Monday, 23 May 2016

Kacang tanah goreng perap santan yang rangup dan sedap

Aku saja buh tajuk "Kacang tanah goreng perap santan yang rangup dan sedap". Sengaja nak bagi sapa yang baca telan air liur membayangkan kerangupan dan kesedapannya......haha. Sebenarnya resepi ni aku dapat dari sini http://qudapan.blogspot.my/2015/06/resep-membuat-kacang-bawang-renyah-dan-gurih.html. Resepi dari tanah seberang tapi aku adjust sikit ikut kesesuaian dan selera aku. Aku ni sebenarnya tengah gila makan kacang tanah goreng. Kalau goreng dalam 7-8 ratus gram,  paling lama duk dalam balang tiga hari je. Lepas tu tinggal serbuk. Ramai peminatnya. Biasanya aku goreng ikut resepi ini http://pipsterian.blogspot.my/2016/05/kacang-tanah-goreng-yang-rangup-dan.html tapi hari ini saja nak cuba cara lain pulak. Dekat nak raya puasa kena praktis dululah goreng kacang tanah nanti bila tiba masanya boleh buat kudapan untuk idil fitri. Cara aku menulis biasalah kan, sebelum pi kat cerita utamanya mesti aku temberang dulu. Dah tak ada benda nak temberang barulah aku tulis resepinya........hehe. Meh le kita tengok gambar dulu lepas tu bahan-bahan dan caranya;

Didihkan santan yang telah ditambah air, gula, garam dan planta

Aku guna santan ni

Planta 1 sudu besar

Kacang tanah yang telah diperap
Goreng dengan api perlahan
Kacang tanah ditoskan selepas digoreng
Bilis goreng garing
Bawang goreng garing. Jangan sampai hangus
Bahan-bahan
500 gram kacang tanah tanpa kulit
200ml santan pekat
300ml air
10 ulas bawang putih. 5 ulas hiris. 5 ulas kisar halus
1 sudu besar planta
2 sudu besar gula
3/4 sudu besar garam
ikan bilis kuantiti ikut suka 
minyak untuk menggoreng (lebih kurang 1 liter)

Cara-cara
1. Kisar halus 5 ulas bawang putih 
2. Santan campur dengan air kemudian panaskan. Masukkan gula, garam dan planta. Masak hingga mendidih. Matikan api
3. Masukkan kacang tanah. Gaul rata kemudian perap selama sejam
4. Selepas diperap selama sejam, goreng dengan api perlahan sehingga kacang bertukar warna keperangan. Gaul selalu supaya masak sekata
5. Bila warna bertukar keperangan, matikan api. Toskan kacang untuk turunkan minyak.
6. Sementara tunggu kacang sejuk, goreng garing secara berasingan ikan bilis dan 5 ulas bawang putih yang telah dihiris
7. Setelah kacang sejuk dan minyak dah abis turun barulah kacang tersebut digaul dengan ikan bilis goreng dan bawang goreng
8. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kerangupan kacang tahan lama

No comments:

Post a Comment