Cerita ini dari grup whatsapp jugak. Nak komen dan sambung cerita kat dalam grup segan pulak tapi hati macam digaru-garu gatal nak komen. Jadi aku tepek cerita ini kat blog aku. Macam biasa, sebab ini blog aku, bolehlah aku tulis apa yang aku suka kannnnn.......hehe. Jomlah kita ikuti ceritanya beserta dengan komen aku menyusul di akhir cerita;
Nama sy Hj Jamil. Umur 58 tahun. Sejak pencen 3 tahun yg lalu, sy bnyk menghabiskan masa dgn masjid sahaja. Solat 5 waktu dan hadiri majlis2 ilmu. Itulah rutin harian sy sejak pencen, mencari bekalan akhir serta cuba cover mana dosa2 yg bnyk dahulu.
5 anak2 sy semua sudah berkahwin dan sy mempunyai 15 cucu. Hidup rasa cukup lengkap dgn tiada apa lg tanggungjawab lain dan masa dpt di isi dgn aktiviti sendirian serta amal ibadat. Isteri juga sudah rehat sepenuhnya.
Dikejiranan sy, 2 rumah sebelah rumah sy tinggal seorang wanita yang telah kematian suami akibat kemalangan. Biarlah sy panggil dia sbg Ani, yg berumur 39 tahun. Pagi2 beliau keluar bekerja dan menghantar anak2 kesekolah. Petangnya pula kedua dua anak beliau perempuan umur 11 dan 12 rahun mengaji dgn isteri sy. Selalunya isteri sy akan menyediakan makanan sehingga kedua kanak2 ini kenyang sementara menunggu ibu mereka balik bekerja. Biasanya Ani sampai rumah selepas maghrib. Jem barangkali.
Sy sendiri juga jarang juga berbual dgn Ani, sehinggalah pada satu pagi sabtu selepas kuliah di.masjid yg mana Ani juga hadir. Tanpa saya duga Ani telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dgn sy;
"Sy tahu abg Jamil terkejut, tp Ani da fikir masak2, anak2 Ani pun kenal dan baik dgn Abg Jamil serta isteri abg. Ani ikhlas".
"Isteri abg pasti pengsan dengar ni"
"Kita kawin senyap2 je bang..." bls Ani meyakinkan.
Sejak pagi itu sy jadi tidak keruan. Apa patut sy buat? Ani memang janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Tuah ayam nmpak di taji, tuah org siapa yg tahu... dilemma...
Bantulah saya...😂😂
Ini soalan peperekasaan Bahasa Malaysia 2 utk thn depan. Bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang (markah 50%)
My comment;
Aku tak nak bincangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang. Aku nak tulis apa yang akan aku buat kalau aku jadi Hj Jamil. Aku dengan Hj Jamil ni umur 10 tahun beza......hehe tapi aku tak kenal pun dia. Aku jeles giler siot pasal pak haji dapat rezeki tak disangka-sangka. Kalau la aku jadi Hj Jamil ni memang aku tak fikir panjang. Rezeki jangan di tolak. Biasalah lelaki kan.....benda-benda macam ni mana nak fikir panjang. Orang perempuan lain la, selalu berfikir panjangggggggg contohnya bila nak beli kain baju. Mak aii punya la lama belek-belek. Lepas satu dibeleknya lagi satu. Sampaikan semua baju dalam kedai nak dibeleknya. Tapi yang peliknya akhirnya tak juga dibeli......hehe inilah contoh bagaimana wanita selalu berfikir panjangggggg!
Berbalik kepada cerita Hj Jamil tadi, kalau aku yang jadi dia pastilah aku terima dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan. Bukan la pasal apa, kawin dengan janda ni banyak pahalanya. Apa lagi janda yang ada anak. Banyak pahala kalau kita dapat bagi kasih sayang kepada anak-anak yang tak dak pak macam kita bagi kasih sayang kepada anak-anak kita sendiri. Kalau dalam kes Hj Jamil ni memang perfectlah sebab Ani janda menawan, ada kerjaya, kereta dan rumah sendiri. Kira package memang dah complete. Ini namanya tuah datang bergolek.
Hehe.....hampa jangan marah ye. Ini angan-angan kosong je. Suka-suka cerita hujung minggu. Kalau ada salah dan silap haraplah dimaafkan. Realitinya mana ada cerita macam ni dalam dunia nyata. Tapi kalau ada dan terjadi kepada aku memang sumpahhhhhh aku tak tolak........haha.
No comments:
Post a Comment