Hari ini aku bercuti. Saja bercuti rehatkan badan sebab rasa macam nak demam pulak. Sebelum betul-betul demam baiklah aku berehat dulu. Oleh kerana hari ini aku free jadi gatal tangan pulak nak ke dapur. Pukul 2.30 petang sempat lagi aku ke pasar beli barang untuk dimasak habuan berbuka puasa nanti. Aku cadang nak masak udang sambal petai dan lauk paprik macam resepi yang tukang masak tomyam berikan pada aku tempoh hari. Resepi paprik ala warung tomyam tu entrinya kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2015/06/resepi-paprik-ala-warung-tomyam.html
Dah siap beli barang, balik rumah terus aku bertukang kat dapur. Orang rumah aku kerja jadi rajalah aku kat dapur. Aku kalau memasak tak berapa suka ada ramai orang kat dapur. Kacau kerja aku je. Kalau bini aku baca ni mampos aku hehe. Setelah bertungkus lumus akhirnya jadilah juga lauk paprik yang aku idamkan. Aku guna isi ayam dan sotong. Kacang pea aku tak masukkan. Lain-lain bahan dalam resepi tu semua ada. Inilah dia rupanya lauk paprik aku tu.
Paprik ayam dan sotong ala warung tomyam |
Biasa kalau order kat warung tomyam sayurnya yang lebih berbanding lauk. Nak puas hati masaklah kat rumah. Boleh lebihkan lauk berbanding sayur. Rasa lauk paprik ni belum tahu lagi macam mana. Aku hanya rasa dengan lidah je sebab berpuasa tapi biasanya kalau rasa dengan lidah okay, maksudnya rasanya okaylah tu. Dulu aku tak tahu boleh rasa masakan gunakan lidah ketika sedang berpuasa. Ada satu pak haji yang bekerja sebagai chef yang mengajar aku cara-cara merasa masakan ketika berpuasa. Caranya macan yang aku cakap tadilah. Gunakan lidah sahaja. Jangan telan. Kalau telan batallah puasa.
No comments:
Post a Comment