Thursday, 23 February 2017

Gambar baik punya!!!

Terjumpa gambar-gambar lama dalam PC. Bukan la lama sangat pun. Barangkali dua tiga tahun lepas. Tah, sebenarnya aku pun tak ingat dah....hehe. Sebab terjumpa gambar lama, jadi hari ini aku rasa nak bercerita pasal gambar-gambar lama tu. Jangan marah na......tajuk tu saja aku bagi gempak sikit.

Buah Kana
Hampa tau kan Buah Kana. Ini buah peberet aku masa kecik dulu. Jiran sebelah rumah aku Mak Biah namanya, ada tanam pokok ini. Buahnya lebat dan menggiurkan. Aku selalu duk perati kalau-kalau ada yang masak. Mengkalau ada yang masak, aku tunggu malam untuk aku rembat....hehe. Nakalnya aku zaman kecik-kecik dulu kan.

Pejabat Pos Fraser Hill
Tahun bila aku pi Fraser Hill, aku sendiri pun dah tak ingat. Pejabat pos ini kira ikon Fraser Hill. Lagi satu ikon dia ialah jam besar pada bulatan depan pejabat pos tu. Kalau pi sana hampa wajib kena bergambar kat situ. Tak ada yang menarik sangat pun kat Fraser Hill ni. Tempat ini sesuai untuk pi berehat. Orang baru kawin boleh la honeymoon sini. Tempat yang aman dan sunyi boleh merancang keluarga dengan baik.....hehe. Lagi satu, orang sakit yang dalam fasa pemulihan biasanya akan datang berehat di sini atas syor doktor. Yang ini driver teksi eksekutif yang bagi tahu aku. Masa pi sana hari tu terjumpa dengan mamat tu langsung bersembang sat dengan dia. Katanya dia hantar customer dari Singapura untuk berehat di Fraser Hill atas syor doktor.

Yang ini pun gambar kat Fraser Hill. Ada banyak banglo yang reka bentuknya macam ini. Tak silap aku banglo ini dibuat cafe english style kot. Lama dah tak pi pasal tu la aku lupa :).

Mulberry
Mulberry ni mak mertua aku tanam belakang rumah. Selalu berbuah. Lebat jugak la. Ada dua tiga pokok. Buah yang color hitam tu ialah buah yang cukup masak. Kalau hampa nak makan cari yang color hitam lagu tu. Yang color merah tu sebenarnya belum cukup masak. Masam rasanya. Kalau yang color hitam tu manis la. Pokok mulberry rupa dia macam pokok bunga raya. Kalau sekali tengok memang seolah-olah pokok bunga raya.

Kalau hampa lalu jalan Kuala Kubu Baru - Fraser Hill boleh jumpa beberapa gerai jual buah Tampoi. Kalau tengah musim buah la.  Ada jugak orang kata buah kayu. Buah tampoi ni ada kenangan tersendiri pada aku. Dulu masa umur aku 10 tahun pernah panjat pokok tampoi orang asli. Yang sadisnya, kena tangkap dengan orang asli masa duk ada atas pokok. Nasib baik tak disumpitnya aku.....haha.


Gambar sungai yang mengalir keluar dari empangan Ampang Pecah. Pokok-pokok tepi sungai tu sebenarnya tinggi-tinggi belaka tapi nampak kecil sebab jurangnya sangat dalam. Berdiri atas jambatan boleh jadi gayat bila tengok ke bawah. Tidak dibenarkan menjala di sungai ini. Tak taulah kenapa. Barangkali ianya kawasan santuari ikan kot atau juga bahaya kalau-kalau air empangan dilepaskan boleh hanyut orang yang menjala.

Jambatan Sultan Azlan Shah
Orang Kuala Kangsar tau sangatlah jambatan ni. Abang aku duk Talang. Sekali sekala pi sana ada la jugak singgah Lembah. Tapi gambar ni aku snap dari sebelah Sayong. Dulu umur belasan tahun pernah aku menoreh getah kat Lubuk Merbau. Masa tu jambatan ni belum ada lagi. 


Pokok apa tak tau la aku. Gila gedabak punya besar. Tinggi melangit. Pokok ini aku snap kat FRIM. Hari ahad ramai orang beriadah di sini. Yang jogging, berbasikal, mandi jeram, jalan-jalan santai pun ada. Venue yang baik untuk buat kenduri kawin dan rumah terbuka syarikat.

