Masa belajar dulu ada sorang
kawan aku ni yang cukup cemerlang dalam pelajaran. Dia ni course mate aku masa
tu. Tiap-tiap semester mamat ni dapat GPA 3.5 ke atas dan grad dengan CGPA 3.5
ke atas. Tiap-tiap semester juga dia dapat sijil dekan dan tiap-tiap semester
juga asyik dia je yang jadi best student. Muka orang lain tak de dah. Muka dia
aje yang cemerlang dan akhirnya dia menamatkan pengajian dengan anugerah
pengarah. Jeles aku dengan pencapaian dia…hehe. Tapi mamat kawan aku ni tak
kedekut ilmu. Dia ada bagi tahu aku cara-cara dia belajar dan mengulangkaji
pelajaran dengan berkesan cumanya aku ni masa tu ada penyakit sikit. Penyakit
malas. Kalau kena penyakit ni habislah. Kalau malas sahaja okay lagi tapi malas
aku ni satu hal, lepas tu suka enjoy pulak tu. Mana tak melingkup. Aku tahu
ramai pelajar-pelajar di menara gading sekarang ni pun macam aku dulu jugak.
Nak pi lecture kalau pukul 8.00 pagi punya la berat. Mana tak beratnya, dah
bersembang dan bergebang dengan kawan-kawan sampai pukul 3-4 pagi. Kalau
berjaga sampai pukul 3-4 pagi buat tutorial atau assignment bolehlah diterima
alasan sebegitu. Ini kalau ada assignment, tunggu last minute baru nak buat.
Alahai, itu la aku dan juga ramai budak-budak melayu kat U sekarang ni…..
Hari ni, bila teringat balik
kisah masa belajar dulu aku dapat idea nak tulis tips dan petua bagaimana nak
mengulangkaji pelajaran yang diturunkan oleh kawan aku dulu tu. Aku rasa petua
ni sangat berfaedah dan boleh diamalkan oleh semua golongan pelajar baik dari
yang baru masuk tadika sampailah yang dah belajar kat universiti. Untuk
adik-adik yang nak menduduki peperiksaan UPSR, PMR yang kini dah jadi PT3 dan
SPM elok sangat amalkan tips ini. Kalau diamalkan sepanjang masa belajar
lagilah bagus. Tips dan petua yang kawan aku berikan ini aku turunkan kat sini
mudah-mudahan beliau mendapat pahala yang berterusan dengan ilmu yang
bermanafaat yang beliau turunkan kepada aku dan aku turunkan kepada pembaca
pulak.
Sabda Rasullullah saw;
apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala
amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna,
doa anak – anak yang soleh.
Baiklah, terus saja kita kepada
tips dan petuanya. Yang pertama sekali pelajar mesti faham apa yang kita perlu
tahu dan apa yang kita perlu faham dalam sesuatu subjek atau mata pelajaran.
Bagaimana kita nak tahu apa yang kita perlu tahu sedangkan kita pun belum tahu
apa-apa pasal satu-satu subjek itu? Cikgu atau lecturer memang faham apa yang
dia orang ajar. Tapi kita sebagai pelajar belum tentu boleh faham apa yang
mereka ajar. Sebenarnya fungsi lecturer atau guru hanyalah sebagai pembimbing.
Mereka semacam penunjuk arah. Kitalah sebagai pelajar yang perlu pergi sendiri
ke tempat yang hendak dituju.
Cara untuk mengetahui apa yang
kita perlu tahu dan apa yang kita perlu faham dalam sesuatu subjek itu mudah
sahaja. Tiap-tiap subjek ada buku teks. Dalam
buku teks ini biasanya pada muka hadapan ada prakata atau pendahuluan.
Selepas itu ada isi kandungan atau “table of content”. Kalau ikut istilah guru
atau lecturer inilah yang dinamakan silibus. Sebagai contohnya kita ambil mata
pelajaran Geografi tingkatan 1. Lihat pada muka hadapan, kandungan.
