Friday, 21 September 2018

Cara pilih Bendi supaya tak terbeli yang tua.

Petua ini sebenarnya kawan aku yang postkan kat whatsapp. Aku dah cuba dan memang betul. Sebelum ni memang kerja aku mematahkan hujung bendi bila nak membelinya. Haha...naya la penjual sayur. Selalunya kalau aku patahkan hujungnya dan tentulah aku beli. Ada juga aku tengok orang patahkan hujungnya masa nak beli bendi tapi lepas dah patahkan hujungnya main tinggal je. Mana boleh lagu tu. Dah patahkan kira cacatlah bendi tu kenalah kita beli. Orang lain tengok dah cacat mana dia orang nak beli dah. 

Sekarang ni senanglah sikit bila dah tau cara tentukan bendi muda atau tua dengan hanya membelek bahagian pangkal. Tengok kalau ada lubang kat pangkal maknanya bendi tualah tu. Cari yang bahagian pangkalnya tak berlubang. Tak perlu lagi patah-patahkan hujungnya. Selalunya tauke kedai akan jeling-jeling bila kita nak patahkan hujung bendi tu....haha.

Bendi muda tak berlubang pangkalnya sedangkan bendi tua ada lubang kecil pada pangkalnya.
Kalau aku pilih bendi, aku suka pilih yang saiz sederhana atau yang kecil.. Yang kecil dan sederhana rasanya lebih rangup berbanding yang besar. Tapi yelah kan, ikut cita rasa masing-masinglah. Ada yang suka besar. Ada yang suka kecil. Janji sedap sudahlah.....haha.

Tuesday, 18 September 2018

Menara condong Teluk Intan berwarna-warni di waktu malam


Semalam balik dari Seri Manjung sempat singgah sekejap untuk melihat menara condong kat pekan Teluk Intan. Saja nak tengok macam mana rupanya menara condong yang terkenal itu di waktu malam. Tak ramai orang dan parking pun senang. Menara condong nampak cantik di waktu malam kerana dihiasi lampu berbagai warna. Warna tersebut akan bertukar mengikut selang masa tertentu. Kanak-kanak mesti teruja....orang tua pun sama...hehe.

Wednesday, 12 September 2018

Cendol Pakcik Mat yang pekat lazat berkrim

Hehe best kan tajuk entri kali ni. Mesti tebayang di mata korang betapa sedapnya cendol durian, pulut, kacang, jagung, labu dan macam-macam lagilah. Biasanya balik dari cari ikan kat jeti Bagan Pasir memang sah aku akan singgah pekena cendol kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2016/10/meh-kita-pekena-cendolcendol-borhan.html. Nak kata sedap sangat tu tidaklah juga cuma ada banyak pilhan cendolnya. Paling aku suka ialah cendol labu. Kena pulak dengan selera aku. Ciri-ciri cendol yang aku suka ialah cendol yang berkuah pekat. Lama jugak aku fikir macam mana agaknya nak jadikan kuah santan tu pekat. Alhamdulillah berkat kajian melalui pembacaan dan pengalaman merasa macam-macam jenis cendol akhirnya dapat juga aku hasilkan cendol yang menepati citarasa aku sendiri. Kot korang nak cuba bolehlah ambil resepi aku ni. Buat sendiri kat rumah jenuh makan dan boleh ulang dua tiga kali.....perghhh itu yang paling utama hehe.

Inilah papan tanda depan gerai cendol Borhan yang teletak di jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang.
Kalau nak buat sendiri tak susah sebenarnya. Yang bestnya kalau buat sendiri, kita boleh lebihkan bahan yang kita suka. Boleh lebihkan kacang merah atau jagung atau pulut. Ikut selera sendiri. Cendol hijau ready made boleh dibeli kat pasaraya. Kalau rajin, cendol hijau boleh dibuat sendiri. Tapi aku tak lah berapa rajin sampai nak buat sendiri bahan cendolnya. Aku beli kat pasaraya je. Senang cerita.....skip bab yang susah sikit tu hehe. Tinggal lagi kena sediakan santan dan air gula. Part santan ni yang penting untuk dapatkan kepekatan yang tepat. Kena sesuaikan nisbah santan dan air.

Inilah cendol home made ku

Boleh ulang dua-tiga kali. Siap beli straw besar....hehe
Kot la korang nak try, aku bagi resepinya. Korang nak tambah apa bahan pun ikut sukalah. Sendiri nak makan mesti ikut selera masing-masing tapi asasnya iaitu air gula merah/melaka, cendol, santan dan ais wajib adalah.