Gambar senja di Putrajaya. Sekali sekala pi okay la. Selalu pi muak.....hihi. Warga Putrajaya jangan marah na. Kita duk sini selalu pi dah tak rasa apa-apa tapi orang dari luar lain la. Sekali sekala depa datang depa tengok sungguh-sungguh.

Tak larat dah aku nak upload gambar, pasal saiz dia besar-besar. Biasanya kalau nak upload gambar aku resize bagi kecil dulu jadi senang la nak upload. Hari ni aku rasa malas pulak nak resize, itulah aku upload terus. Okaylah pembaca budiman. Kita jumpa dilain entri.               

Saturday, 18 February 2017

SAYA DALAM DILEMA

Cerita ini dari grup whatsapp jugak. Nak komen dan sambung cerita kat dalam grup segan pulak tapi hati macam digaru-garu gatal nak komen. Jadi aku tepek cerita ini kat blog aku. Macam biasa, sebab ini blog aku, bolehlah aku tulis apa yang aku suka kannnnn.......hehe. Jomlah kita ikuti ceritanya beserta dengan komen aku menyusul di akhir cerita;

Nama sy Hj Jamil. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, sy bnyk menghabiskan masa dgn masjid sahaja. Solat 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian sy sejak pencen, mencari bekalan akhir serta cuba cover mana dosa2 yg bnyk dahulu.

5 anak2 sy semua sudah berkahwin dan sy mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lg tanggungjawab lain dan masa dpt di isi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.

Dikejiranan sy, 2 rumah sebelah rumah sy tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah sy panggil dia sbg Ani, yg berumur 39 tahun. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 kesekolah. Petangnya pula kedua dua anak beliau perempuan umur 11 dan 12 rahun mengaji dgn isteri sy. Selalunya isteri sy akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Jem barangkali.

Sy sendiri juga jarang juga berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi sabtu selepas kuliah di.masjid yg mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dgn sy;

"Sy tahu abg Jamil terkejut, tp Ani da fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jamil serta isteri abg. Ani ikhlas".

"Isteri abg pasti pengsan dengar ni"

"Kita kawin senyap2 je bang..." bls Ani meyakinkan.

Sejak pagi itu sy jadi tidak keruan. Apa patut sy buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nmpak di taji, tuah org siapa yg tahu... dilemma...

Bantulah saya...😂😂

Ini soalan peperekasaan Bahasa Malaysia 2 utk thn depan. Bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang (markah 50%)


My comment;
Aku tak nak bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang. Aku nak tulis apa yang akan aku buat kalau aku jadi Hj Jamil. Aku dengan Hj Jamil ni umur 10 tahun beza......hehe tapi aku tak kenal pun dia. Aku jeles giler siot pasal pak haji dapat rezeki tak disangka-sangka. Kalau la aku jadi Hj Jamil ni memang aku tak fikir panjang. Rezeki jangan di tolak. Biasalah lelaki kan.....benda-benda macam ni mana nak fikir panjang. Orang perempuan lain la, selalu berfikir panjangggggggg contohnya bila nak beli kain baju. Mak aii punya la lama belek-belek. Lepas satu dibeleknya lagi satu. Sampaikan semua baju dalam kedai nak dibeleknya. Tapi yang peliknya akhirnya tak juga dibeli......hehe inilah contoh bagaimana wanita selalu berfikir panjangggggg!

Berbalik kepada cerita Hj Jamil tadi, kalau aku yang jadi dia pastilah aku terima dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Bukan la pasal apa, kawin dengan janda ni banyak pahalanya. Apa lagi janda yang ada anak. Banyak pahala kalau kita dapat bagi kasih sayang kepada anak-anak yang tak dak pak macam kita bagi kasih sayang kepada anak-anak kita sendiri. Kalau dalam kes Hj Jamil ni memang perfectlah sebab Ani janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Kira package memang dah complete. Ini namanya tuah datang bergolek. 

Hehe.....hampa jangan marah ye. Ini angan-angan kosong je. Suka-suka cerita hujung minggu. Kalau ada salah dan silap haraplah dimaafkan. Realitinya mana ada cerita macam ni dalam dunia nyata. Tapi kalau ada dan terjadi kepada aku memang sumpahhhhhh aku tak tolak........haha.

Thursday, 16 February 2017

Patuh kepada ulil amri

Rencana di bawah ini aku dapat dari group whatsapp. Saja tepek kat sini. Hampa baca dulu. Komen aku tulisan color biru selepas habis rencana;

Sebagai orang Islam.pertama sekali kita pegang dan yakin lepada Ayat 26 surah Ali Imran.:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

( لِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِير )
ps : Ayat ini orang buat wirid lepas sholat fardhu.
Tujuan dah tentu untuk tawakal .

Kita yang mendirikan solat dan dah tentu mengharap kan di letak kan Allah dalam kalangan orang yang beriman

Kalau dah beriman dah tentu kita mengikuti perintah ini:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Surah An Nisa ayat 59.
Ini suruhan bagi yang beriman.
Ini sudah kira wajib bagi yang beriman patuh kepada Ulil amri tiada kecuali.
Banyak hadiths yg menyuruh taat kepada ulil amri ia itu  pemerintah .
Walau kita tak selesa dgn ulil amri tu tetap kena patut
Di bawah di petik dari dari blog muzuddin.wordpress.com:

Islam mengharamkan perpecahan....Imam Barbahari RA menyatakan bahawa orang yang keluar dari jemaah adalah KHAWARIJ kerana taat kepada pemimpin adalah akidah muslim.

Firman Allah (1):

وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang mensyirikkan Allah, iaitu mereka yang memecah-belahkan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak. SETIAP PUAK BERBANGGA DENGAN PUAK MEREKA.” (Surah Ar-Rum, 30: 31-32)……

Firman Allah (2):

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan JANGANLAH KAMU BERBALAH, yang menyebabkan kamu gagal dan kekuatanmu hilang.” (Surah Al-Anfal: 46)……

Sabda Nabi SAW:

“JIKA DIBAI’AT DUA ORANG KHALIFAH, MAKA BUNUHLAH YANG TERAKHIR DARI KEDUANYA.” (Riwayat Muslim, Abu ‘Awaanah, Al-Baihaqi dan yang lain)

Hadis:

1. “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan: Tiada Tuhan yang berhak diibadahi selain Allah. Apabila mereka telah mengucapkan yang demikian, maka darah dan harta mereka terlindung kecuali dengan haknya, sedangkanPERHITUNGANNYA KEMBALI KEPADA ALLAH”.

2. Dari Ubadah bin Shamit berkata : “kami pernah diminta berjanji oleh Rasulullah supaya tetap patuh dan taat kepada beliau, baik dalam keadaan senang atau susah, lapang atau payah dan mengutamakan kepentingan yang lain daripada kepentingan sendiri. KAMI JUGA DIMINTA BERJANJI TIDAK MELUCUTKAN JAWATAN SEORANG PEMIMPIN KECUALI APABILA KAMI MELIHAT DENGAN JELAS ORANG ITU SUDAH KAFIR DAN BERDASARKAN BUKTI-BUKTI DARI ALLAH TENTANG KEKAFIRANNYA. Kami juga berjanji bercakap benar di mana saja kami berada tanpa merasa takut mengatakan yang haq biarpun dicela oleh orang-orang yang suka dicela.”(Riwayat bukhari dan muslim).

3. Diriwayatkan daru Auf Bin Malik RA dari Rasulullah SAW beliau bersabda:
“Sebaik-baik pemimpin kamu adalah pemimpin yang kalian cintai dan mereka mencintai kalian. Kalian memohon ampun untuk mereka dan mereka memohon ampun untuk kalian. Sejelek-sejelek pemimpin adalah pemimpin yang kalian bencidan mereka membenci kalian, kalian melaknat mereka dan mereka melaknat kalian.” Para sahabat bertanya: “Apakah kami perangi mereka dengan pedang, Ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih mengimami solat kalian.APABILA KALIAN MELIHAT SESUATU YANG KALIAN BENCI DARI PENGUASA KALIAN MAKA BENCILAH PERBUATANNYA DAN JANGAN KALIAN MENCABUT KETAATAN DARINYA.”

4. Salamah bin Yazid Al-Ju’fi radiyallhu anhu bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata: Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “HENDAKLAH KAMU DENGAR DAN PATUH, MEREKA AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB MEREKA DAN KAMU AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB KAMU” (Riwayat Muslim).

5. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.” Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? SABDA BAGINDA: “ENGKAU DENGAR DAN TAAT TERHADAP PEMERINTAH WALAUPUN DIA MEMUKUL BELAKANGMU DAN MENGAMBIL HARTAMU. Kamu dengar dan taat” (Riwayat Muslim).

