Penghawa dingin kereta kalau ada masalah memang buat kita pening. Kereta aku aircondnya memang bermasalah semenjak awal tahun lagi. Aircond hanya berfungsi dengan baik pada waktu malam atau waktu hujan tapi bila siang hari panas terik atau ketika aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas, aircond tak berfungsi dengan baik. Aku yang memandu di depan pun berpeluh apa lagi anak-anak aku yang duduk di tempat duduk penumpang. Aku jadi trauma pulak bila memandu waktu tengah hari atau bila tersangkut dalam kesesekan lalulintas. Banyak kali dah aku buat pemeriksaan aircond kereta yang bermasalah tersebut kat kedai aircond. Sekali pergi ada saja part yang nak kena tukar. Kononnya kalau tukar part tertentu tersebut barulah aircond boleh jadi sejuk. Aku ikut saja tapi bila dah tukar hasilnya sama jugak. Tak ada perubahan pun. Bila cuaca panas aircond macam tak berfungsi. Bila masuk jalan yang sesak sama jugak, aircond tak berfungsi dengan sempurna. Aku tahu ramai orang yang mengalami masalah macam aku ni. Tapi tak ada daya upaya nak mengatasinya. Sama macam aku jugak, pergi ke mekanik yang repair aircond namun hasilnya setelah diperbaiki tetap sama macam sebelum diperbaiki. Lama-lama pasrah sajalah. Nak repair lagi, kena kos tambahan lagi. Macam akulah, dah makan ribu ringgit jugak la kos repair aircond tu. Masalah tak selesai jugak.
Tapi hari ini, aku puas hati sangat kerana masalah aircond kereta aku dah selesai. Rupa-rupanya "cooling coil" yang bermasalah. Sebelum ini aku pernah tukar cooling coil tersebut. Baru lebih kurang tujuh bulan lalu aku tukar cooling coil yang baru. Bukan cooling coil je yang aku tukar, banyak komponen lain juga yang aku tukar. Boleh kata komponen air cond kereta aku semuanya baru kecuali kondenser sahaja yang aku tak tukar. Malahan aku tambah lagi satu kipas kat depan kondenser menjadikan dua kipas semuanya kononnya boleh menyejukkan lagi kondenser tersebut. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Aircond tak juga berfungsi dengan sempurna. Modal dah banyak keluar tapi pulangannya tak ada.
"Cooling coil" aku yang lama sebenarnya masih elok lagi tapi ianya bersaiz kecil. Sebab itulah kereta tak boleh sejuk. Cooling coil tersebut tak mempunyai keupayaan untuk menyejukkan saiz ruang yang besar. Kalau saiz kereta kancil mungkin bolehlah kut. Aku pun tak tahu cooling coil ada saiz kecil dan besar. Aku rasa mekanik yang aku hantar repair sebelum ini pun tak tahu pasal benda ini. Tapi kedai yang aku hantar repair aircond hari ini memang pakar aircond. Aku hanya bagi tahu dia yang kereta aku tu aircondnya sejuk sikit je. Sejuk tak cukup tajam. Aku ceritalah kalau tengah hari atau jalan jem sama macam tak ada aircond. Dia check dalam setengah jam lepas tu dia bagi tau aku suruh tukar cooling coil baru. Katanya cooling koil aku saiz kecil. Tukar ke saiz yang lebih besar. Selesai masalah aku selama berbulan-bulan tu. Punya la senang penyelesaian dia. Itulah aku kata dia memang pakar aircond.
Lepas tukar cooling coil baru terasa aircondnya cukup sejuk. Kembali aku ke dunia asal setelah berbulan-bulan berada dalam alam padang pasir......haha. Selama ini aku betul-betul buang duit tukar komponen itu, tukar komponen ini, semuanya tak berhasil. Kalaulah aku tahu, awal-awal lagi aku pergi ke bengkel aircond yang satu ini. Tentu aku boleh jimat duit ribuan jugaklah kiranya. Kalau anda ada masalah aircond kereta jadi macam aku punya kes tu eloklah anda pergi ke bengkel ini. Aku kasi promote sikit kat sini. Tapi ini hanyalah untuk sesiapa yang tinggal kat Lembah Klang sahaja. Kalau yang duk jauh tu tak kan la nak datang KL semata-mata nak ke bengkel aircond tu je. Tapi kalau nak datang jugak ikut suka lah. Bengkel aircond yang aku maksudkan ini terletak kat Kepong di Jalan Metro Perdana Barat 2. Kalau anda nak cari tempat ini, carilah Stesyen Minyak Petronas. Bengkel ini terletak di belakang stesyen minyak tersebut. Kalau tak jumpa juga anda call tuan punya kedai nama Ah Hock 0173889732. Aku cerita kes aku kat sini sebab aku tahu ada ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama. Tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Macam aku ni, hari ini aku rasa lega dan lapang sungguh fikiran sebab masalah dah selesai. Aku dah cuba bengkel aircond yang satu ini dan aku puas hati dengan hasil kerja dia orang sebab itulah aku berani syorkan bengkel ini kepada anda semua. Kepada sesiapa yang nak cuba khidmat bengkel ini aku ucapkan selamat berjaya!!!
Berapa kos tukar cooling coil
ReplyDeleteRM400 utk cooling coil dan ganti hose yang bocor.
ReplyDeleteknp aircond wura sy mlm shj sejuk.. kl siang panas
ReplyDeletesaya rasa cooling coil ada masalah tu. kalau tinggal di kl elok bawa ke kedai yg saya nyatakan di atas tu. mekanik aircond boleh kesan masalah dan penyelesaiannya.
Deleteknp aircond waktu siang panas malam baru sejuk
ReplyDeletesaya pernah alami kes mcm ni. kalau siang cuaca panas aircond tak rasa sejuk. tapi kalau kereta sedang bergerak laju aircond akan rasa sejuk walaupun siang cuaca panas sebab angin bantu sejukkan aircond. lagi satu kalau kereta berhenti ditempat teduh contohnya bawah pokok, aircond akan rasa sejuk. masalah saya dulu ialah cooling coil. ada juga yg kata kipas aircond dah kurang power tapi saya tukar kipas aircond baru pun tetap jadi benda yg sama. kena tukar cooling coil jugak akhirnya. brand denso yg biasa org guna.
Deletesalam..kedai hock tue ade lagi ke,,,no hp tuh xdpapat call dh,,..atau dh berpindah?
ReplyDeletewaalaikumsalam,
Deletesaya dah setahun lebih tak pergi ke sana tapi rasanya kedai dia masih ada sbb dlm google masih ada listing business dia. mungkin tukar no fon kot. kalau nak try pergi ini alamatnya - No 6, jln metro perdana barat 2, tmn usahawan,kepong