Wednesday 4 February 2015

Jualan kerepek harga kilang.

Update terkini (18.2.2017);
Kepada pembaca dan pengunjung blog ini, entri  Jualan kerepek harga kilang saya upload pada 4.2.2015. Oleh kerana iklim perniagaan tidak begitu memberangsangkan sejak pengenalan GST, terdapat beberapa produk yang tidak lagi dihasilkan oleh perusahaan ini. Untuk maklumat terkini, sila berhubung terus dengan pemilik perusahaan melalui nombor telefon yang tertera dalam rencana ini. Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Minggu lepas aku berkesempatan singgah di Sungai Siput (Utara), Perak. Tujuan aku ke sana adalah untuk mencari kerepek. Kata orang kalau pergi ke kilangnya, harganya juga dikira harga kilang. Kira murah banyaklah. Aku nak syorkan kepada pembaca kalau nak beli kerepek dalam kuantiti yang banyak bolehlah menghubungi pengeluarnya sendiri yang akan aku berikan contact no mereka nanti. Pada aku memang betullah harganya murah, banyak beza harganya berbanding dengan yang biasa kita beli di kedai. Yang paling bestnya, anda tak perlu pergi ke Sungai Siput semata-mata untuk membeli kerepek. Kalau anda berada di Kuala Lumpur, anda boleh tempah awal-awal dengan menghubungi pihak pengilang kemudian anda boleh ambil tempahan anda di pasar tani Taman Melawati, Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu. Jika anda berada di Ipoh, anda boleh ambil tempahan anda di pasar tani stadium Ipoh atau di Medan Gopeng. Mereka yang tinggal di Kuala Kangsar boleh ambil tempahan di Lembah Kuala Kangsar pada setiap hari Ahad. Senang, mudah dan harga pun murah. Kalau anda nak buat kenduri kawin, boleh juga tempah kuih bahulu atau kerepek untuk diberikan kepada tetamu sebagai jajan.

Mula-mula kita terjah dulu lokasi pengeluar kerepek yang aku maksudkan ini. Lokasinya ialah di Pusat Intergrasi dan Pemborong IKS FAMA Sungai Siput (U), Perak. AKu difahamkan premis ini adalah milik FAMA dan pengeluar kerepek merupakan pihak yang diamanahkan oleh FAMA untuk mengendalikan premis tersebut. Jom kita lihat lokasi premis tersebut secara tepat melalui google map yang aku copy paste seperti di bawah ini.

Titik merah ialah lokasi Pusat Intergrasi dan Pemborongan IKS FAMA (PUSPRO), Sungai Siput (U), Perak.


Papan tanda besar di hadapan premis.
Premis Puspro FAMA terletak berhadapan dengan Kilang Papan Pasifik Abadi.
Jalan di hadapan premis.
Puspro FAMA dilihat dari hadapan pintu pagar utama.
Industrial Oven digunakan dalam proses penghasilan produk mereka.
Dapur besar dan moden yang digunakan untuk menggoreng kerepek.

Senarai harga. Anda bandingkan sendiri dengan harga pasaran semasa.
Kerepek ubi masin.
Kerepek ubi pedas basah.
Kerepek ubi perisa lada hitam.
Kerepek ubi BBQ.
Kerepek bawang.

Jejari ikan bilis.
Jejari udang.
Pagoda udang.
Keropok kacang dhall.
Rempeyek mini.
Buah Rotan.
Maruku.
Bahulu.
Rempeyek kacang tanah dan rempeyek kacang hijau.
Rempeyek kacang dhall.
Kuih karas.
Kuih sepit.
Jika anda rasa nak tempah dari KL atau dari Ipoh atau dari Kuala Kangsar anda boleh hubungi nama dan nombor telefon dalam gambar di bawah ini. Perniagaan ini adalah perniagaan keluarga dan telah beroperasi sekian lama di premis Puspro FAMA yang ada sekarang. Premis ini sendiri telah di buka pada tahun 1984 sebagai bilik sejuk sebelum ditukar fungsinya menjadi pusat pengumpulan dan jualan IKS seperti yang ada sekarang.
Dirasmikan oleh YB Dato' Abdul Manan Othman, Menteri Pertanian ketika itu.
Hubungi nombor yang tertera sekiranya anda ingin menempah produk keluaran mereka.

