Rujuk entri sebelum ini berkaitan dengan seafood serta hasil laut segar di Bagan Pasir kat sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/udang-dan-ikan-segar-di-bagan-pasir.html. Hari Ahad lepas tetiba je aku rasa nak makan ikan segar jadi aku pun tanpa membuang masa beritahu isteri supaya bersiap sedia kalau nak ikut sama. Anak bujang dengan anak dara aku tak nak ikut. Biasa la anak-anak kalau dah remaja mana nak ikut mak pak dah. Jadi aku dengan isteri sajalah yang pergi. Pukul 3 petang baru aku bertolak dari rumah. Semenjak ada LATAR ni memang senang sungguh nak ke Kuala Selangor. Kereta pun tak banyak. Aku bawa teksi, jimat sikit. Tol kena separuh je hehe. Lagi pulak pakai gas, bukan petrol, memang berbaloi la. Cuma tak boleh la nak merempit sebab bila guna gas, enjin kereta cepat panas. Boleh pandu dengan kelajuan maksimum 90km/jam sahaja. Kalau rasa nak merempit switch lah ke petrol, lepas tu bolehlah merempit semahunya.
Aku sebenarnya berbelah bagi nak pergi Pasir Penambang atau Bagan Pasir. Kalau ke Pasir Penambang dekat sikit. Lebih kurang 1-2 km selepas pekan Kuala Selangor tapi kat situ feel dia kurang sikit sebab ikan dijual di pasar, bukannya jeti. Kalau ke Bagan Pasir adalah feelnya sebab ikan dijual kat kedai yang bersambung dengan jeti. Boleh juga tengok pemandangan bot nelayan berlabuh di kuala sungai. Bila dah sampai pekan Kuala Selangor akhirnya aku buat keputusan teruskan perjalanan ke Bagan Pasir. Alang-alang dah kat Kuala Selangor baiklah aku lajak terus ke Bagan Pasir. Cuma kali ni aku tak nak lalu ikut jalan yang biasa aku lalui sebelum ini. Kali ini aku ikut jalan kampung. Jalan Ara namanya. Jalan ini tak sengaja aku jumpa bila aku buka google map. Oleh sebab aku tak la nak cepat jadi aku ambil keputusan ikut Jalan Ara, jalan-jalan sambil tengok kampung orang.
Jalan Ara. Jalan alternatif ke Bagan Pasir melalui Kampung Sungai Yu. |
Lebih kurang 100-200 meter selepas masuk Jalan Ara daripada simpang Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang anda akan jumpa Pasar Nelayan Sungai Yu. Kat sini pun ikan fresh dari laut cuma taklah sebanyak yang ada di Bagan Pasir atau Pasir Penambang. Kalau dah sampai sini eloklah singgah tengok-tengok. Tak banyak pilihan. Barangkali hasil tangkapan nelayan pesisir pantai. Masa aku datang tempoh hari ikan yang besar-besar macam merah, jenahak dan kerapu tak ada. Yang ada ikan kecil-kecil sahaja.
Pasar Nelayan Sungai Yu |
Jalan kampung tak banyak kereta tapi nak merempit memang tak boleh sebab jalan tak la besar sangat. Lagi satu jalan kampung bahaya kalau merempit, kena terlanggar orang kampung alamat tidur hospital la jawabnya. Nak memandu macam orang nak pergi berkelah bolehlah, santai-santai gitu. Kalau ikut Jalan Ara tu terus je memandu sampailah jumpa sekolah cina. Lepas tu bila jumpa jambatan dan simpang T kiranya dah sampailah kita ke Bagan Pasir. Simpang T tu beloklah ke kanan. Lepas tu cari signboard macam gambar kat bawah ni di sebelah kiri jalan. Masuk jalan yang ada signboard tu jumpalah hampa dengan kedai-kedai jual hasil laut. Pandai-pandailah hampa pilih untuk cari yang segar bugar.
Papan tanda di sebelah kiri jalan jika anda
datang dari Jalan Ara. Kalau anda datang ikut Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, papan tanda tu duk sebelah kanan jalan. |
Harga ikan dan hasil laut kat sini nak kata murah tu tidaklah. Yang jadi tarikan ialah ikan di sini memang sah segar. Kalau kat Pasar Borong Selayang ikan ais. Hampa boleh kenallah ikan ais atau tidak. Lepas masak atau goreng ikan yang anda beli kat Bagan Pasir ni anda boleh rasa sendiri kesegarannya. Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Isteri aku sibuk pilih ikan, udang, ketam, kerang, kepah, aku pulak sibuk snap gambar. Tapi kan kalau bagi orang perempuan shopping memang hilang akal dia orang sekejap....haha. Gambar-gambar ini semua bukan dari satu kedai tapi kebanyakannya daripada dua kedai bahagian tengah. Dua kedai tengah tu ada banyak pilihan hasil laut.
