Wednesday, 29 September 2021

Tukang kunci dengan kadar harga dan servis terbaik di Gombak

Masalah berkaitan kunci tak selalu kita hadapi tapi sekali-sekala berlaku pening kepala juga nak selesaikan. Pernah terjadi pada aku kunci kereta tertinggal dalam kereta, bila nak buka pintu tengok-tengok dah auto lock. Masa kejadian kat Balakong. Rumah kat Batu Caves. Nak balik ambil kunci pendua jauh la pulak. Panggil tukang kunci untuk buka pintu kereta kena upah RM100. Nak tak nak masa tu kenalah panggil tukang kunci. Nak cepat punya pasal terbang RM100. Kira dugaanlah tu. Tapi yang jadi pengajaran kepada aku dan aku ingat sampai hari ini ialah ada seorang tua yang nampak kejadian tu. Dia pesan kepada aku buatlah kunci pendua dan simpan dalam dompet. Kunci pendua yang tak perlu immobilizernya sekali. Cukup hanya kunci pendua yang boleh buka pintu kereta sahaja. Sekiranya kita tertinggal kunci, boleh gunakan kunci pendua yang ada dalam dompet kita. Dompet kita selalu ada dalam poket bermakna kunci pendua pun sentiasa ada dalam poket kita. Aku ikut nasihat orang tua tu dan dah banyak kali aku tertinggal kunci dalam kereta tapi sebab ada kunci pendua dalam dompet senang saja masalah ini diatasi.

Hari ini aku sebenarnya nak bercerita pasal satu kedai kunci di Taman Greenwood, Batu Caves. Dah lama aku berkira-kira nak buat kunci pendua kereta sebab kereta aku tak ada kunci pendua.  Yang aku nak salin ini ialah kunci dan immobilizer, kedua-duanya sekali. Ada banyak tempat juga yang aku dah tanya harga untuk servis yang macam ni. Untuk jenis kunci dan immobilizer yang aku nak, harganya paling tinggi RM450 dan paling rendah RM250. Ini harga utk satu dua tahun lepas. Tahun terkini tak pastilah berapa harganya. 

Malam sebelum aku buat kunci pendua, aku cubalah google kot dapat harga yang temampu oleh aku. Dapatlah satu kedai yang agak dekat dekat dengan rumah. Aku cuba whatsapp dan tanya harga. Siap bagi gambar kunci kepada tuan kedai terus dia bagi harga RM230. Harga ini memang harga mampu milik untuk aku. Tempat lain mana nak dapat harga macam ni. Kalaulah pembaca-pembaca semua ada masalah pasal kunci saya syorkan sangat untuk mengunjungi kedai ini. Harga munasabah dan berpatutan. Boleh check gambar-gambar di bawah untuk dapatkan nombor telefon dan lokasi kedai.

kad perniagaan pemilik kedai

Perkhdimatan yang disediakan

Gambar kedai dari luar

Keadaan dalam kedai

Berbagai pattern "key cover remote casing"

Kunci rumah pun ada

Perkhidmatan fotostat turut ditawarkan

Staf sykt ini

Gambar-gambar tuan pemilik kedai turun padang menyelesaikan masalah pelanggan

Inilah remote casing cover yang aku pilih. Harga sekali dengan chip RM230.

Servis yang diberikan oleh syarikat Wan Locksmith ini sangatlah memuaskan. Harga mampu milik. Servis pantas. Ruang menunggu selesa. Staf pun ramah. Sesiapa yang memerlukan perkhimatan syarikat ini bolehlah menghubungi pemiliknya iaitu Tuan Mohammed Herwan bin Zainol. Telefon no 019 944 4341 & 019 944 4351 (seperti yang tertera pada kad perniagaan beliau). Call boleh, whatsapp pun boleh, email pun boleh. Aku hari tu whatsapp sahaja sebab nak hantar gambar kunci dan tanya harga sekali. Tak lama tunggu dah dapat jawapan dan terus buat keputusan untuk buat kunci pendua esoknya. Sehari dua ini kalau ada masa terluang aku nak pergi lagi untuk buat kunci pendua teksi persona aku yang dah nak patah. Tempat nak buat dekat, senang nak pergi. 

Secara ringkasnya, perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat ini ialah; 

1. Duplicate kunci, access card & remote

2. Membuka kereta, lori, van dan rumah yang terkunci

3. Membuat semula kunci kereta, van dan lori yang hilang

4. Immobilizer & coding kereta dan motor

5. Membuka dan memasang tombol pintu, deadbolt dan wardrobe

Alamat lokasi - SH 31, Jalan 7, Taman Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor. Jika guna waze type SH31, Jalan 7, Batu Caves seperti gambar yang tertera di bawah ini.


Sekian. Semoga bermanfaat.


