Thursday, 7 January 2016

Sambal belacan sedap resepi mak mertua aku.

Aku tahu ramai yang tak pandai buat sambal belacan. Ada yang pandai buat tapi tak sedap. Hehe......aku pun sebenarnya macam tu juga. Tapi itu dululah. Sekarang alhamdulillah aku rasa sambal belacan aku saing-saing dengan sambal belacan mak mertua aku. Selama aku tak pandai buat sambal belacan, aku perhatikan betul-betul macam mana cara mak mertua aku buat. Lepas tu bila makan aku akan cuba cari rasa apa yang sepatutnya ada. Pedas dah tentu la ada. Setelah memerhati dan merasa sambal belacan mak mertua aku serta melalui proses trial and error maka dapatlah rasa sambal belacan yang sesuai pada lidah aku. Kalau bahasa belagaknya sedaplah tu.....hehe.

Hari ini aku nak turunkan ilmu sambal belacan kepada novis atau junior atau sapa-sapa yang baru belajar pi ke dapur. Kalau yang senior dan expert, dia orang gelak je baca entry sambal belacan ni sebab dia orang kan expert, sambal belacan apa ada.....kacang je haha! Okay, mai sini kita tengok cara aku. Cara aku semestinya yang paling senang. Cepat siap cepat la makan......

Tengok gambar dulu. Inilah sambal belacan cara aku.

Inilah bahan asasnya. Cili merah dua tangkai (aku buang bijinya), belacan bakar 1 inci, cili api 12 tangkai. Nak lagi pedas buh le 30 tangkai. Berasap telinga korang.
 
Garam lebih kurang 1/3 SUDU KECIL.

Gula lebih kurang 1/2 SUDU BESAR.


Satukan semua bahan kemudian tumbuk le ikut nak halus yang macam mana.
Cili merah tu elok patah-patahkan dulu baru senang nak tumbuk. Bila dah agak halus, calit sikit dengan jari, rasalah. Rasa manis dan masinnya cukup ke tidak. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut. Tapi kalau ikut pengalaman aku, sukatan di atas tu memang dah ngam. Kalau nak ada rasa masam sikit tambah la perahan air asam jawa dalam setengah sudu besar macam tu. Kalau tak nak guna air asam jawa boleh perah limau kasturi. Sebiji pun dah cukup. Lepas tu tumbuk lagi atau gaul sahaja bagi rata. Siaplah sambal belacan yang paling sedap.......haha iye-iye je. Senang bangat kan buat sambal belacan.

No comments:

Post a Comment