Ya, dah lama aku teringin nak ke ke Tasik Raban tapi hajat di hati tak pernah tertunai hinggalah pada suatu petang 3.1.2015 yang lalu iaitu bertepatan dengan harijadi aku yang ke sekian kalinya...hehe, berpeluang juga aku berkunjung ke sana. Kalau nak diikutkan dah lama aku sampai ke sana. Dulu aku pernah tinggal di kampung Lubuk Merbau. Bukan jauh sangat dah dah. Lebih kurang 30 minit perjalanan dah sampai. Tapi tu dulu masa aku tengah belajar lagi. Mana ada kenderaan nak pergi tambah lagi poket selalu tak berisi. Kalau berisi pun kena dulukan yang perlu dan kalau ada lebih barulah boleh melencong sikit. Tapi selalunya mana ada lebih, selalu kurang je memanjang....haha.
Itu cerita dulu, dulu puluhan tahun jugaklah kiranya. Dulu masa belajar dan bujang trang tang tang tapi sekarang dah berbini (satu je). Anak-anak pun dah ada. Dah masuk sekolah menengah dah. Tu dia punya la lama dan jauhnya beza dulu dan sekarang. Itulah masa. Bergerak pantas. Pejam celik dari bujang dah beranak pinak. Begitu pantas masa berlalu. Masa yang lalu tak boleh diulang. Nyatalah kebenaran firman Allah swt;
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian kecuali mereka
yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran"
Al Asr : 1-3
Berbalik kepada kisah Tasik Raban. Masa aku datang tu kebetulan banjir baru surut. Kalau awal sehari dua jalan lama melintasi tasik tu tak boleh dilalui kerana air tasik melimpah hingga menenggelamkan jalan. Sekarang ni jalan lama dah kurang orang guna. Penduduk kampung sekitar je yang banyak gunakan jalan tu untuk urusan harian mereka. Kalau orang yang nak ke Lenggong, Gerik, Baling atau Jeli tentulah mereka gunakan jalan baru yang lebih lebar dan selesa. Jalan baru memang sahih tak akan tenggelam dek banjir sebab dibina di kawasan tinggi.
|
Dah sampai Tasik Raban. Depan tu Jambatan Raja Muda Nazrin yang merentangi Tasik Raban. |
|
Banjir mula surut di medan selera Tasik Raban. |
|
Jambatan Raja Muda Nazrin yang diambil dari medan selera Tasik Raban. Gambar yang ini versi HDR. |
Memang tenang dan mendamaikan suasana di Tasik Raban. Petang tu orang tak ramai. Agaknya sebab masih lagi dalam suasana banjir yang belum selesai. Medan selera pun masih berlumpur belum dibersihkan dan belum beroperasi. Sapa-sapa yang nak mengalami suasana kampung tepi tasik elok benarlah bercuti dan berehat di sini. Bertentangan dengan medan selera yang dipisahkan oleh tasik ada Tasik Raban Resort.
|
Bangunan di sebelah kiri ialah sebahagian kecil dari kawasan Tasik Raban Resort. |
Pemandangan waktu petang di sini memang cantik. Sesuai untuk peminat fotografi dan pencita alam. Duduk di wakaf yang dibina di tepian tasik sambil menikmati keindahan alam ciptaan Illahi memang sungguh menenangkan jiwa. Panorama waktu petang memang asyik. Awan bergumpal-gumpal macam hidup je kata orang rumah aku.
|
Nelayan tasik menangkap ikan berlatarbelakang gunung-ganang dan awan yang membiru. Sungguh mendamaikan. |
|
Perahu nelayan. |
|
Jalan lama Kuala Kangsar - Lenggong merentasi Tasik Raban. |
|
Sangkar ternakan ikan di tengah tasik. |
|
Pemandangan tasik di bahagian lain |
|
Tasik yang disulami banjaran gunung. |
|
Gambar favorite aku versi HDR |
|
Medan selera di tengah tasik. |
|
Lain kali aku pasti datang lagi. |
|
Tanah tinggi yang dibelakang tu ialah sebagian daripada Banjaran Titiwangsa. |
|
Pandangan di bahagian tasik yang lain. |
Waktu petang di Tasik Raban anda boleh lihat ramai kaki pancing sedang memancing. Tapi yang paling asyik untuk dilihat ialah aksi nelayan tasik berperahu menangkap ikan. Kalau anda datang pada masa cuaca yang elok berkemungkinan besar anda akan dapat lihat aksi nelayan tasik menangkap ikan menggunakan jala.
|
Nelayan tasik menebar jala. Siap bawa anak sekali. |
|
Tasik Raban kaya dengan berbagai spesis ikan. |
|
Tasik ni sangat luas. Sikit je yang dapat aku terjah. |
Masa perjalanan balik, aku singgah di pusat pengumpulan kecil hasil pertanian, ikan sungai dan IKS Kampung Kelantan. Pusat ini terletak disebelah kiri jalan jika anda datang dari Kuala Kangsar menghala ke Lenggong. Maksudnya kalau anda nak ke Tasik Raban dari Kuala Kangsar anda akan jumpa pusat ini dulu sebelum anda jumpa Jambatan Raja Muda Nazrin yang merentangi Tasik Raban. Jika anda dari Lenggong menghala ke Kuala kangsar, pusat ini di sebelah kanan jalan. Nama tempat ni Kampung Kelantan. Ada banyak jenis ikan pekasam produk sekitar Tasik Raban yang dijual di sini. Macam-macam jenis ikan pekasam, Puyu, sepat, haruan, loma, lampam, keli, sebarau, tenggalan dan lain-lain. Harga berbeza mengikut jenis ikan. Bukan setakat ikan je, barang hasil pertanian dan produk kampung pun ada dijual.
|
Pusat jualan hasil pertanian sekitar Tasik Raban. |
|
Produk utama Tasik Raban ialah ikan pekasam. |
|
Yang saiz besar ikan Sebarau. Jenis ikan ni mahal sikit. |
|
Tak tau jenis ikan apa. Nampak macam sepat. Sepeket RM5. Ikan biasa-biasa 3 peket RM10 pun ada. |
No comments:
Post a Comment