Wednesday, 22 September 2021

Cermin sisi kereta autoflip rosak. Repair atau tukar baru? - Part ll

Dulu ada sekali aku pernah post pasal side mirror kereta rosak. Post lama boleh dilihat kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2017/08/cermin-sisi-kereta-autoflip-rosak.html?m=1 Dah beberapa tahun berlalu. Tahun 2017 rasanya. Isnin lepas aku kembali mengunjungi kedai accessories ini sebab cermin sisi kereta aku dua-dua side ada masalah. Sebelah kiri berbunyi tak berhenti kalau suis kereta dalam keadaan on. Yang sebelah kanan pulak, suis on atau off langsung tak ada respon. Sebenarnya lama dah jadinya tapi aku malas nak pi service. Lagi pulak musim covid 19 dan PKP, kedai pun tak beroperasi. 

Biasalah, sebelum pergi ke kedai ini aku pusing-pusing cari kedai accesories dekat rumah dulu. Macam dulu juga, tak ada kedai accessories yang boleh repair. Semua kata kena tukar cermin sisi seketul. Kalau tukar cermin sisi seketul harganya boleh tahan juga. Lagi pulak cermin sisi yang baru pastilah tak sama warna dengan kereta kita. Nak cat bagi sama warna dengan kereta kita, tambah kos lagi. Sudahnya aku terus ke kepong, kedai accessories yang aku pernah review tahun 2017 dulu dengan harapan kedainya masih ada dan owner kedai masih orang yang sama.

Nasib baik dah sampai tempat yang dituju, kedai masih ada dan owner pun orang yang sama. Pendek cerita side mirror kereta aku pun dibuka dua-dua. Lepas check side mirror sebelah kiri rosak gearnya. Gear dah pecah. Sebelah kiri ni memang aku tak pernah tukar apa-apa. Tahun 2017 dulu aku tukar gear side mirror sebelah kanan. Lepas tu check sebelah kanan pulak, motornya rosak. Kos repair dan upah bagi setiap side ialah RM150. Dua side jadilah RM300. Alang-alang dah sampai aku pun setujulh dengan harga tersebut.

Ini tauke kedai. Agak ramah juga orangnya

 Lebih kurang dalam 30-45 minit siaplah dua-dua side. Kalau ikutkan kata tauke ni. Gear dengan motor cermin sisi ni memang tahan lama. Gear mungkin boleh tahan sampai sepuluh tahun. Motor pun sama juga. Cuma dia cakap kalau barang tu barang ori la. Kalau tak ori taklah boleh tahan sebegitu lama kot. Masa bersembang dengan tauke ni, aku bagi tau la dia bukan semua kedai accessories boleh repair side mirror. Banyak kedai yang dah aku tanya rekemen aku tukar terus seketul. Cuma kedai dia je yang aku jumpa boleh repair benda alah ni. Dia cakap kat aku ramai orang datang cari dia untuk repair benda ni. Dia heran macam mana orang ramai datang malah dari Kelantan pun ada yang singgah kedai dia. Dia tanya customer, depa kata tengok kat google.

Lepas tu aku cakap la kat dia sebenarnya aku ada review pasal kedai dia tahun 2017 dulu. Aku pun tunjuk la post 2017 pasal kedai dia dalam blog ni. Dia tengok tu terus dia kata patut la orang ramai datang. Kalau macam ni dia kata dia akan bagi diskaun kat aku pasal promote kedai dia....hehe. Katanya lagi aku banyak tolong dia dapatkan customer. Aku pun berbuga-bunga je hati dapat jimat duitlah katakan. Selamat aku. Dah selesai semuanya memang dia bagi diskaun kat aku. Berapa banyak diskaunnya.......hehe rahsia la tapi memang banyakkkkkkkk......puas hati la haha. Video kat bawah ini aku ambil masa tauke tu tengah repair side mirror aku. Setakat ni aku puas hatilah dengan kerja dia. Tahun 2017 dulu aku tukar gear. Tahun ni motor pulak rosak. Bila dia buka dan tunjukkan gear yang aku tukar tahun 2017 dulu, memang kelihatan masih utuh lagi. Itulah dia cakap, gear memang boleh tahan sampai sepuluh tahun.


Siapa-siapa yang ada masalah dengan side mirror kereta masing-masing bolehlah jumpa tauke ini. Rasanya daripada tukar seketul, lebih murah repair gear atau motornya sahaja. Tapi benda ini kalau boleh buat sendiri lagi bagus. Aku rasa kalau pandai buat sendiri mungkin modal dalam 50 ringgit sahaja kot. Kalau gear saja yang rosak lagilah murah. Harga gear mungkin tak sampai 10 ringgit.

Aku up balik gambar kedai. Gambar ni tahun 2017 tapi tahun 2021 pun sama macam ni juga.

 
Ini business card dia. Kalau cari tak jumpa, cal dia. Tapi kalau guna waze, type je nama kedai ni terus dapat.

Sekian, harap post ini bermanfaat dan membantu anda. Terima kasih.