Resepi cendol Pakcik Mat pekat lazat berkrim

Bahan wajib
  • 1 paket 100g cendol hijau
  • 500ml santan kelapa sawit
  • 500ml air untuk cairkan santan kelapa sawit
  • 300 gram gula merah atau gula melaka
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan 
  • Ais kiub/kisar secukup rasa
Bahan pilihan; jagung manis, kacang merah, pulut, durian, cincau, mangga, sagu atau apa-apa yang korang suka nak tambah.

Cara-cara
  1. 100g cendol paket buang airnya dan basuh dengan air bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit air kemudian masukkan gula merah/melaka diikuti oleh gula putih dan daun pandan. Gaul sentiasa supaya gula mudah cair. Setelah gula cair sepenuhnya, matikan api dan tapis adunan gula tersebut. Ketepikan dan biarkan adunan air gula tersebut sejuk.
  3. Masak 500ml santan kelapa sawit dengan dicampur 500ml air. Kalau korang nak lebih pekat kurangkan kuantiti air tapi aku syorkan nisbah 1:1 dah ok. Kalau nak cairkan lagi pun boleh terpulang citarasa masing-masing. Tambahkan juga garam.
  4. Masak santan dengan api sederhana. Sentiasa dikacau/gaul supaya santan tidak pecah minyak. Masak setakat santan panas sahaja tanpa perlu tunggu hingga menggelegak. Bila nampak ada wap keluar tu dah kira ok.
  5. Bila dah sejuk semua bahan tersebut korang bolehlah mulakan proses penyediaan cendol untuk diminum. Buh cendol hijau dalam gelas atau mangkuk, tambah kacang merah atau jagung atau pulut atau apa-apa yang korang sukalah. Tambah ais kemudian tuangkan santan dan akhir sekali tambah adunan air gula. Banyak mana nak buh adunan air gula terpulang koranglah sebab ada yang suka manis, ada yang suka kurang manis. Sebaiknya buh la sikit-sikit sehingga sampai tahap kemanisan yang korang suka.
 * Santan kelapa sawit disyorkan berdasarkan pengalaman. Dapat rasa lebih sedap berbanding santan kelapa sama ada santan kelapa parut atau santan kelapa kotak.

Wednesday, 5 September 2018

Kari kepala ikan sedapppppp sangat - Part ll

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini http://pipsterian.blogspot.com/2018/09/kari-kepala-ikan-pak-mat-yang-sangat.html berikut adalah resepi yang sangat mervellous tersebut....hihi. Sebelum tu mai layan gambar kari kepala ikan versi Pak Mat dulu;

Aku tak tipu korang, memang sedap sangat.....hmmmmm


Resepi Kari Kepala Ikan versi Pak Mat 
(replika kari kepala ikan Stadium Merdeka :))....)

Bahan-bahan
  • Sepotong kepala ikan berat dlm lingkungan 500g - 1kg (paling best ikan merah diikuti jenahak)
  • 5 biji bawang kecil hiris halus
  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 inci halia hiris halus
  • 1 biji terung bulat potong ikut suka
  • 5-6 tangkai bendi
  • 1 tangkai cili merah belah dua
  • 1 tangkai cili hijau belah dua
  • 1 biji tomato belah ikut suka
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sepotong kulit kayu manis
  • 2 sudu makan halba campur
  • 3-4 sudu kicap pekat (kalau manis atau masin pun boleh)
  • 1 sudu makan asam jawa (gaul dgn air dan ambil patinya)
  • 1 paket kecil serbuk cili (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
  • 2 paket kecil serbuk kari (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 kotak kecil santan (200ml) - ganti santan dari sebiji kelapa pun boleh
  • 1-2 biji kentang saiz sederhana.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 senduk minyak masak

