Monday, 25 January 2016

Tauhu Lembut & Kicap Bilal untuk mee goreng power.

Kalau nak tahu macam mana rupa tauhu lembut yang aku maksudkan dalam entri terdahulu yang boleh dibaca di sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/resepi-mee-goreng-mamak-yang-paling-best.html bolehlah lihat  gambarnya kat bawah ni. Ramai yang tak kenal tauhu lembut yang aku sebut tu. Rupa dia sama macam tauhu biasa cuma ianya memang sangat lembut.

Lembut sangat, tekan dengan jari pun boleh terbelah

Tengok isinya yang sangat lembut. Kalau lembut sikit lagi jadi macam tau fu fa.

Kicap BILAL sekarang labelnya dah bertukar. Kat bawah ni gambar botol lama. Kicap ini dilabel sebagai sos campuran.


Kat bawah ini pulak ialah gambar botol yang baru. Syarikat ini membuat penjenamaan semula. Labelnya dah ditukar menjadi KICAP Manis (Sweet Soy Sauce). Warna biru masih dikekalkan.
 



Pengalaman aku, kalau goreng mee memang kicap ni paling afdal untuk digunakan. Kalau guna kicap lain rasa mee goreng lari sikit. Ikut lidah aku macam tu lah tapi lain padang lain belalang. Mungkin juga pada aku okay tapi pada orang lain rasanya tak okay.



No comments:

Post a Comment