Kandungan buku teks Geografi Tingkatan 1. |
Isi kandungan buku teks ini
dibahagikan kepada Bahagian A, B dan C;
Bahagian A: Kemahiran Geografi.
Bahagian B: Geografi Fizikal & Manusia
Bahagian C: Kajian Geografi Tempatan
Bahagian A, Kemahiran Geografi ada sub topik atau unit. Ada lima
unit iaitu Kedudukan, Arah, Skala dan
Jarak, Graf dan akhir sekali Peta.
Apa yang diberitahu oleh isi kandungan buku teks dalam bahagian A ini ialah kita perlu tahu, faham dan menguasai Kemahiran
Geografi. Cara bagaimana kita nak tahu, faham dan menguasai kemahiran geografi ialah dengan menguasai lima sub topik atau unit
yang disenaraikannya iaitu;
- Kedudukan
- Arah
- Skala dan Jarak
- Graf
- Peta
Bahagian A ada lima sub topik atau unit. |
Jadi langkah pertama yang perlu
kita buat untuk menguasai topik Kemahiran
Geografi ini ialah dengan menguasai dan memahami sub topik 1 atau unit 1 iaitu Kedudukan.
Sub topik atau Unit 1 - Kedudukan. |
Baca baik-baik dan fahami apa itu
yang dimaksudkan dengan kedudukan. Jika sekali baca tak faham, ulang lagi baca
berkali-kali sehingga faham. Kalau tak faham jugak, last sekali tanyalah cikgu
anda. Pasti cikgu anda tahu dan boleh menerangkan kepada anda sehingga anda
faham. Dari pengalaman aku, kalau betul kita baca, sekali baca tak faham kita
baca lagi walaupun berulang-ulang kali akhirnya kita akan faham. Sekali kita
dah faham kita akan jadi seronok terus nak membaca tak peduli apa dah. Itulah
nikmatnya belajar ni. Boleh lupa dunia bila kita paham apa yang kita baca.
Kalau kita tak baca memanglah kita tak faham langsung. Lepas baca sub topik 1
atau unit 1 iaitu kedudukan, anda kenalah buat latihan yang disediakan.
Tujuannya adalah untuk mengukur sejauh mana kita tahu, faham dan menguasai sub
topik atau unit 1; kedudukan. Jika kita boleh jawab soalan yang disediakan
maknanya kita dah faham, tahu dan menguasai sub topik ini dan bolehlah
meneruskan ke sub topik yang seterusnya iaitu Unit 2: Arah. Ingat, selagi kita belum menguasai sub topik atau
unit 1 JANGAN teruskan ke sub topik
atau unit seterusnya. Kenapa? Kerana ini adalah asas kepada Kemahiran Geografi. Jika anda tidak
dapat menguasai asas, anda tidak akan dapat menguasai Kemahiran Geografi. Perumpamaannya, jika anda tak tahu cara nak
makan nasi macam mana anda nak makan nasi?
Sub topik atau Unit 2 - Arah. |
Ulangi langkah yang anda buat
untuk unit 1 tadi. Apa yang perlu anda ulang? Baca supaya anda faham, tahu dan
menguasai sub topik atau unit 2 pula iaitu Arah.
Ingat, kalau baca sekali tak faham, baca lagi walaupun berkali-kali sehinggalah
anda faham. Kalau tak faham jugak anda jumpa cikgu dan tanyalah mereka. Jangan
ambil jalan mudah terus tanya cikgu sebelum anda membaca apa yang anda nak
tanya kerana ini akan membuatkan anda tak faham apa yang cikgu akan terangkan.
Jangan lupa juga buat latihan dan jawab soalan yang disediakan untuk menguji
penguasaan, kefahaman dan pengetahuan kita berkaitan dengan Arah. Ingat selagi anda belum faham,
tahu dan menguasai sub topik ini, JANGAN pindah ke sub topik seterusnya. Asas
pertama untuk anda menguasai Kemahiran Geografi ialah Kedudukan dan asas kedua ialah Arah.