Cara-cara
  1. Kentang kupas kulit dan rebus hingga lembut kemudian sejuk dan lenyekkan jadi macam kentang putar kfc tu. Ketepikan. Yang ini tujuannya untuk memekatkan kuah kari.
  2. Basuh dan asamkan kepala ikan. Biarkan ianya terendam sekejap dalam air asam dalam 5-10 minit kemudian bersih dan ketepikan. Masa beli kepala ikan kat pasar jangan lupa cium baunya supaya tak terambil kepala ikan yang dah berbau @ kepala ikan yang dah lama. Kalau terbeli yang dah berbau nanti masa nak makan hilang stim bila tercium bau kepala ikan tersebut.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang kecil, bawang putih dan halia. Gaul rata serta masukkan halba campur. Tumis sampai bawang bertukar warna kekuningan kemudian masukkan serai dan pes cili. Gaul rata dan masak sehingga pes cili pecah minyak.
  4. Masukkan pes kari. Gaul selalu supaya ianya tidak melekat didasar kuali/periuk. Kalau kurang air bolehlah ditambah. Pes kari ni kena masak lama sikit sampai ianya pecah minyak atau sampai hilang bau kari mentah. Tambah air 2-3 kali pun tak apa asalkan pes kari cukup masak.
  5. Bila pes kari dah cukup masak, masukkan santan. Jika guna santan kotak, cairkan dulu dalam bekas berasingan jadi bila sampai proses ini senang kita nak tuang ke dalam kuali/periuk. Kemudian masukkan juga kentang yang telah dilenyek tadi. Masukkan juga kicap pekat. Jika kurang air, tambahlah air secukup rasa. Gaul rata bagi santan serta pes kari serta bahan lain sebati.
  6. Setelah menggelegak masukkan terung dan bendi kemudian perasakan dengan garam dan gula. Terpulanglah kalau hampa nak tambah pak aji atau atau cukup rasa maggi. Garam dengan gula tu buh la sikit-sikit supaya tak terlajak manis atau masin. Rasa kari yang ideal bagi aku ialah yang ada rasa sedikit manis. Sikit je manis, jangan lebih manisnya. Biarlah lebih manis dalam senyuman....hehe. Jangan lupa masukkan juga pes asam jawa. Gaul lagi bagi semua bahan sebati.
  7. Kemudian masukkan kepala ikan. Posisikan kepala ikan tu ditengah-tengah kuali. Siram dengan kari kemudia tutup kuali supaya stim panas tak keluar dan ikan cepat empuk. Biasanya dengan api sederhana dalam jangkamasa 10-15 minit sudah mencukupi untuk memasak kepala ikan tapi jangan terus dibiarkan selama 10-15 minit tanpa diusik. Lebih kurang 4-5 minit selepas kepala ikan tadi dimasukkan, sauklah bahagian bawah kepala ikan tersebut supaya ianya tidak melekat dengan kuali dan siram lagi kepala ikan tersebut dengan kuah kari. Kemudian tutup semula. 
  8. Balikkan kepala ikan tersebut selepas 7-8 minit dari mula kepala ikan tadi dimasukkan. Siram lagi bahagian atas dengan kuah kari dan masa inilah kita masukkan tomato dan cili merah serta hijau. Masa ni perhatikan kuah anda. Kalau terlebih pekat, tambahlah air tapi air PANAS ye bukan air sejuk. Kalau tambah air sejuk kuah kari akan ambil lebih masa untuk menggelegak. Tapi jika guna air panas yang dah sedia menggelegak, tahap kepanasan kuah kari tetap sama. Lepas tambah air, gaul dan kacau pelan-pelan supaya kuah sebati. Tutup semula kuali. Jangan selalu usik kepala ikan kalau tak kepala ikan jadi relai.
  9. Selepas 10 minit daripada mula kepala ikan tadi dimasukkan cubalah cucuk bahagian kepala ikan yang ada isi dengan garfu. Kalau tembus isi ikan maknanya dah masaklah kepala ikan tu. Rasa dulu kuah kari biar cukup rasa masin dan manisnya. Jika ada yang kurang tambahlah waktu ini. Tunggu seminit dua lagi kemudian bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nota;
1. Kepala ikan kalau nak potong kecil boleh, nak seketul kepala tanpa dipotong kecil pun boleh tapi aku suka yang tak dipotong kecil. Barulah dapat feel macam makan kat restoran kari kepala ikan :)
2. Kalau nak kari stail mamak, santan tu tak payah masukkanlah. Tapi aku suka santan yang memberikan rasa lemak dalam kari tersebut jadi kalau aku buat kari, santan memang bahan wajiblah.
3. Kuantiti kicap pekat/manis/masin terpulang ikut kehendak warna kari yang disukai. Kalau nak lebih hitam tambah kuantiti kicap tersebut. Kalau tak nak warna hitam boleh juga abaikan penggunaan kicap dalam resepi ini.

