Kari kepala ikan versi aku sendiri. Kepala ikan Jenahak. |
Dua kepala ikan jenahak masak kari yang baru siap dimasak. Masih duk dalam kuali lagi. |
Minggu lepas rasa gian nak makan kari kepala ikan. Dah lama tak pekena. Aku pun pi la pasar borong Selayang beli dua ketul kepala ikan jenahak. Dua ketul RM26. Satu besar dan satu lagi sederhana. Beli bendi dan tomato sikit dan juga bahan-bahan lain. Aku kalau mengkari mesti tak lupa buh halba campur. Ada kelainan rasa kalau campurkan halba campur ke dalam masakan kari. Kalau nak bagi cantik color merah buh la sama serbuk cili. Campurkannya dengan serbuk kari. Nanti hasilnya kuah kari nampak merah cantik. Tengoklah gambar kari kepala ikan jenahak yang aku masak tu, color dia cantik merah-merah sikit.
Cerita pasal kari kepala ikan mengingatkan aku kepada kari kepala ikan Restoran Ahamed, Stadium Merdeka. Dia punya power......perghh sapa yang pernah rasa je tau. Kuah dia pekat color kehitaman. Apa gamaknya dia buh tak tau la. Tapi restoran Ahamed yang original dah lama tak ada. Tahun berapa tah last operasi dia kat sana aku pun dah tak ingat. Pada akulah, sampai hari ini pun belum ada lagi restoran kari kepala ikan yang semantap kari kepala ikan stadium merdeka. Dengar cerita restoran Ahamed berpindah operasi ke Jalan Lumut. Tapi aku pernah cuba kari kepala ikan kat tempat baru ni. Rasanya lain sangat daripada kari kepala ikan stadium merdeka. Setakat ini yang paling hampir rupa dan rasa kari kepala ikan Stadium Merdeka ialah kari kepala ikan Restoran ZK, Jalan Kampung Attap.
Kari kepala ikan Restoran ZK agak mantap juga pada aku. Kalau korang rajin google cubalah cari gambar kari kepala ikan Restoran ZK. Kuah karinya agak pekat. Kalau dituang ke atas kepala ikan, kuahnya melekat. Kalau kari kepala ikan restoran lain, kuahnya tak sepekat kari kepala ikan Restoran ZK. Lagi satu restoran kari kepala ikan yang bagi aku boleh la layan gian ialah Restoran kari kepala ikan Sri Gombak. Yang ini kuah karinya pekat jugak. Rasa dia bolehlah tahan. Korang try google, boleh tengok beza kepekatan kuah karinya berbanding restoran kari kepala ikan yang lain.
Tapi apa pun kalau nak lagi sedap kena masak sendirilah. Boleh adjust rasa yang kita sukai. Nak masam sikit boleh. Nak manis boleh. Nak pekat pun boleh. Pendek kata, boleh buat betul-betul ikut selera kita sendiri. Kalau aku suka kuah pekat. Aku tambah kentang gelek/mashed potato untuk memekatkan kuah. Setakat ini formula aku ni berjaya. Kuah likat pekat. Puas hati :)
Mana la tau korang berminat nak try masak kari kepala ikan, resepi kari kepala ikan versi aku ada di sini http://pipsterian.blogspot.com/2018/09/kari-kepala-ikan-pak-mat-yang-sangat_5.html
test
ReplyDelete