19 comments:

  1. boleh bagi harga kuih sepit.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertanyaan berkaitan harga boleh sms atau call no berikut 0175472770 (Syahid) atau 0124691973(Hamidah). Terima kasih.

      Delete
    2. Kalau di kl mcm mna ye

      Delete
    3. Kalau tinggal di kl boleh buat arrangement utk ambil barang yg di order di pasar tani taman melawati pada hari sabtu setiap minggu.

      Delete
  2. salam cik sy berminat ingin menjual pisang dr kampung sy lenggong.bole juga cik membantu ringankan ekonomi sy.hubungi sy jike berminat 0124698601 sharun

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah akan saya sampaikan kepada tuan punya perusahaan tersebut.

      Delete
  3. salam cik sy nak tanya kalau sy nak beli kerepek cara borong..kena oder dulu or boley terus dtg kilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Lebih baik cik call pengusahanya terlebih dahulu. Call no ini 0124691973 (Puan Hamidah). Saya difahamkan operasi kilang kerepek telah dikecilkan ada kemungkinan beberapa produk tidak dikeluarkan lagi. Sebaiknya cik tanya dulu tentang kerepek yang cik nak order. Terima kasih

      Delete
    2. OPEN ORDER KEREPEK RAYA 🎉🎊🎆🎇
      Kerepek is a must masa raya kan?
      tapi tak kisah lah raya atau tidak, waktu bukan raya pon boleh dinikmati jugeee.
      Perkenalkan Kerepek terus dari kilang milik Muslim Bumiputera iaitu Jehan Kerepek. Dijamin bersih, halal dan sedap 😊
      Harga sangat berpatutan.
      boleh call 03-31802834 atau ws 0142371942 untuk sebarang pertanyaan.. #kerepekborong #bundlepackbesar #jgnterlepas

      Delete
  4. Terima kasih Tuan...
    info Tuan sangat membantu saya. Semoga dimudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Semoga dimudahkan urusan tuan juga.

      Delete
  5. Assalamualaikum... Penghantaran ke kelantan bleh ke? Kalau ada, berapa kos pnghataran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam wbt.

      Saya tak pasti boleh atau tidak. Sebaiknya cik hubungi pengusaha tersebut melalui nombor telefon yang tertera.

      Harap maklum.

      Delete
  6. tkasih pak mat atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pak Mat. Kerepek pisang masin ada jual tak. Nak beli banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya tak pasti kerepek pisang masih ada jual atau tidak. Utk kepastian boleh whatsapp no ini 011 40202597 Syahid.

      Delete
  8. ASSALAMUALAIKUM. TUMPANG LALU YA TUAN.

    SAYA ADA MENJUAL KEREPEK PISANG MASIN & MANIS BAGI YANG BERMINAT. JUALAN RUNCIT DAN BORONG. BOLEH HUBUNGI SAYA DI 019-2724791.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Perkenalkan diri saya, Farah dari Jehan Kerepek. Jehan Kerepek adalah satu kilang di Banting yang mengeluarkan dan menjual produknya secara borong kepada pemborong pemborong seluruh Malaysia. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pemborong pemborong diluar sana. Kilang ini menawarkan pelbagai jenis kerepek untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami amat menjaga kualiti kerepek kami dari segi semua aspek.
    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-31802834 (Encik Zaihan @ Cik Farah) atau ws 014-2371942 (Cik Farah) pada waktu pejabat.
    Makluman tambahan. Pihak kami memohon maaf, kerana pihak kami belum lagi berurusniaga secara retail...ataupun belian kecil..semuanya dgn urusan borong ataupun bundle pack besar...mohon maaf sekali lagi...
    Kepada usahawan dan juga peniaga2 boleh berurusan dgn pihak kami melalui talian 0331802834 @ 0142371942 seperti yang tertera..waktu pejabat... Sekian harap maklum :)

    ReplyDelete