Friday, 9 January 2015

Harta yang kita ada bukan hak mutlak kita

Hari ni lepas solat Jumaat aku ke pasaraya sekejap nak beli barang. Dalam perjalanan ke sana ada sebuah lori bawa ayam hidup yang barangkali nak turunkan ayam tersebut. Maklum la kawasan pasar, memang aktiviti macam ni selalu terjadi. Sementara lori tu nak undur dan ke depan untuk adjust parking bagi senang kerja menurunkan raga ayam, banyaklah kereta kena berhenti untuk beri laluan kepada lori tersebut parking. Kalau nak diikutkan, rugi masa sementara menunggu jalan tersebut boleh dilalui semula. Yang untungnya tauke ayam, yang ruginya pengguna jalanraya kerana terpaksa berhenti dan menunggu. Kalau setakat tunggu untuk lori tersebut adjust parking sahaja tak apalah jugak. Kadang-kadang lori ni parking separuh jalan lepas tu di situlah dia orang buat kerja unloading. 

Daripada dua lorong tinggallah hanya satu lorong untuk digunakan oleh pengguna jalanraya dari kedua-dua arah. Maka berebut-rebutlah orang nak lalu satu lorong yang tinggal tu. Orang Malaysia memang sopan santun. Pelancung selalu puji orang Malaysia yang baik hati. Tapi orang Malaysia akan hilang sifat baik hati dan sopan santun bila berada di jalanraya. Bukan semuanya begitu tapi boleh dikatakan amat ramai termasuk dalam kategori ni dan barangkali termasuklah aku jugak...haha. Kadang-kadang tu aku heran jugak tengok ada yang pakai kupiah lebai dan bertudung labuh pun boleh potong "queue". Kalau yang tak berlebai dan bertudung labuh tu aku boleh terima lagi sebab kita bolehlah anggap dia orang mungkin jahil sebab tu lah tak tahu menghormati orang lain. Tapi kalau lebai dan makcik bertudung labuh yang buat lagu tu aku yang tengok jadi confuse pulak.

Sebenarnya, apa yang nak aku ceritakan kat sini bukan pasal sikap pemandu di negara kita. Cerita aku adalah pasal tauke ayam untung, pengguna jalanraya yang rugi. Maksudnya tauke ayam buat untung atas kerugian orang lain. Sebab itulah dalam Islam ada kewajipan menunaikan zakat harta. Dalam harta kita, sebahagiannya ada hak-hak orang lain. Bagaimana kita nak memulangkan hak-hak orang lain tersebut? Jawapannya adalah dengan menunaikan zakat. Bagi tauke ayam dalam cerita ini, dalam sebahagian dari harta yang diperolehinya adalah dengan  cara menggunakan kemudahan awam iaitu jalanraya sehingga menyebabkan urusan pengguna jalanraya yang lain terganggu. Maka dengan berzakat, tauke ayam ini telah memulangkan semula hak-hak orang lain termasuklah pengguna-pengguna jalanraya yang telah memberi laluan untuk memudahkan urusan perniagaan beliau.

Firman Allah swt:

Dan pada harta-benda mereka ada hak orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak meminta.’ (az-Zariyat, 19)

Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu (menumbuhkan) ketenteraman jiwa bagi mereka.’ (at-Taubah, 103)

No comments:

Post a Comment