Finally aku nak habaq hampa....pada aku lah kan resepi kari kepala ikan ini memang mantappp abis. Memang aku tak cari kari kepala ikan kat luar dah lepas ni......hehe masuk bakul angkat sendiri :)

Okaylah kepada sesiapa yang nak mencuba silalah. Kalau boleh, lepas cuba bagi feedback kot ada yang kurang bolehlah ditambah baik. Selamat memasak....

Kari kepala ikan sedapppppp sangat - Part l

Pada aku, kari kepala ikan paling best di KL semestinya kari kepala ikan Stadium Merdeka tapi malangnya restoran tersebut dah tutup lama dulu, mungkin 10 tahun lepas. Sampai sekarang aku tak boleh lupa kelikatan dan kepekatan serta rasa karinya yang unik. Khabarnya restoran kari kepala ikan Stadium Merdeka masih lagi beroperasi tapi dah bertukar lokasi sekitar Kompleks Damai. Pernah juga cuba kari kepala ikan di Kompleks Damai tu tapi rasanya tak sama dengan yang dulu masa beroperasi di Stadium Merdeka. Mungkin tukang masaknya dah tak sama. Kari kepala ikan Kompleks Damai ni pun sedap tapi bagi aku taklah sama macam yang dulu. 

Dulu aku memang rajin sangat mengulang kari kepala ikan Stadium Merdeka. Sebulan sekali dah tentu. Kalau bulan puasa aku tapau satu kepala ikan. Bawa balik rumah berbuka puasa satu famili. Paling best kepala ikan merah. Cara bungkusnya pulak tak macam sekarang. Kepala ikan dibungkus dalam kertas surat khabar yang dilapik plastik. Kuahnya pulak dibungkus dalam plastik. Balik rumah, letak kepala ikan dalam bekas kemudian curahkan kuah kari. Kalau tak silap aku restoran ni tutup semenjak tahun 2007 untuk memberi laluan kerja pemulihan. Jadi cinta aku dengan kari kepala ikan Stadium Merdeka tamat di situ.....hehe.

Cinta aku kepada kari kepala ikan Stadium Merdeka adalah cinta sejati. Oleh sebab itulah aku rajin mencari kot-kot restoran tu berpindah ke tempat lain sekitar KL. Pencarian itu membawa aku ke restoran yang kat Kompleks Damai tu salah satunya. Tapi aku tahu yang itu bukanlah cinta hati ku....hehe. Dah cuba, boleh rasa perbezaannya. Bukan tak sedap ye.....ianya sedap cuma aku lebih suka versi Stadium Medeka. Disebabkan pencarian aku tak menemui cinta aku yang hilang terpaksalah aku cari alternatif lain. Alternatif lain tu ialah buat kari kepala ikan versi sendiri dengan berpandukan kari kepala ikan Stadium Merdeka. 

Jadi aku mulakan dengan cari ciri-ciri istimewa kari kepala ikan Stadium Merdeka yang boleh aku jadikan panduan untuk hasilkan resepi kari kepala ikan yang kalau tak sama pun, hampir-hampir sama dengannya. Siapa yang pernah rasa kari kepala ikan Stadium Merdeka mesti tahu karinya agak pekat. Kepekatan kuahnya kalau kita siram atas kepala ikan, kuahnya tak jatuh semua, ada yang tertinggal di atas kepala ikan tersebut.  Kuah karinya sedikit kehitaman. Ada sedikit rasa manis tapi taklah manis sangat. Rasa manis dan masinnya balance. Rasa masam asam jawa tak terasa sangat....secukup rasa tak macam setengah kari yang terasa masamnya. Dengan ciri-ciri inilah aku lakukan ujikaji melalui kaedah trial and error. Alhamdulillah setelah banyak kali ujikaji dilakukan yang boleh kata makan tahun jugaklah akhirnya dapatlah resepi kari kepala ikan yang paling hampir dengan rasa kari kepala ikan Stadium Merdeka. Kalau hampa nak cuba silakanlah. Cumanya resepi tu aku tak postkan kat sini. Hampa tunggu next entry aku ya......pasal aku pun dah letih kelentong korang. Bagilah aku rehat sat.....lepas ni aku tulis lain. Okay jumpa lagi di next entry tapi sebelum tu mai layan gambar kari kepala ikan Stadium Merdeka versi aku kat bawah ni......hehe jangan marah naaa.
Kari kepala ikan yang sangat sedap versi aku sendiri.