Sotong sekilo RM28 |
Kerisi RM18/kilo |
Bawal Putih Rm28/kilo |
Tak nampak harga...hehe |
Pilihlah ikut tebal mana poket hampa....hihi |
Sotong katak saiz besar |
Kalau hampa nak pi, siap la dalam poket 2-3 ratus. Tu kira borong kecil-kecilan. Kalau nak borong banyak bawa la bekalan lebih sikit. Bawa sekali kotak polistrin untuk simpan ikan nak bawa balik nanti. Kalau tak bawa boleh beli dari dia orang. Ais dia orang bagi free sebab harga ais dah kira sekali dengan harga ikan....sebab tu la ais free haha!
Kat bawah ni pulak gambar sekitar perkampungan nelayan Bagan Pasir.
Selesai acara membeli belah aku ingat nak singgah kedai tomyam minta dia orang tolong masak tiga rasa ikan merah yang aku beli tapi tak seronok pulak sebab makan dua orang je. Kalau anak-anak ikut okaylah jugak. Tak jadi nak singgah kedai tomyam, sebaliknya aku nak pergi ke Sawah Sempadan nak tengok suasana sawah. Ke laut sudah, ke bendang pulak kita. Okay kita jumpa lagi di entri berikutnya........cerita dan gambar sawah padi.
Boleh dapat udang2 besar tak?
ReplyDeleteUdang besar ada tapi tengok nasib juga tuan sebab kadang-kadang pelanggan dah booking siap-siap. Udang baru naik pelantar je lepas timbang terus diserahkan kpd pelanggan yang buat tempahan awal tadi. Melopong je lah kita tengok :)
DeleteTuan pg2 ada kan pasar ni?
ReplyDeleteAda
DeleteTuan pg2 ada kan pasar ni?
ReplyDeleteKampung Sungai Yu ni memang perkampungan nelayan ke ?
ReplyDeleteya, kpg ini ialah perkampungan nelayan.
DeleteBuka sampai jam berapa tuan?
ReplyDeleteSaya pun tak pasti buka sampai pukul berapa tapi biasanya kalau dah lewat petang dalam pukul 6.30-7.00 macam tu ikannya pun dah kurang.
Deletehi saya shafinaz, saya dalam proses utk mencari nelayan sebagai subject penggambaran video merdeka 2018, nak tanya kalau Pakcik Mat ada contact number nelayan di sana atau pun pakcik mat ada cadangan lain untuk saya bisa berhubung dgn nelayan dikawasan perkampungan ini. terima kasih Pakcik Mat!
ReplyDeleteHi Shafinaz, no tel nelayan2 kat sana tak ada dalam simpanan pakcik. Kamu boleh cuba contact persatuan nelayan untuk dapatkan bantuan berkaitan dengan projek kamu tersebut. Nombor2 tel untuk persatuan nelayan seluruh Malaysia boleh didapati di sini http://www.lkim.gov.my/persatuan-persatuan-nelayan/
DeleteSemoga dapat membantu. Tq
Salam pak mat, saya bercadang nak pergi bagan pasir beli ikan, kat mana boleh dapat harga patutan
ReplyDeleteWaalaikumsalam,
Deleteminta maaf lambat reply. cuti balik kampung :)
sebenarnya harga lebih kurang sahaja tapi kalau rajin ada baiknya kunjungi satu2. kedainya tak jauh antara satu sama lain. kalau saya pergi ke sana saya akan masuk setiap kedai lepas tu saya akan ulang dan beli di kedai mana yg saya rasa sesuai dari segi harga, kesegaran dan kepelbagaian seafood yg dijual.
Jeti mana sesuai saya nak borong ikan...sbb saya menjual ikan
ReplyDeleteYang ini saya tak pasti tuan. Kalau beli utk makan sendiri, jeti bagan pasir ni okay tapi kalau untuk borong tak tahu boleh ke tidak. Saya rasa tuan boleh cuba contact nombor2 di sini utk maklumat lanjut http://www.lkim.gov.my/persatuan-persatuan-nelayan/
DeletePkl berapa mereka start menjual
ReplyDeletesaya tak pasti pulak pukul berapa start meniaga. biasa kalau saya pergi dalam pkul 10 pagi tu dah ada.
DeleteDr pasar nelayan sungai yu tu terus ke atas lagi ke..
ReplyDeleteye....terus lagi ke atas. kalau ikut jalan dalam dari pasar sungai yu trsbt akan jumpa sekolah cina dulu. kalau ikut jalan kuala selangor - tanjung karang masuk simpang kiri depan sekolah kebangsaan tanjung karang. harap membantu. maaf lambat reply.
DeleteMana sy boleh dpt kupang dgn mudah tuan
ReplyDeletesusah nak cari ni tuan.......tak selalu ada kat bagan pasir ni
Delete