Aku paling suka gambar matahari terbenam. Kalau kena pada masa dan tempatnya, gambar yang terhasil amat cantik dan mengagumkan. Biasanya kalau aku jalan-jalan makan angin atau jalan-jalan cari makan kat tempat yang dekat dengan pantai memang aku akan bawa kamera. Bersedia untuk ambil gambar sewaktu matahari terbenam. Dari pengalaman aku, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan untuk mendapatkan gambar matahari terbenam yang menarik. Yang paling penting ialah masa. Biasanya kalau di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia, pukul 7.00 petang ialah waktu matahari sedang berada di ufuk barat. Masih nampak matahari sebiji bulat tapi dah dekat sangat nak tenggelam. Waktu ini dah boleh ambil gambar tapi pada aku waktu yang paling cantik pemandangannya ialah sekitar pukul 7.20 ke 7.35 petang. Waktu ini biasanya matahari dah tenggelam tapi cahaya lembayung yang dihasilkan sangat cantik.
Pantai Kuah, Langkawi 7.31 pm. |
Selain dari itu aku selalu perhatikan awan di ufuk barat. Kalau langit tak berawan, gambar matahari terbenam kurang cantik sebab cahaya yang kena awan tu lah yang akan menimbulkan warna yang menarik. Kalau awan bertompok-tompok dan banyak itulah masa yang sesuai ambil gambar matahari terbenam. Aku suka letakkan model dalam gambar matahari terbenam yang aku snap. Boleh minta kawan-kawan tolong jadi model. Kadang-kadang tu memang ada orang yang mandi atau memerhatikan matahri terbenam. Masa tu kita snap gambar dia orang berlatar belakangkan matahari. Gambar dia orang tu akan jadi gelap, tak nampak muka pun jadi tak timbul masalah kemudian hari.
Port Dickson 7.18pm. |
Pantai Klebang, Melaka 7.35 pm. |
Sebenarnya untuk dapat gambar matahari terbenam yang cantik bergantung kepada kreativiti masing-masing. Kalau rajin boleh cuba white balance yang berlainan. Cuba gunakan cloudy, shade, tungsten dan lain-lain. Setiap kali snap, tengok perbezaan gambar dalam mode white balance yang berlainan. Jangan guna auto white balance kerana ia akan menghilangkan warna keemasan ketika matahari terbenam. Tapi kalau snap dalam format RAW, white balance tu tak payah set la. Nanti balik rumah boleh adjust balik white balance dia. Kalau snap gambar model berlatar belakangkan matahari dan anda dapati gambar model tu kurang gelap, maksudnya nampak rupa dan muka anda kena lock exposure tempat yang lebih cerah. Caranya halakan kamera ke arah tempat yang lebih cerah. Fokus kemudian lock exposure tempat cerah tersebut. Macam mana nak buat anda rujuk manual kamera anda masing-masing. Lepas dah lock exposure tu halakan semula kamera anda kepada objek asal yang berlatar belakangkan matahari tadi. Kemudian snaplah macam biasa. Gambar jadi lebih gelap dan muka model anda pun jadi tak nampak. Jadi macam gambar burung kat atas tu.
Aku biasa gunakan ISO yang kurang kalau snap gambar-gambar macam ni. 100 biasanya dah okay. Aperture gunakan f8 ke atas sebab gambar ni kira landscape. Bagi background nampak sharp. Shutter speed biar kamera tentukan sebab aku biasa guna mode AV. Akhir sekali kalau anda ambil gambar matahari terbenam jangan fokus tepat ke arah matahari kerana ia boleh merosakkan mata anda. Boleh fokus awan dan sebagainya. kalau auto fokus susah nak fokus, guna manual fokus.
No comments:
Post a Comment