Wednesday, 28 March 2018

Menghilangkan kesan dakwat pada pakaian - Bahagian 1

Bila pakaian tekena dakwat perkara pertama yang aku fikir ialah "write off" sajalah pakaian tu. Kalau baru kena bolehlah dirawat lagi tapi kalau dah lama, dakwat dah kering serta sebati dengan material pakaian memang susah nak dihilangkan. Ada kalanya dakwat yang kurang degil boleh dihilangkan dengan menggunakan petua-petua tertentu. Kalau dah guna petua-petua tertentu pun dakwat masih lagi tak hilang maksudnya dakwat tu memang tegolong dalam kalangan dakwat degillah tu. Heavy duty punya dakwat kot.

Itulah yang terjadi kepada baju uniform anak bujang aku. Cuti sekolah seminggu baru-baru ini dia bawa balik uniform yang dah kena dakwat. Dah mengering dan sebati dengan material. Nampak baju tu nak kena "write off" tapi masalahnya kalau "write off" yang kena dakwat ini mestilah ada gantinya. Uniform "embroidery" macam ni susah nak tempah. Kena tempah di tempat yang sama dengan yang asal. Kalau bukan "embroidery cloth" tak ada masalah tempah di tempat lain. Pening jugak kepala aku memikirkan. Mula la aku google kot-kot ada cara untuk hilangkan dakwat tersebut. Memang ada beberapa syor. Antaranya sapu dengan ubat gigi dan lumurkan sedikit garam kemudian biarkan hingga kering atau biar semalaman. Aku cuba cara tu tapi dakwat tak hilang jugak. Aku juga cuba gunakan cuka, susu, limau nipis tapi semua tak jalan. Semua petua tu aku jumpa kat internet.

Ada 4 tompokan dakwat. Yang ini nampak dua tompok sahaja

Lagi setompok pada bahagian lengan. Setompok lagi pada bahagian perut tak nampak dalam gambar ini.
Akhirnya aku hantar ke laundry. Manalah tau kot-kot boleh hilang dakwat tu. Mula-mula aku nak beli "magic soap" yang dijual kat laundry tu tapi tuan punya laundry tu kata kalau satu baju saja eloklah hantar kat dia untuk dia buat treatment. Tak payah beli "magic soap". Aku hantarlah kat laundry dia. Upah dia tak ambil sebab belum pasti boleh hilang atau tidak dakwat tu. Kalau mujarab treatment dia maka adalah upah agaknya. Kalau tak hilang, malulah dia nak ambil upah.....gitulah agaknya kot. Lepas tiga hari laundry tu whatsapp aku kata dakwat tak boleh hilang walaupun dah dibuat treatment. Pi lah aku ambil balik baju tu. Dia ambil upah RM2 sahaja sebab treatment tak jadi. Masalah betul uniform anak aku ni. Pening aku memikirkannya.

Disebabkan laundry pun tak boleh nak hilangkan dakwat tu, aku memang dah "write off" terus uniform anak aku ni. Dulu masa aku sekolah menengah pernah terjadi dakwat pen kena baju sekolah. Tapi baju sekolah color putih jadi aku gunakan clorox sahaja. Memang boleh hilang tapi kena sental kuat sikit. Baju anak aku ni color oren, takut kalau pakai clorox akan pudarkan warna oren baju tu. Tapi disebabkan aku dah "write off" baju tersebut, apa salahnya aku cuba guna clorox. Kalau colornya pudar pun tak apa lah, aku kira "burn" sajalah. Kebetulan dalam keadaan tengah pening kepala tu aku terjumpa satu video kat youtube yang tunjukkan cara untuk hilangkan dakwat degil yang kena pakaian. Aku terfikir eloklah aku cuba ikut cara yang diajar kat youtube tu dan kalau tak hilang jugak barulah aku sental dengan clorox. 

Alhamdulillah, barangkali umur baju tu panjang lagi. Kombinasi ilmu dari youtube dan sental dengan clorox memang amat mujarab. Memang clear terus. Tak nampak langsung kesan dakwat setelah aku buat treatment ikut cara yang diajar tu. Tapi macam aku kata tadi, cara yang ditunjukkan oleh youtube tu aku tak ikut 100%. Aku hanya ambil sebahagian sahaja. Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat tu kat sini. Manalah tahu ada pembaca yang mengalami masalah macam yang aku hadapi bolehlah cuba cara ini. Kalau ada yang nak cuba buat, kenalah sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu. Bahan-bahannya aku senaraikan kat bawah ini.

Cari Denatured Alcohol atau Methylated Spirit. Kalau bahasa mudahnya Shellac Spirit.
Kalau hampa orang kampung mesti hampa ingat lagi, benda inilah yang digunakan untuk nayalakan lampu gasolin suatu ketika dulu. Cari Spirit ni kat kedai hardware. Mesti ada punya. Dah ada benda ni, cari lagi benda-benda berikut;

Cotton wool.
Tissue paper.

Next....cari clorox. Yang ini pakai sikit je.
Yang ini pun nak juga, berus untuk sental baju dengan clorox. Gambar ni ada dua tapi hampa cari satu cukup la
Okay jika bahan-bahannya dah siap dan sedia bolehlah kita mulakan proses treatment tersebut. Baca bismillah dan berdoalah semoga ujikaji ini berjaya. Untuk proses treatmentnya nanti aku ceritakan dalam next entry. Tengah sedap menulis ada pulak customer call nak guna teksi. Aku ni kan pemandu teksi aka blogger jadi aku berhenti setakat ini dulu ye......to be continue  hihi.

1 comment:

  1. Salam tuan...boleh bagi link sambungan kisahnya.saya tak jumpa

    ReplyDelete