Gatal tangan aku nak menulis. Aku ingat hari ni aku nak turunkan teknik nak masuk entry forex lagi sekali. Yang sebelum entri ni guna time frame 1 jam. Tapi kali ini guna time frame 30 minit. Teknik ini aku namakan Teknik Cepat Kaya. Teknik ini bukan sahaja boleh bagi cepat kaya. Terlungkup pun cepat jugak. Oleh itu berhati-hatilah bila belajar ilmu melalui internet. Kalau boleh bila nak belajar carilah guru. Dah dapat guru lihatlah pulak sanadnya......hehe. Teknik ini aku reka sendiri. Pada aku okay la tapi aku tak berapa suka entri yang berpandukan time frame yang kecil. Kalau aku buat entri, biasanya aku akan tengok signal dari time frame 1 hour tapi secara peribadi aku suka berpandukan kepada signal yang aku dapat dari time frame 4 hour. Paling baik ialah check tiap-tiap time frame dari 30 minit sehinggalah weekly. Keputusan entri adalah berdasarkan kepada signal daripada time frame mana yang lebih kuat. Begitulah cara aku.
Kalau main time frame kecik iaitu 5 minit, 15 minit dan 30 minit jangan target profit tinggi. 10 pip dah cukup baik. Kalau main time frame 15 minit tapi target profit sampai 50 pip susah sikit la nak dapat. Nak target profit tinggi tengok signal dari time frame besar. Saya syorkan time frame 4 jam. Macam biasa, indi kegemaran aku ialah Stochastic. Cuma lain time frame kena guna lain parameters. Untuk time frame 30 minit aku gunakan 2 Stochastic. yang pertama Stochastic dengan parameters 21,2,2 dan Stochastic yang ke dua Stochastic dengan parameters 100,1,2. Ideanya ialah untuk mencari top dan bottom melalui Stochastic 21,2,2 dalam satu cycle uptrend atau downtrend yang lebih panjang yang akan ditunjukkan oleh Stochastic 100,1,2. Mai kita tengok chart di bawah;
Ringkasan & fungsi indi-indi yang ada kat chart di atas adalah seperti berikut;
1. Daily Pivot (dodger blue)
Fungsinya ialah untuk menunjukkan support dan resistance untuk hari tersebut. Kalau tengah uptrend daily pivot akan jadi support harian. Kalau tengah downtrend daily pivot akan jadi resistance harian. Selagi harga tidak melintasi garisan ini maka selagi itulah trend semasa sah. Jangan keliru pulak. Daily Pivot memang ada support dan resistance line dia sendiri tapi kat chart aku tu dah di modified oleh aku sendiri. Aku buang support dan resistance line dia. Kalau line tu nak dibuang secara kekal kena ubah sikit kat file MQ4. MQ4 ialah Meta Trader programming language. Yang ni tak payah ambil tau lah. Aku dulu ada banyak masa, sikit-sikit aku boleh adjust. Banyak-banyak aku pun tak tau.
2. Weekly Pivot (magenta)
Fungsinya ialah untuk menunjukkan support dan resistance untuk seminggu. Kalau tengah uptrend weekly pivot akan jadi support mingguan. Kalau tengah downtrend weekly pivot akan jadi resistance mingguan. Weekly Pivot merupakan support dan resistance line yang sangat kukuh. Perubahan trend jangkamasa panjang berlaku bila price berjaya melepasi support dan resistance ini.
3. MA20 (white) dan Stochastic 21,2,2 (yellow)
Kedua-dua indi ini saling berkaitan. Bila price cross MA20, Stoch 21,2,2 akan cross line 50. Maksudnya bila Stoch 21,2,2 berada di atas garisan 50, price sepatutnya berada di atas garisan MA20. Jika Stoch 21,2,2 berada di bawah garisan 50 bermaksud price sepatutnya berada di bawah garisan MA20. Cycle Stoch ini merupakan trend jangka pendek.