Kenyataan ini telah dijelaskan juga oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib R.A:

“Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya: Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik, ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan suatu daerah melalui perantara penguasa walaupun ia jahat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat: asy-Syu’ab

Mesti lah ada sebab tertentu kenapa kena taat kepada ulil amri. Ini lah satu wassilah .
Patut alim ulamah yang faham patut terangkan kepada umum
Kena berani tanya orang macam President siapa ulil amri dia kalau dia tak mahu patut pada yang ada. Boleh kah kita ikut imam yg tidak ikut dan patut kepada ulil amri?

Wallahualam.


My comment;
Kalaulah aku jawab dalam group whatsapp pasti ada yang bermasam muka. Oleh kerana blog ini aku punya jadi kalau aku komen kat sini tak ada sapa boleh marah pasal blog aku suka hati akulah kan....hehe. Aku mulakan komen dengan satu pertanyaan. 

Aku tanya hampa - kalau ulil amri tu kata "masuklah hampa semua ke dalam agama hindu". Agak-agak hampa la kan, hampa nak ikut tak cakap dia. Haaa....ingat, kalau tak ikut cakap dia hampa tak beriman (bukan aku kata ya, tu rencana kat atas tu yang kata).

Nampak tak? Tafsirlah pakai ilmu dan akal. Wajib taat kepada ulil amri selagi dia "Amar ma'ruf nahi munkar". Kalau ulil amri yang kerja duk menyamun bagai apakah wajib kita taat? Ingat, menyamun tu perkara mungkar. Apa macam

Wallahu a’lam.

Monday, 6 February 2017

Baca pelan-pelan dan baca sampai akhir, anda akan terpukau.

Tulisan di bawah ini dapat dari grup whatsapp. Tak tahulah asalnya siapa yang karang tapi rasanya berbaloi untuk dikongsikan bersama. Terima kasih kepada pengarangnya.

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

من الطبيعي أن ترى السفينة في الماء لكن من الخطر أن ترى الماء في السفينة فكن أنت في قلب الدنيا ولا تجعل الدنيا في قلبك .      

Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air , namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada dihati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.                              

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إن خسِرت شيئًا لم تتوقع يومًا أن تخسره ، فإن الله سيرزقك شيئًا لم تتوقع يومًا أن تملكه .

Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 تفاءل عندما تصعب عليك الأمور ، فإن الله تعالى أقسم مرتين فإنّ مع العُسر يُسرا ، إنّ مع العسر يسرا .

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, karena Allah telah bersumpah dua kali "sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitn bersama kemudahan"

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 الحياة سألت الموت :
لمآذا البشر يحبونني ويكرهونك ؟
أجاب الموت : ﻷنك كذبة جميلة وأنا حقيقة مؤلمة

Kehidupan bertanya kepada kematian:
mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
 maka maut menjawab: "karena kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan"


▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 لا نعلم بعد رحمة الله ما الذي سيدخلنا الجنة ؟؟
أهي ركعة ، أو صدقة ، أو سقيا ماء ، أو حاجة مؤمن قضيناها ، أو دعوة ، أو ذكر !!!!
فاعمل ولا تستصغر !!!!!!

kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga??
apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah dzikir kita??
maka beramal lah dan jangan mempertikaikan!


▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 ضع قليلاً من العاطفة على عقلك حتى يلين
  وضع قليلاً من العقل على قلبك كي يستقيم .

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut
dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus


▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

تعجبني القلوب التي تستقبل الألم بصمت و تبرر أخطاء الآخرين بحسن نيه .

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengann diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 عندما تظن بأن بعد الشقاء سعاده ، وبعد دموعك إبتسامة فقد أديت عبادة عظيمه ألا وهي حسن الظن بالله

ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah

▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁

 إذا أتعبك ألم الدنيا فلا تحزن .. فربما أشتاق الله لسماع صوتك وأنت تدعوه .. لا تنتظر السعادة حتى تبتسم .. ولكن ابتسم حتى تكون سعيد .. لماذا تطيل التفكير والله ولي التدبير .. ولماذا القلق من المجهول وكل شيء عند الله معلوم .. لذلك إطمئن فأنت في عين الله الحفيظ .. وقل بقلبك قبل لسانك « فوضت أمري إلى الله » طيب الله أيامكم بذكره

