Monday, 25 January 2016

Realiti. Kawan datang dan pergi............Rindu Zaman Sekolah

Gambar hiasan dari Mr Google. Bukan milik aku.

Dulu-dulu kita kata "stay together sentiasa",
then, "set time gather, kita jumpa".
Jadi, "dapat jumpa pon dah cukup syukur".
Sampai akhirnya, "dorg apa khabar ek?" "lama gila tak jumpe / dgr khabar" "rindu member-member yang dulu".

Dulu kalau nak berkumpul terus berkumpul, tak perlu banyak alasan untuk berkumpul.
lama-kelamaan contact via grup chat, yang respon sikit dan makin sikit. 
Sampai akhirnya masing-masing sibuk sendiri.

Well, kalau dah jadi cmni memang bukan salah siapapun, memang masanya aja yang dah habis.
and the least we can say is "goodluck bro, see ya at the top".

-----------

Satu masa kita akan jenguk ke belakang,
dan menyedari sebahagian member-member lama hilang satu persatu.

Dari yang nak bertegur terus menyapa, sampai nak chat kena tanya dulu "busy ke?".

dari yang dulu tak segan silu bahan-membahan, sampai nak 'comment' pon kadang-kadang teragak-agak.

dari yang nak chat tak perlu ada topik dah seru, sampai nak chat tunggu ada keperluan atau topik.
dari yang tak malu nak pinjam duit, sampai nak tnye khabar pon segan.

Akhirnya? cuma mampu scroll news feed, and feel happy that everyone is doing great.

-----------

Jangan remehkan secebis rasa rindu. 
Kalau ada yang ajak gather, usahakan utk join walaupun belum nak berapa rindu or rasa malas.

Who know it's ur last? or their last?

Friends will come and go, but true friends stays together until old age.
menceritakan kisah2 masa persahabatan dengan anak cucu, bersama menjalani jatuh bangunnya dan suka duka hidup bersama.

all the good things will end? sure it will
 
-------------
 
Entri ini aku ambil dari group whatsapp. Copy 100%, tak ada pengubahsuaian apa-apa pun. Aku rasa true indeed apa yang ditulis jadi aku nak kongsi pulak dengan pembaca blog ini. Ya.........masa berlalu, waktu yang telah pergi tak akan mengunjungi kita lagi. Realiti kehidupan. Tiada yang kekal melainkan Allah swt.

Tauhu Lembut & Kicap Bilal untuk mee goreng power.

Kalau nak tahu macam mana rupa tauhu lembut yang aku maksudkan dalam entri terdahulu yang boleh dibaca di sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/resepi-mee-goreng-mamak-yang-paling-best.html bolehlah lihat  gambarnya kat bawah ni. Ramai yang tak kenal tauhu lembut yang aku sebut tu. Rupa dia sama macam tauhu biasa cuma ianya memang sangat lembut.

Lembut sangat, tekan dengan jari pun boleh terbelah

Tengok isinya yang sangat lembut. Kalau lembut sikit lagi jadi macam tau fu fa.

Kicap BILAL sekarang labelnya dah bertukar. Kat bawah ni gambar botol lama. Kicap ini dilabel sebagai sos campuran.


Kat bawah ini pulak ialah gambar botol yang baru. Syarikat ini membuat penjenamaan semula. Labelnya dah ditukar menjadi KICAP Manis (Sweet Soy Sauce). Warna biru masih dikekalkan.
 



Pengalaman aku, kalau goreng mee memang kicap ni paling afdal untuk digunakan. Kalau guna kicap lain rasa mee goreng lari sikit. Ikut lidah aku macam tu lah tapi lain padang lain belalang. Mungkin juga pada aku okay tapi pada orang lain rasanya tak okay.



Thursday, 7 January 2016

Sambal belacan sedap resepi mak mertua aku.

Aku tahu ramai yang tak pandai buat sambal belacan. Ada yang pandai buat tapi tak sedap. Hehe......aku pun sebenarnya macam tu juga. Tapi itu dululah. Sekarang alhamdulillah aku rasa sambal belacan aku saing-saing dengan sambal belacan mak mertua aku. Selama aku tak pandai buat sambal belacan, aku perhatikan betul-betul macam mana cara mak mertua aku buat. Lepas tu bila makan aku akan cuba cari rasa apa yang sepatutnya ada. Pedas dah tentu la ada. Setelah memerhati dan merasa sambal belacan mak mertua aku serta melalui proses trial and error maka dapatlah rasa sambal belacan yang sesuai pada lidah aku. Kalau bahasa belagaknya sedaplah tu.....hehe.

Hari ini aku nak turunkan ilmu sambal belacan kepada novis atau junior atau sapa-sapa yang baru belajar pi ke dapur. Kalau yang senior dan expert, dia orang gelak je baca entry sambal belacan ni sebab dia orang kan expert, sambal belacan apa ada.....kacang je haha! Okay, mai sini kita tengok cara aku. Cara aku semestinya yang paling senang. Cepat siap cepat la makan......

Tengok gambar dulu. Inilah sambal belacan cara aku.

Inilah bahan asasnya. Cili merah dua tangkai (aku buang bijinya), belacan bakar 1 inci, cili api 12 tangkai. Nak lagi pedas buh le 30 tangkai. Berasap telinga korang.
 
Garam lebih kurang 1/3 SUDU KECIL.

Gula lebih kurang 1/2 SUDU BESAR.


Satukan semua bahan kemudian tumbuk le ikut nak halus yang macam mana.
Cili merah tu elok patah-patahkan dulu baru senang nak tumbuk. Bila dah agak halus, calit sikit dengan jari, rasalah. Rasa manis dan masinnya cukup ke tidak. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut. Tapi kalau ikut pengalaman aku, sukatan di atas tu memang dah ngam. Kalau nak ada rasa masam sikit tambah la perahan air asam jawa dalam setengah sudu besar macam tu. Kalau tak nak guna air asam jawa boleh perah limau kasturi. Sebiji pun dah cukup. Lepas tu tumbuk lagi atau gaul sahaja bagi rata. Siaplah sambal belacan yang paling sedap.......haha iye-iye je. Senang bangat kan buat sambal belacan.