Friday, 21 September 2018

Cara pilih Bendi supaya tak terbeli yang tua.

Petua ini sebenarnya kawan aku yang postkan kat whatsapp. Aku dah cuba dan memang betul. Sebelum ni memang kerja aku mematahkan hujung bendi bila nak membelinya. Haha...naya la penjual sayur. Selalunya kalau aku patahkan hujungnya dan tentulah aku beli. Ada juga aku tengok orang patahkan hujungnya masa nak beli bendi tapi lepas dah patahkan hujungnya main tinggal je. Mana boleh lagu tu. Dah patahkan kira cacatlah bendi tu kenalah kita beli. Orang lain tengok dah cacat mana dia orang nak beli dah. 

Sekarang ni senanglah sikit bila dah tau cara tentukan bendi muda atau tua dengan hanya membelek bahagian pangkal. Tengok kalau ada lubang kat pangkal maknanya bendi tualah tu. Cari yang bahagian pangkalnya tak berlubang. Tak perlu lagi patah-patahkan hujungnya. Selalunya tauke kedai akan jeling-jeling bila kita nak patahkan hujung bendi tu....haha.

Bendi muda tak berlubang pangkalnya sedangkan bendi tua ada lubang kecil pada pangkalnya.
Kalau aku pilih bendi, aku suka pilih yang saiz sederhana atau yang kecil.. Yang kecil dan sederhana rasanya lebih rangup berbanding yang besar. Tapi yelah kan, ikut cita rasa masing-masinglah. Ada yang suka besar. Ada yang suka kecil. Janji sedap sudahlah.....haha.

No comments:

Post a Comment