Sebenarnya ini masakan favorite aku. Bila jumpa masakan ini teringat aku kepada arwah mak. Masa kecik-kecik dulu arwah mak aku selalu masak masakan ini. Favorite kepada aku sebab ada sentimental value dan memang masakan ini pun kena dengan selera aku. Sesetengah tempat panggil masakan ini sebagai ikan masak acar. Kedua-duanya merujuk kepada masakan yang sama. Simple, mudah dan senang untuk dimasak. Berbaloi dengan rasanya. Macam-macam ikan boleh dimasak dengan cara ini tapi yang biasa ialah ikan Tenggiri, Kembung, Sardin dan Tongkol/Kayu. Lain-lain ikan pun boleh jugak, macam ikan Nyuk-nyuk, Selar dan sebagainya. Ikut selera dan kesesuaian masing-masinglah. Tapi kalau aku, yang paling aku suka guna ikan Kembung dan Tongkol.
Ikan Tongkol hitam masak cuka. Duk dalam kuali lagi. |
Memang dah dua tiga hari niat aku nak makan ikan masak cuka cumanya aku tak pasti nak beli ikan Kembung atau ikan Tongkol. Kebetulan tadi aku lalu kat pasar basah. Singgah sekejap nak tengok ikan apa yang ada. Nampak Tongkol macam cantik pulak. Aku beli la ikan Tongkol. Timbang tengok ngam-ngam satu kilogram. Aku tak suruh dia orang potong sebab aku nak balik potong sendiri. Biasanya kalau jenis ikan yang boleh dipotong macam Tenggiri, Merah, Jenahak dan lain-lain memang dia orang akan tolong potong cuma yang aku kurang gemar tu kekadang dia orang potong agak sedikit tebal. Nak cun-cun macam yang kita suka kenalah bawak balik potong sendiri. Tapi kalau hampa potong sendiri kena pastikan pisau betul-betul tajam. Kalau pisau tak tajam nanti isi ikan akan pecah dan terkeluar masa hampa tekan nak potong tu. Pisau kat rumah aku memang dijamin tajam-tajam belaka sebab semuanya aku baru asah semalam jadinya konfiden memang berada ditahap tertinggilah........hehe.
Masak cuka ni senang sahaja. Ikan tu lepas potong goreng macam biasa. Cuma kalau ikut cara aku, aku suka goreng tak sampai garing supaya isi ikan maintain lembut. Kalau goreng garing, ikan jadi keras tak syok pulak nak makan nanti. Sayur-sayur yang dimasukkan pulak ikut sukalah nak buh apa pun. Ada orang buh carrot, timun, cili benggala dan lain-lain. Aku kalau masak biasnya buh timun je pasal aku malas nak potong sayur-sayuran yang lain.....hehe. Panjang cerita pulak daaa.....jom la tengok resepi ikan masak cuka cara aku kat bawah ni.
Ikan Tongkol masak cuka
Bahan
Ikan Tongkol masak cuka
Bahan
1 ekor Ikan Tongkol berat lebih kurang 1kg
6 biji bawang merah (kecil). Potong kasar - sebiji potong 4 bahagian macam tu
5 ulas bawang putih. Setiap ulas dipotong belah dua sahaja
1 inci halia potong mancis
1 biji timun saiz sederhana. Potong macam kayu api dan buang bijinya.
10 tangkai cili api (nak pedas tambah lagi. Tak nak pedas kurangkan jumlahnya)
2 tangkai cili merah
5 sudu makan cuka
1 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh serbuk kunyit
1 gelas air atau lebih bergantung banyak mana kuah yang anda nak
garam, gula dan minyak untuk menumis
Cara
1. Ikan potong dan bersihkan. Gaul dengan garam kunyit dan goreng macam biasa cuma jangan lama sangat supaya tak garing. Ketepikan.
2. Ambil minyak goreng ikan tadi dalam 3-4 sudu makan kemudian panaskan dan tumis bawang merah, bawang putih juga halia. Masukkan juga biji sawi dan halba.
3. Bahan tumis naik bau, masukkan air. Gaul rata kemudian masukkan serbuk kunyit, cili api, timun dan sayur-sayuran lain jika ada. Gaul rata dan biarkan sebentar.
4. Masukkan cuka, gaul dan biar menggelegak.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau hampa nak buh serbuk cukup rasa atau serbuk perasa pun boleh, terpulang kepada hampalah. Mesti ada rasa masam, manis dan masin. Hampa adjustlah ikut kesesuaian selera hampa.
6. Bila rasa dah ngam, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan juga cili merah. Gaul rata kemudian tutup sebentar untuk bagi ikan sebati dengan kuah. Lepas 2-3 minit gitu padamkan api. Ikan masak cuka dah siap.
7. Biasanya ikan masak cuka ni kalau nak bagi kuah sebati dengan ikan, lepas masak jangan terus makan. Simpan dulu sejam dua lepas tu baru makan. Lagi lama lagi bagus untuk bagi isi ikan serap kuah.

No comments:
Post a Comment