Cerita hari Ahad lepas belum habis lagi....hehe. Mula-mula di sini
http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/bagan-pasir-lagi.html lepas tu ke sini pulak
http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/ke-bendang-kita-weh.html. Hari ini aku nak ceritakan kembara aku yang seterusnya....hehe. Dah jenuh berjalan, singgah la makan pulak. Destinasi aku memang aku dah set awal-awal iaitu cendol Borhan Kuala Selangor. Cendol Borhan ni pada aku sedap jugaklah. Berbaloi kalau singgah makan. Selain dari cendol, makanan dan minuman lain pun ada jugak dijual. Tapi keistimewaannya tentulah cendol. Kepada sesiapa yang pernah singgah memang tak ada masalah nak cari tempat ni. Tapi kepada sesiapa yang tak tahu lokasinya, boleh tengok peta di bawah ni.
|
Cendol Borhan terletak di tepi jalan Kuala Selangor -Tanjung Karang. |
|
Dari Bukit Melawati ke Cendol Borhan ikut Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang jaraknya hanya 5 km lebih kurang 7 minit memandu. |
|
Papan tanda besar dan jelas depan kedai cendol Borhan tapi gambar ini saya ambil dari hala jalan Tanjung Karang ke arah Kuala Selangor, bukan dari hala Kuala Selangor ke Tanjung Karang sebab itulah kedai ini berada di sebelah kiri jalan. Kalau datang dari Kuala Selangor ke Tanjung Karang, kedai ini terletak di sebelah kanan jalan. Harap maklum.....hehe. |
Tak susah cari kedai ni. Kalau anda datang dari arah Kuala Selangor, selepas simpang ke Pasir Penambang, jalan terus anda akan jumpa SMK Agama Kuala Selangor di sebelah kiri jalan. Jalan depan sikit lagi ada lampu isyarat trafik simpang masuk ke Jalan Bukit Belimbing berhadapan dengan SMK Pengkalan Permatang (di sebelah kiri jalan). Jalan lagi terus ke depan ada simpang kiri ke Jalan Ara, jalan alternatif ke Bagan Pasir. Teruskan perjalanan dan perhatikan sebelah kanan. Biasanya akan ada beberapa kereta parking tepi jalan depan kedai cendol Borhan walaupun parking memang ada disediakan di sebelah premis.
|
Bangunan putih itulah premis cendol Borhan. Gambar ini diambil dari tempat letak kereta yang disediakan. Kemudahan tempat letak kereta agak luas. Rasanya boleh muat lebih kurang dalam 20 buah kereta. |
Dulu masa mula-mula aku datang sini, kedai cendol taklah luas sangat. Kalau hujung minggu susah jugak nak cari tempat duduk. Meja penuh selalu. Tapi sekarang ni aku nampak kedainya dah semakin luas. Meja dan tempat duduk pun dah bertambah. Memang nampak jelas perniagaan cendol Borhan semakin maju.
|
Bukan hanya cendol. Berbagai menu lain juga ditawarkan. |
|
Tapi yang istimewanya tentulah cendol. Macam-macam jenis cendol ada. Rambang la mata sat bila tengok menu ini. |
Hari aku datang tu aku order cendol labu. Memang dari dulu kalau aku singgah sini aku akan order cendol labu. Cendol lain aku belum rasa lagi. Hati aku dah terpikat kat cendol labu....hehe. Isteri aku order cendol biasa. Laksa pun aku order, sementara isteri aku order pasembur. Saja je aku nak test laksa dia. Not bad jugaklah. Kuahnya pekat. Berbaloi rasanya.
|
Cendol labu kegemaran aku |
|
Bila aku tengok gambar ini terasa nak pi pekena cendol Borhan lagi. |
|
Laksa ni pun sedap jugak. |
|
Isteri aku order pasembur. Habis jugak dia santap aku tengok.......hehe |
Perut dah kenyang. Barang yang dihajati pun dah dibeli. Bendang pun dah dikunjungi. Jadi tibalah masa balik. Lain kali In Sha Allah, aku datang lagi pekena cendol. Memang berbaloi jalan-jalan sambil cari makan ke Kuala selangor dan Tanjung Karang. Kalau hampa nak cuba, bolehlah singgah di kedai cendol Borhan. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment