Kacang goreng memang jadi kegemaran aku. Lebih-lebih lagi kalau aku buat sendiri. Sebabnya ialah kalau aku buat sendri, aku boleh adjust rasanya jadi macam rasa yang aku kehendaki. Nak manis boleh. Masin boleh. Pedas pun okay. Itulah kelebihan goreng kacang tanah sendiri. Biasanya kalau aku goreng kacang tanah 500 gram, paling lama boleh bertahan 3 hari sahaja. Lepas 3 hari balangnya kosonglah. Modal tak banyak mana pun. 500 gram kacang tanah baru lebih kurang RM4.00 ke RM4.50. Dengan bawang putih, ikan bilis dan lain-lain bahan jumlah keseluruhan modal tak lebih dari RM15.00.
Pilih kacang tanah yang tak ada kulit. Rendam dalam air panas menggelegak dalam 5 minit lepas tu toskan. |
Setelah ditoskan, perap dengan bahan kisar. Lagi lama lagi bagus biar bahan kisar meresap ke dalam kacang. |
Dah siap. Campur dengan ikan bilis goreng dan bawang putih goreng. |
Sebelum ini selalu jugak aku goreng kacang tapi untuk kali ini aku nak tambah beberapa bahan. Niat di hati nak bagi sedap lagilah....hehe. Kali ini aku tambah serbuk kari dan serbuk cili. Hasilnya memang sedap. Ada rasa pedas-pedas gitu. Kalau nak tahu macam mana rasanya hampa kenalah buat sendiri......hehe. Boleh makan sambil malas-malas tengok TV. Okay.......cerita panjang pun tak guna. Aku nak pi bawa teksi sat lagi. Sebelum aku mengayuh, aku nak turunkan resepi kacang goreng rangup dan pedas perisa kari daging kat sini.......manalah tau kot-kot hampa nak try :)
Bahan
500 gram kacang tanah yang telah dibuang kulit
50-100 gram ikan bilis (kalau saya akan cari yang gred elok sikit, goreng jadi garing, tak liat).
30 ulas bawang putih (15 ulas hiris dan 15 ulas kisar)
2 sudu makan kari daging
1 sudu makan serbuk cili
2 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Cara
# Panaskan air hingga menggelegak. Matikan api dan rendamkan kacang tanah selama lebih kurang 5 minit.
# Ikan bilis buang perut, bersihkan dengan air kemudian toskan
# 15 ulas bawah putih hiris halus.
# Dalam blender masukkan 15 ulas bawang putih, serbuk kari daging, serbuk cili, gula dan garam. Buh air sikit kemudian blend hingga halus.
# Perap bahan kisar bersama dengan kacang tanah selama 30 minit atau lebih. Aku biasa perap sejam supaya bahan perap dapat meresap sebati ke dalam kacang tanah untuk dapat rasa yang lebih power.
# Selesai perap gorenglah kacang dengan menggunakan api perlahan. Masa goreng ni kena selalu gaul supaya kacang masak sekata. Masa memasak lebih kurang 12 ke 15 minit shj. Dah siap goreng, toskan kacang tanah tersebut.
# Goreng pulak ikan bilis sampai garing. Kemudian goreng bawang putih yang dihiris tadi.
# Akhir sekali, satukan kacang tanah yang telah siap digoreng bersama dengan bilis goreng dan bawang putih goreng. Gaul semuanya bagi sebati. Simpan dalam balang kedap udara untuk tahan lama dan tak masuk angin.
No comments:
Post a Comment