Baru-baru ini aku berpeluang ke Terengganu atas urusan tertentu. Lebih tepat lagi ke Dungun. Belum pernah lagi aku menginap di Dungun tapi kali ini aku ambil keputusan untuk bermalam di salah satu chalet yang banyak terdapat di sepanjang jalan Pantai Sura. Sura merupakan salah satu mukim dalam daerah Dungun. Sebenarnya aku nak ambil gambar matahari terbit. Di bahagian pantai barat semenanjung aku selalu ambil gambar matahari terbenam sebab matahari terbenam di sebelah barat. Kalau di pantai timur kenalah ambil peluang melihat suasana matahari terbit dari sebelah timur pula. Bukan selalu aku ke sini, jadi kali ni aku buat keputusan nak ambil peluang yang tak selalu aku dapat. Tapi kita manusia hanya boleh merancang, Allah swt yang menentukan. Aku bangun awal pagi. Lepas subuh terus ambil kamera tunggu depan chalet yang mengadap pantai. Rupanya tak ada rezeki aku nak tengok suasana matahari terbit di Pantai Sura. Hari yang mendung menyebabkan matahari menyembunyikan dirinya di balik awan.
Walau bagaimana pun, kamera dah ada di tangan aku snap jugaklah. Cantik juga pemandangan waktu awal pagi di sini. Waktu ni suasana masih sepi. Aktivi harian di sebelah pantai timur ni bermula lambat sikit. Kalau di KL pukul 7.00 pagi dah sibuk tapi di sini pukul 9.00 pagi pun masih agak lengang lagi.
Pancaran matahari pagi di balik awan nampak cantik ditambah pula dengan kehadiran awan mendung yang kebiru-kebiruan di waktu pagi. Di mukim Sura ini terletak UiTm cawangan Terengganu. Lokasinya adalah di penghujung jalan Pantai Sura. Beruntung pelajar UiTM di sini kerana dapat peluang belajar dalam suasana yang damai dan tenteram. Oleh itu kepada pelajar UiTM, gunalah peluang yang ada sebaik mungkin. Insya Allah, jika anda berusaha dan belajar dengan tekun, kejayaan akan menanti anda.
Ada wakaf untuk berehat |
Sungai Sura yang sedang surut terletak di penghujung Jalan Pantai Sura bersebelahan dengan kampus UiTM Dungun. |
No comments:
Post a Comment