kanan , jangan lepaskan kemudian drag ikon manusia tersebut, bawa dan letakkan di jalan yang berdepan dengan Majlis Daerah Raub. Hasilnya anda akan lihat seperti gambar di bawah ini.
Ini adalah pemandangan di depan Majlis Daerah Raub. Sebelah kanan jalan ialah ialah Dataran Raub. |
Gambar pada google street view adalah berdimensi 360 darjah. Anda letakkan mouse pada gambar tersebut kemudian draglah ke kiri atau ke kanan untuk melihat gambar di sekelilingnya. Mudah saja bukan. Sekarang zaman IT anda dah boleh balik kampung secara maya.
Tengok gambar 4 pokok mangga depan rumah pakcik Johari.. aku pun turut teringat zaman aku kecil dulu.. aku pun pernah mengambil buahnya ketika ianya berbuah dulu.. memang sedap... sering juga dikejar oleh pakcik johari yg garang tuu... tak sangka pokok hidup hingga skrg... gambar kedua pula kalau tak salah aku, pokok guncak... dekat titi rumah pakcik din burak... (pakar gunting rambut juga)... terima kasih kerana memuatkan cerita dan gambar ini dlam blog... Kg ni tetap menjadi kenangan buat aku....
ReplyDeleteSaudara Sams,
ReplyDeletePakcik Din burak dah lama meninggal dunia. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepadanya. Masa saya kecil dulu arwah selalu gunting rambut saya dengan percuma. Mudah-mudahan amal kebaikannya dulu memberi manfaat kepada beliau di alam sana.