4. MA100 (red) dan Stoch 100,1,2(gray)
Kedua-dua indi ini juga saling berkaitan. Bila price cross MA100, Stoch 100,1,2 akan cross line 50. Maksudnya bila Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50, price sepatutnya berada di atas garisan MA100. Jika Stoch 100,1,2 berada di bawah garisan 50 bermaksud price sepatutnya berada di bawah garisan MA100. Cycle Stoch ini merupakan trend yang lebih panjang. Dalam satu trend yang panjang ada beberapa trend pendek. Trend yang pendek itu dalam teknik ini ialah cycle yang ditunjukkan oleh Stoch 21,2,2. Maksudnya jika Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50 (iaitu dalam keadaan uptrend) masa yang sesuai untuk beli ialah bila Stoch 21,2,2, sedang bottom (bacaan dibawah 20 atau paling baik ialah bacaan 0). Nampak tak rule buy low kita apply kat sini. Kalau nak sell high tunggu S21,2,2 naik sampai bacaan 100. Kat situ sell highlah. Kalau nak lagi high tunggu pulak S100,1,2 sampai ke bacaan 100.
Sekarang aku nak tunjukkan cara aku cari entry point. Rujuk chart di bawah;
Garisan menegak 1 dan 2 ialah entri BUY. Tengok Stoch 21,2,2 berada pada bottom sedangkan Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50. Maksudnya jangka panjang adalah uptrend maka kita cari point yang paling baik untuk buy low/bottom. Bila Stoch 21,2,2 naik balik sampai kepada bacaan 100 barulah kita exit. Aku biasanya tak tunggu sampai ke situ. Agak-agak Stoch 21,2,2 sampai 80 aku dah exit atau kadang-kadang target profit dah sampai aku cabut la.
Garisan menegak 3 ialah entri SELL sebab Stoch 100,1,2 dah berada di bawah garisan 50. Setakat aku tulis ni itulah price yang latest untuk USDJPY. Hampa tengoklah sendiri nanti kalau sell lebih kurang kat area harga tu apa jadinya. Aku pun tak tau boleh untung atau rugi. Tapi berdasarkan teknik ini, harga seterusnya akan turun. Setakat 10-20 pip aku rasa boleh dapat. Price kat area yang aku maksudkan tu ialah 122.97.
Kalau la entri dah buat tetiba Stoch 100,1,2 reverse, apa kita nak buat? Bila jumpa keadaan macam ni rujuk kepada chart di bawah;
Tengok line menegak sebelah kiri. Pada masa Stoch 21,2,2 sedang top, Stoch 100,1,2 sedang cross garisan 50 up (tempat bertanda x). Kalau anda ada entri sell ketika ini, anda tunggu masa sesuai untuk cut loss kerana trend jangka panjang sedang mula untuk berubah. Bilakah masa trend ini sah berubah? Tengok Stoch 100,1,2. Jika ia bergerak naik melepasi garisan 80 bermakna perubahan trend adalah sah. Masa ni kalau masih ada entri sell sila cut loss secepat mungkin.
Sama juga bila anda ada entri buy pada masa Stoch 100,1,2 sedang cross garisan 50 down macam yang terjadi pada garisan menegak sebelah kanan tu. Tunggu bila perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend sah iaitu bila Stoch 100,1,2 berjaya cross garisan 80 down barulah anda cut loss. Lawan pun tak guna sebab kita tak tahu sejauh mana penurunan akan terjadi. Tapi kalau nak agak sejauh mana penurunan harga akan pergi, memang boleh. Ada caranya. Yang ni aku cerita lain kali.....hehe sebab hari ni aku dah penat menaip. Okay, kepada peminat forex, semoga entri ini dapat membantu anda buat pip hijau. Kalau dapat pip merah jangan marah aku pulak no....................hehe. Jika ada kemusykilan sila tinggalkan soalan di ruangan komen. Insyaallah ada masa saya jawab.

*****************************************
Sekarang aku nak update apa jadi kalau betul kita ada entri sell at 122.97 lebih kurang pukul 11.45am tadi. Sekarang pukul 3.11pm. Aku tak masuk position ni sebab aku ada position lain....hehe (yang tentunya lebih lumayan). Jom kita tengok chart di bawah;
Ini chart entri sell 122.97 pukul 11.45am;
Ini pulak chart aku snapshoot pukul 3.11p;
Current price 122.98. Aku kata tadi 122.97. Kira 122.97 lah. Senang |
Stoch 21,2,2 touch bottom lebih kurang pukul 2.00pm. Harga terendah ialah 122.76. |
Beza harga open dan close ialah 21 pips. Aku kata kalau main TF5, 15 dan 30 minit
profit 10 pip dah cukup. Jangan nak makan banyak sangat. Kalau nak makan banyak takut tak sempat sampai. Asal pip hijau last-last jadi merah. Macam kat chart di atas tu. Lepas sampai bottom 122.76 price naik balik. Kalau nak makan banyak kan dah melepas.
No comments:
Post a Comment