Jika anda dah faham tentang kedua-dua asas ini bolehlah teruskan kepada asas
seterusnya iaitu sub topik atau Unit 3:
Skala dan Jarak.
Sub topik atau Unit 3 - Skala dan Jarak. |
Begitulah seterusnya. Ulang
langkah yang sama yang anda buat untuk unit 1 dan 2 tadi. Bila anda selesai
untuk unit 3 boleh ke unit seterusnya iaitu Unit 4: Graf dan setelah selesai dengan graf teruskan pula kepada Unit 5: Peta.
Sub topik atau Unit 4 - Graf. |
Sub topik atau Unit 5 - Peta. |
Pengalaman aku dulu, lepas aku
buat step-step macam kat atas tu aku akan ke perpustakaan cari soalan-soalan
tambahan. Aku akan cuba
buat soalan-soalan tambahan yang berkaitan. Di sinilah nanti kita akan jumpa
soalan-soalan killer yang kita mungkin tak boleh jawab. Apa yang perlu kita
buat ialah tanya soalan tu kepada cikgu. Cikgu tak akan marah, malahan dia
akan lebih suka lagi kerana anda rajin dan gigih berusaha.
Bila dah tamat bahagian A: Kemahiran Geografi, anda
bolehlah teruskan ke Bahagian B: Geografi Fizikal dan Manusia dan seterusnya sehinggalah bahagian terakhir iaitu Bahagian C: Kajian Geografi Tempatan. Petua untuk
tidak lupa apa yang kita dah baca sebelum ini ialah dengan baca sepintas lalu
topik-topik yang telah kita ulangkaji sebelum ini. Contohnya sekarang kita nak ulangkaji bahagian B. Sebelum kita
mentelaah bahagian B ini, bacalah dulu sepintas lalu bahagian A: Kemahiran Geografi
iaitu Kedudukan, Arah, Skala dan Jarak,
Graf dan akhir sekali Peta. Selepas anda baca sepintas lalu ulangkaji yang lepas barulah anda mulakan dengan topik yang baru.
Tamat Bahagian A, ulang step yang kita buat tadi ada Bahagian B pula. Bahagian B ada 3 tema dan 11 unit (lihat sambungan pada gambar di bawah). |
Bahagian B Geografi Tingkatan 1 ada 11 unit atau sub topik. Bermula dari unit 6 hinggalah unit 16. |
Bahagian C atau bahagian akhir ada 2 unit sahaja. |
Satu lagi tip untuk mengingati apa yang kita baca ialah dengan menulis semula apa yang telah kita ulangkaji. Caranya ialah apabila kita mengulangkaji pastikan kita pegang pen dan kertas kosong. Setiap kali ada point penting, catatkan pada kertas kosong tersebut. Cara ini dapat memudahkan kita mengingati apa yang kita ulangkaji. Setelah habis mengulangkaji satu-satu topik, tutup buku nota dan cuba tulis kembali point-point penting yang telah kita ulangkaji tadi atas sekeping kertas dan kemudian buka buku teks kembali dan lihat serta bandingkan adakah ada point-point penting yang tertinggal. Cara ini adalah untuk melihat adakah kita dapat ingat apa yang telah diulangkaji.
Untuk mengingati sesuatu perkara, ianya mestilah dilakukan berulang-ulang. Jika kita membaca berulangkali kemungkinan untuk kita dapat mengingati apa yang kita baca adalah tinggi. Buat satu nota kecil dengan melipat kertas A4 menjadi 2 bahagian kemudian tulislah point-point penting. Nota kecil ini anda boleh simpan dalam poket. Banyak gunanya. Contohnya anda boleh baca nota kecil ini sementara menunggu bas, semasa makan di kantin, menunggu kawan dan sebagainya malahan masa duduk dalam bilik termenung pun anda boleh baca. Sekian, semoga bermanafaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment