Dulu ada sekali aku pernah post pasal side mirror kereta rosak. Post lama boleh dilihat kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2017/08/cermin-sisi-kereta-autoflip-rosak.html?m=1 Dah beberapa tahun berlalu. Tahun 2017 rasanya. Isnin lepas aku kembali mengunjungi kedai accessories ini sebab cermin sisi kereta aku dua-dua side ada masalah. Sebelah kiri berbunyi tak berhenti kalau suis kereta dalam keadaan on. Yang sebelah kanan pulak, suis on atau off langsung tak ada respon. Sebenarnya lama dah jadinya tapi aku malas nak pi service. Lagi pulak musim covid 19 dan PKP, kedai pun tak beroperasi.
Biasalah, sebelum pergi ke kedai ini aku pusing-pusing cari kedai accesories dekat rumah dulu. Macam dulu juga, tak ada kedai accessories yang boleh repair. Semua kata kena tukar cermin sisi seketul. Kalau tukar cermin sisi seketul harganya boleh tahan juga. Lagi pulak cermin sisi yang baru pastilah tak sama warna dengan kereta kita. Nak cat bagi sama warna dengan kereta kita, tambah kos lagi. Sudahnya aku terus ke kepong, kedai accessories yang aku pernah review tahun 2017 dulu dengan harapan kedainya masih ada dan owner kedai masih orang yang sama.
Nasib baik dah sampai tempat yang dituju, kedai masih ada dan owner pun orang yang sama. Pendek cerita side mirror kereta aku pun dibuka dua-dua. Lepas check side mirror sebelah kiri rosak gearnya. Gear dah pecah. Sebelah kiri ni memang aku tak pernah tukar apa-apa. Tahun 2017 dulu aku tukar gear side mirror sebelah kanan. Lepas tu check sebelah kanan pulak, motornya rosak. Kos repair dan upah bagi setiap side ialah RM150. Dua side jadilah RM300. Alang-alang dah sampai aku pun setujulh dengan harga tersebut.
Ini tauke kedai. Agak ramah juga orangnya |
Lebih kurang dalam 30-45 minit siaplah dua-dua side. Kalau ikutkan kata tauke ni. Gear dengan motor cermin sisi ni memang tahan lama. Gear mungkin boleh tahan sampai sepuluh tahun. Motor pun sama juga. Cuma dia cakap kalau barang tu barang ori la. Kalau tak ori taklah boleh tahan sebegitu lama kot. Masa bersembang dengan tauke ni, aku bagi tau la dia bukan semua kedai accessories boleh repair side mirror. Banyak kedai yang dah aku tanya rekemen aku tukar terus seketul. Cuma kedai dia je yang aku jumpa boleh repair benda alah ni. Dia cakap kat aku ramai orang datang cari dia untuk repair benda ni. Dia heran macam mana orang ramai datang malah dari Kelantan pun ada yang singgah kedai dia. Dia tanya customer, depa kata tengok kat google.
Lepas tu aku cakap la kat dia sebenarnya aku ada review pasal kedai dia tahun 2017 dulu. Aku pun tunjuk la post 2017 pasal kedai dia dalam blog ni. Dia tengok tu terus dia kata patut la orang ramai datang. Kalau macam ni dia kata dia akan bagi diskaun kat aku pasal promote kedai dia....hehe. Katanya lagi aku banyak tolong dia dapatkan customer. Aku pun berbuga-bunga je hati dapat jimat duitlah katakan. Selamat aku. Dah selesai semuanya memang dia bagi diskaun kat aku. Berapa banyak diskaunnya.......hehe rahsia la tapi memang banyakkkkkkkk......puas hati la haha. Video kat bawah ini aku ambil masa tauke tu tengah repair side mirror aku. Setakat ni aku puas hatilah dengan kerja dia. Tahun 2017 dulu aku tukar gear. Tahun ni motor pulak rosak. Bila dia buka dan tunjukkan gear yang aku tukar tahun 2017 dulu, memang kelihatan masih utuh lagi. Itulah dia cakap, gear memang boleh tahan sampai sepuluh tahun.
Siapa-siapa yang ada masalah dengan side mirror kereta masing-masing bolehlah jumpa tauke ini. Rasanya daripada tukar seketul, lebih murah repair gear atau motornya sahaja. Tapi benda ini kalau boleh buat sendiri lagi bagus. Aku rasa kalau pandai buat sendiri mungkin modal dalam 50 ringgit sahaja kot. Kalau gear saja yang rosak lagilah murah. Harga gear mungkin tak sampai 10 ringgit.
Aku up balik gambar kedai. Gambar ni tahun 2017 tapi tahun 2021 pun sama macam ni juga. |
Ini business card dia. Kalau cari tak jumpa, cal dia. Tapi kalau guna waze, type je nama kedai ni terus dapat. |
Sekian, harap post ini bermanfaat dan membantu anda. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment