Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini http://pipsterian.blogspot.com/2018/09/kari-kepala-ikan-pak-mat-yang-sangat.html berikut adalah resepi yang sangat mervellous tersebut....hihi. Sebelum tu mai layan gambar kari kepala ikan versi Pak Mat dulu;
Aku tak tipu korang, memang sedap sangat.....hmmmmm |
Resepi Kari Kepala Ikan versi Pak Mat
(replika kari kepala ikan Stadium Merdeka :))....)
Bahan-bahan
- Sepotong kepala ikan berat dlm lingkungan 500g - 1kg (paling best ikan merah diikuti jenahak)
- 5 biji bawang kecil hiris halus
- 3 ulas bawang putih hiris halus
- 1 inci halia hiris halus
- 1 biji terung bulat potong ikut suka
- 5-6 tangkai bendi
- 1 tangkai cili merah belah dua
- 1 tangkai cili hijau belah dua
- 1 biji tomato belah ikut suka
- 5 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- Sepotong kulit kayu manis
- 2 sudu makan halba campur
- 3-4 sudu kicap pekat (kalau manis atau masin pun boleh)
- 1 sudu makan asam jawa (gaul dgn air dan ambil patinya)
- 1 paket kecil serbuk cili (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
- 2 paket kecil serbuk kari (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
- 1 batang serai diketuk
- 1 kotak kecil santan (200ml) - ganti santan dari sebiji kelapa pun boleh
- 1-2 biji kentang saiz sederhana.
- Garam dan gula secukup rasa
- 3 senduk minyak masak
Cara-cara
- Kentang kupas kulit dan rebus hingga lembut kemudian sejuk dan lenyekkan jadi macam kentang putar kfc tu. Ketepikan. Yang ini tujuannya untuk memekatkan kuah kari.
- Basuh dan asamkan kepala ikan. Biarkan ianya terendam sekejap dalam air asam dalam 5-10 minit kemudian bersih dan ketepikan. Masa beli kepala ikan kat pasar jangan lupa cium baunya supaya tak terambil kepala ikan yang dah berbau @ kepala ikan yang dah lama. Kalau terbeli yang dah berbau nanti masa nak makan hilang stim bila tercium bau kepala ikan tersebut.
- Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang kecil, bawang putih dan halia. Gaul rata serta masukkan halba campur. Tumis sampai bawang bertukar warna kekuningan kemudian masukkan serai dan pes cili. Gaul rata dan masak sehingga pes cili pecah minyak.
- Masukkan pes kari. Gaul selalu supaya ianya tidak melekat didasar kuali/periuk. Kalau kurang air bolehlah ditambah. Pes kari ni kena masak lama sikit sampai ianya pecah minyak atau sampai hilang bau kari mentah. Tambah air 2-3 kali pun tak apa asalkan pes kari cukup masak.
- Bila pes kari dah cukup masak, masukkan santan. Jika guna santan kotak, cairkan dulu dalam bekas berasingan jadi bila sampai proses ini senang kita nak tuang ke dalam kuali/periuk. Kemudian masukkan juga kentang yang telah dilenyek tadi. Masukkan juga kicap pekat. Jika kurang air, tambahlah air secukup rasa. Gaul rata bagi santan serta pes kari serta bahan lain sebati.
- Setelah menggelegak masukkan terung dan bendi kemudian perasakan dengan garam dan gula. Terpulanglah kalau hampa nak tambah pak aji atau atau cukup rasa maggi. Garam dengan gula tu buh la sikit-sikit supaya tak terlajak manis atau masin. Rasa kari yang ideal bagi aku ialah yang ada rasa sedikit manis. Sikit je manis, jangan lebih manisnya. Biarlah lebih manis dalam senyuman....hehe. Jangan lupa masukkan juga pes asam jawa. Gaul lagi bagi semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan kepala ikan. Posisikan kepala ikan tu ditengah-tengah kuali. Siram dengan kari kemudia tutup kuali supaya stim panas tak keluar dan ikan cepat empuk. Biasanya dengan api sederhana dalam jangkamasa 10-15 minit sudah mencukupi untuk memasak kepala ikan tapi jangan terus dibiarkan selama 10-15 minit tanpa diusik. Lebih kurang 4-5 minit selepas kepala ikan tadi dimasukkan, sauklah bahagian bawah kepala ikan tersebut supaya ianya tidak melekat dengan kuali dan siram lagi kepala ikan tersebut dengan kuah kari. Kemudian tutup semula.
- Balikkan kepala ikan tersebut selepas 7-8 minit dari mula kepala ikan tadi dimasukkan. Siram lagi bahagian atas dengan kuah kari dan masa inilah kita masukkan tomato dan cili merah serta hijau. Masa ni perhatikan kuah anda. Kalau terlebih pekat, tambahlah air tapi air PANAS ye bukan air sejuk. Kalau tambah air sejuk kuah kari akan ambil lebih masa untuk menggelegak. Tapi jika guna air panas yang dah sedia menggelegak, tahap kepanasan kuah kari tetap sama. Lepas tambah air, gaul dan kacau pelan-pelan supaya kuah sebati. Tutup semula kuali. Jangan selalu usik kepala ikan kalau tak kepala ikan jadi relai.
- Selepas 10 minit daripada mula kepala ikan tadi dimasukkan cubalah cucuk bahagian kepala ikan yang ada isi dengan garfu. Kalau tembus isi ikan maknanya dah masaklah kepala ikan tu. Rasa dulu kuah kari biar cukup rasa masin dan manisnya. Jika ada yang kurang tambahlah waktu ini. Tunggu seminit dua lagi kemudian bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nota;
1. Kepala ikan kalau nak potong kecil boleh, nak seketul kepala tanpa dipotong kecil pun boleh tapi aku suka yang tak dipotong kecil. Barulah dapat feel macam makan kat restoran kari kepala ikan :)
2. Kalau nak kari stail mamak, santan tu tak payah masukkanlah. Tapi aku suka santan yang memberikan rasa lemak dalam kari tersebut jadi kalau aku buat kari, santan memang bahan wajiblah.
3. Kuantiti kicap pekat/manis/masin terpulang ikut kehendak warna kari yang disukai. Kalau nak lebih hitam tambah kuantiti kicap tersebut. Kalau tak nak warna hitam boleh juga abaikan penggunaan kicap dalam resepi ini.
Finally aku nak habaq hampa....pada aku lah kan resepi kari kepala ikan ini memang mantappp abis. Memang aku tak cari kari kepala ikan kat luar dah lepas ni......hehe masuk bakul angkat sendiri :)
Okaylah kepada sesiapa yang nak mencuba silalah. Kalau boleh, lepas cuba bagi feedback kot ada yang kurang bolehlah ditambah baik. Selamat memasak....
3. Kuantiti kicap pekat/manis/masin terpulang ikut kehendak warna kari yang disukai. Kalau nak lebih hitam tambah kuantiti kicap tersebut. Kalau tak nak warna hitam boleh juga abaikan penggunaan kicap dalam resepi ini.
Finally aku nak habaq hampa....pada aku lah kan resepi kari kepala ikan ini memang mantappp abis. Memang aku tak cari kari kepala ikan kat luar dah lepas ni......hehe masuk bakul angkat sendiri :)
Okaylah kepada sesiapa yang nak mencuba silalah. Kalau boleh, lepas cuba bagi feedback kot ada yang kurang bolehlah ditambah baik. Selamat memasak....
No comments:
Post a Comment