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih......... barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu........dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum........namun tersenyumlah sehingga kau bahagia.........mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang maha Mengatur.... mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu........oleh karena itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang maha Menjaga......dan ucapkan dengan hatimu debelum dengan lisanmu...........aku serahkan segala urusanku kepada Allah


▁▂▃▄▅🌹💔🌹▅▄▃▂▁: كلام جميل 💯%💯

إذا لم تعرف عنوان رزقك.. فلا تخف.. لأن رزقك يعرف عنوانك.. فإذا لم تصل إليه.. فهو حتما سيصل إليك.

jika kau tidak tahu alamat rezekimu...... janganlah takut......karena rezeki Allah tahu dimana alamatmu...jika kau tidak boleh sampai kepadanya......nescaya dia akan sampai kepadamu...

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
إذا قابلنا الإساءة بالإساءة.. فمتى ستنتهي الإساءة؟!
قال تعالى: "فمن عفا وأصلح فأجره على الله"

jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman "dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah".


⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
عندما نتأخر عن الدوام ندخل برأس منكوس وكلام مهموس حياء من المدير.. فهل نشعر بنفس هذا الشعور عندما نتأخر في الصلاة ونقف بين يدي الله؟!
ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu karena malu kepada majikan.....maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
لاتحسد أحدا بنعمة فأنت لاتعلم ماذا أخذ الله منه.. ولاتحزن بمصيبة فأنت لاتعلم ماذا سيعطيك الله عليها "إنما يوفى الصابرون أجرهم بغير حساب"

jangan kau iri kepada seorangpun kerana sebuah nikmat, karena kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya...... dan janganlah bersedih karena sebuah musibah, karena kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu......... Allah berfirman "sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira"


⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
حكمتين من أروع ما وصلني اليوم :
حكمة يابانيةُِ :
ليس كل سقوط نهاية  فسقوط المطر أجمل بدايةُ

bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يقول حكيم يوناني:
كنت ابكي لأنني أمشي بدون حذاء
ولكنني توقفت عَنَ البكاء عندما رأيت رجلاََ بلا قدمين..
دائما الحمدلله علىَ كل حال ''
 
dahulu aku menangis karena aku berjalan tanpa alas kaki.... namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya......maka selalu ucapkanlah alhamdulillah pada setiap keadaan

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
يوماً ما ستكتشف:
"أن حزنك حماك من النار
  وصبرك أدخلك الجنة"

pada suatu hari kau akan menemukan: bahwa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga


⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
من عجائب الإنسان أنه يستفز من سماع (النصيحه) و ينصت لسماع (الفضيحه).

diantara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan
⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
- لا تتوقع من نهاية اليوم إلاَّ الرِّضَا وسترضى..
استعن بالكريم
استعنْ بالرحيم
استعن بالعظيم

jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu

⛳⛳⛳⛳⛳⛳
كلام جميل 💯%💯
•إن ضاقت عليك أمورك!
    » ففي القرآن جنتك .

• إن آلمتك وحدتك !
    » فإلى السماء دعوتك .

• إن سألوك عن أخبارك !
    » فاحمد الله و ابتسم .

jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu
Dan jika kesendirianmu menyakitimu , maka kelangit kirimkan doamu
dan jika mereka bertanya tentang kabarmu maka katakan Alhamdulillah dan tersenyumlah


⛳⛳⛳⛳⛳⛳
أخيراً:
• إذا نويت نشر هذا الكلام!
    »  انو به خيراً لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا

Sebagai penutup..
Jika engkau berniat utk share faedah yg sangat berharga ini,,
Jgn lah lupa berniat baik/Luruskan Niat
Semoga dg niat baik ini Allah Swt berikan kelancaran dlm segala urusan kita..
Keberkahan dlm rezeki kita..
Dijaga dr segala marabahaya..
Diluaskan rezeki kita..
Dijaga aqidah kita beserta klrga dan anak cucu dr segala aliran dan aqidah yg menyimpang..
Dan ditutup umur kita semua dlm keadaan husnul khatimah,
Amiinn Allahumma Amiinn..


⛳⛳⛳⛳⛳⛳
هدية للأحباب..🎁
أرسلها لقائمتك ليشهدوا لك بذلك غداً ولا تحرم نفسك الأجر بإذن الله
Hadiah utk saudaraku yg kucinta..
Berbagilah akan faedah ini kpd handai taulan supaya mereka kelak menjadi saksi akan ibadah ini.