Hari ini aku nak sambung teknik FX yang biasa aku praktiskan. Part 1 hampa boleh cari kat sini http://pipsterian.blogspot.my/2017/03/teknik-aku-sendiri-untuk-peminat-fx.html. Berikut ialah chart yang diambil dari entri pada Part 1;
Komponen indikator ada dua iaitu Weekly Pivot(Pink) dan Stochastic Oscillator(Gray) (setting 100,1,2) |
Seperti yang dah diceritakan pada entri Part 1 dulu, Stochastic (100,1,2) ada kaitan rapat dengan Weekly Pivot dalam mentafsir pergerakan harga. Pointnya ialah bila Stoch (Stochastic Oscillator) naik melepasi level 80 maka price akan mula menjarakkan diri dengan Weekly Pivot atau dalam kata lain price mula bergerak ke arah atas/naik. Begitu juga jika Stoch turun melepas level 20 maka price akan mula menjarakkan diri dengan Weekly Pivot iaitu price akan mula bergerak ke arah bawah/turun. Dari sini, kita boleh ambil kesimpulan bahawa, sekiranya Stoch berada dalam lingkungan level antara 20 ke 80 maka tidak akan berlaku pergerakan harga naik atau turun yang besar sebab price hanya akan bergerak naik atau turun apabila Stoch berada di atas level 80 atau di bawah level 20. Ringkasannya seperti berikut;
Stoch 80 -100 = pergerakan harga menaik atau uptrend
Stoch 20 - 80 = tiada pergerakan harga yang ketara atau tiada trend
Stoch 0 - 20 = Pergerakan harga menurun atau downtrend
Jadi bila nak open position pastikan ada trend. Kalau tak ada trend jangan open position sebab price tak akan ke mana-mana. Chart yang ditunjukkan di atas ialah pada Time Frame 1 Hour (TF1H). Sebenarnya apa yang berlaku pada TF1H boleh dilihat pada chart TF4H. Tapi ada teknik dan caranya. Kalau dah jumpa teknik dan caranya kerja pun jadi mudah. Yang penting faham dulu setiap indi yang kita gunakan. Sekarang mari kita lihat chart yang saya gunakan pada TF4H;
Weekly Pivot masih ada (Pink) tapi ada tambahan R1, R2 & S1, S2 serta Stochastic Oscillator (Orange) (Setting 21,2,2) |
Pada chart TF4H, Weekly Pivot masih ada cuma ada tambahan R1 dan R2 iaitu Resistance 1 dan Resistance 2 yang color biru. Color hijau muda tu ialah Support 1 dan Support 2. Kalau hampa nak faham forex, hampa kena faham apa dia garisan resistance dan support. Resistance dan support ini digunakan oleh hampir semua fund manager di dunia ini tak kiralah dalam trading saham, commodity, futures, forex dan lain-lain. Sebab tu aku kata benda ni penting dan memang wajib kita faham. Selain dari weekly pivot, hampa boleh nampak ada satu lagi indikator color oren iaitu Stochastic Oscillator tapi kali ini setting dia adalah seperti berikut;
Hampa dah tengok setting dia berapa kan? Kenapa setting 21,2,2 bukan yang lain contohnya 15,5,5? Jawapannya ialah dengan setting 21,2,2 pada TF4H, pergerakan Stoch pada TF4H adalah hampir sama dengan pergerakan Stoch 100,1,2 pada TF1H. Maksudnya, dengan hanya melihat kepada Stoch pada TF4H tanpa melihat kepada Stoch pada TF1H, kita dah boleh kesan pergerakan trend yang berlaku. Hampa tak faham, tengok chart bawah ni;
Stochastic Oscillator setting 21,2,2 |
Lihat garisan vertical merah. Stoch di atas level 80 dan price mula menjarakkan diri (naik) daripada Weekly Pivot. |
Sekarang lihat pula chart yang sama tapi pada TF4H;
Lihat Stoch (21,2,2) cross level 80 ke atas price pun mula menjarakkan diri daripada weekly pivot dengan bergerak ke atas. |
Ringkasnya, bila Stoch 100,1,2 cross level 80 ke arah atas pada TF1H, pada masa yang sama Stoch 21,2,2 pada TF4H turut cross level 80 ke arah atas. Kedua-dua Stoch pada TF yang berbeza ini memberi petunjuk yang sama. Ini adalah cara aku setting chart pada TF yang berbeza tetapi memberikan petunjuk yang sama. Aku buat cara macam ni supaya tidak keliru dan tidak mendapat petunjuk yang berbeza bagi setiap TF yang berlainan.
Konsep penggunaan petunjuk yang dihasilkan oleh indikator pada TF4H adalah sama macam TF1H iaitu untuk uptrend, bila Stoch berada pada level 80-100, price mesti berada di atas weekly pivot. Kalau price terbabas berada di bawah weekly pivot itulah dia peluang BUY/LONG. Untuk downtrend pulak, bila Stoch berada pada level 20-0, price mestilah berada di bawah weekly pivot. Kalau price masa ini berada di atas weekly pivot itulah dia peluang SELL/SHORT. Benda ini apply kepada TF1H dan TF4H. Kalau nak sharp lagi boleh guna setting 21,2,1 untuk Stoch pada TF4H.
Stoch 21,2,1 pada TF4H lebih sharp. |
Sekali lagi aku nak tekankan di sini. Bila Stoch, tak kiralah TF1H atau TF4H berada dalam lingkungan 0-20 maka apa saja price yang berada di atas weekly pivot adalah peluang SELL/SHORT. Tapi, ada tapinya ya. Nak cari price berada di atas garisan weekly pivot bila Stoch berada pada level 0-20 bukannya selalu jumpa. Jadi, price yang hampir menyentuh weekly pivot juga boleh diambil kira sebagai peluang SELL/SHORT. Begitu juga jika Stoch berada pada level 80-100, price yang hampir menyentuh weekly pivot juga boleh dijadikan petunjuk untuk open position BUY/LONG. Sebagai contohnya adalah seperti chart di bawah ini. Ini adalah chart pada TF4H;
Nampak tak dua peluang SELL/SHORT dalam keadaan price hampir menyentuh weekly pivot. |
Jika anda menggunakan TF4H untuk trading letakkan TP - take profit anda pada julap yang lebih besar kerana pergerakan price pada TF4H selalunya besar, boleh mencapai 50-100 pip. Malahan ada yang lebih dari itu. Chart kat bawah ini pula ialah chart dua peluang SELL/SHORT sama macam yang kat atas tadi tapi TFnya ialah TF1H;
Nampak tak price hampir menyentuh weekly pivot yang menunjukkan peluang SELL/SHORT. |
Okay, setakat ini dulu untuk Part 2. In Sha Allah, ada kelapangan aku sambung pada Part 3. Chart yang aku tunjukkan ini sebenarnya hanya basic sahaja. Kalau hampa nak tengok chart yang aku biasa guna sebenarnya akan kelihatan begini;
Time Frame 1 Hour |
Time Frame 4 Hour |
Nampak serabut. Sebab itulah aku tunjukkan sikit-sikit dulu. Nanti hampa pening. Walaupun serabut tapi semua indikator tu ada maksudnya dan ada keperluannya jadi kenalah masukkan juga. Kalau abaikan, kemungkinan kita baca dan dapat signal yang salah. Indi yang yang lain tu jika ada kelapangan aku akan ceritakan satu persatu.
terima tuan ilmu yg dicurahkan..hadamkan yg ni dulu..tggu part 3 plak t...
ReplyDeletetq tuan utk part2...
ReplyDeletesama-sama. no problem.
Delete