Friday, 21 September 2018

Cara pilih Bendi supaya tak terbeli yang tua.

Petua ini sebenarnya kawan aku yang postkan kat whatsapp. Aku dah cuba dan memang betul. Sebelum ni memang kerja aku mematahkan hujung bendi bila nak membelinya. Haha...naya la penjual sayur. Selalunya kalau aku patahkan hujungnya dan tentulah aku beli. Ada juga aku tengok orang patahkan hujungnya masa nak beli bendi tapi lepas dah patahkan hujungnya main tinggal je. Mana boleh lagu tu. Dah patahkan kira cacatlah bendi tu kenalah kita beli. Orang lain tengok dah cacat mana dia orang nak beli dah. 

Sekarang ni senanglah sikit bila dah tau cara tentukan bendi muda atau tua dengan hanya membelek bahagian pangkal. Tengok kalau ada lubang kat pangkal maknanya bendi tualah tu. Cari yang bahagian pangkalnya tak berlubang. Tak perlu lagi patah-patahkan hujungnya. Selalunya tauke kedai akan jeling-jeling bila kita nak patahkan hujung bendi tu....haha.

Bendi muda tak berlubang pangkalnya sedangkan bendi tua ada lubang kecil pada pangkalnya.
Kalau aku pilih bendi, aku suka pilih yang saiz sederhana atau yang kecil.. Yang kecil dan sederhana rasanya lebih rangup berbanding yang besar. Tapi yelah kan, ikut cita rasa masing-masinglah. Ada yang suka besar. Ada yang suka kecil. Janji sedap sudahlah.....haha.

Tuesday, 18 September 2018

Menara condong Teluk Intan berwarna-warni di waktu malam


Semalam balik dari Seri Manjung sempat singgah sekejap untuk melihat menara condong kat pekan Teluk Intan. Saja nak tengok macam mana rupanya menara condong yang terkenal itu di waktu malam. Tak ramai orang dan parking pun senang. Menara condong nampak cantik di waktu malam kerana dihiasi lampu berbagai warna. Warna tersebut akan bertukar mengikut selang masa tertentu. Kanak-kanak mesti teruja....orang tua pun sama...hehe.

Wednesday, 12 September 2018

Cendol Pakcik Mat yang pekat lazat berkrim

Hehe best kan tajuk entri kali ni. Mesti tebayang di mata korang betapa sedapnya cendol durian, pulut, kacang, jagung, labu dan macam-macam lagilah. Biasanya balik dari cari ikan kat jeti Bagan Pasir memang sah aku akan singgah pekena cendol kat sini http://pipsterian.blogspot.com/2016/10/meh-kita-pekena-cendolcendol-borhan.html. Nak kata sedap sangat tu tidaklah juga cuma ada banyak pilhan cendolnya. Paling aku suka ialah cendol labu. Kena pulak dengan selera aku. Ciri-ciri cendol yang aku suka ialah cendol yang berkuah pekat. Lama jugak aku fikir macam mana agaknya nak jadikan kuah santan tu pekat. Alhamdulillah berkat kajian melalui pembacaan dan pengalaman merasa macam-macam jenis cendol akhirnya dapat juga aku hasilkan cendol yang menepati citarasa aku sendiri. Kot korang nak cuba bolehlah ambil resepi aku ni. Buat sendiri kat rumah jenuh makan dan boleh ulang dua tiga kali.....perghhh itu yang paling utama hehe.

Inilah papan tanda depan gerai cendol Borhan yang teletak di jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang.
Kalau nak buat sendiri tak susah sebenarnya. Yang bestnya kalau buat sendiri, kita boleh lebihkan bahan yang kita suka. Boleh lebihkan kacang merah atau jagung atau pulut. Ikut selera sendiri. Cendol hijau ready made boleh dibeli kat pasaraya. Kalau rajin, cendol hijau boleh dibuat sendiri. Tapi aku tak lah berapa rajin sampai nak buat sendiri bahan cendolnya. Aku beli kat pasaraya je. Senang cerita.....skip bab yang susah sikit tu hehe. Tinggal lagi kena sediakan santan dan air gula. Part santan ni yang penting untuk dapatkan kepekatan yang tepat. Kena sesuaikan nisbah santan dan air.

Inilah cendol home made ku

Boleh ulang dua-tiga kali. Siap beli straw besar....hehe
Kot la korang nak try, aku bagi resepinya. Korang nak tambah apa bahan pun ikut sukalah. Sendiri nak makan mesti ikut selera masing-masing tapi asasnya iaitu air gula merah/melaka, cendol, santan dan ais wajib adalah.


Resepi cendol Pakcik Mat pekat lazat berkrim

Bahan wajib
  • 1 paket 100g cendol hijau
  • 500ml santan kelapa sawit
  • 500ml air untuk cairkan santan kelapa sawit
  • 300 gram gula merah atau gula melaka
  • 5 sudu makan gula pasir
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan 
  • Ais kiub/kisar secukup rasa
Bahan pilihan; jagung manis, kacang merah, pulut, durian, cincau, mangga, sagu atau apa-apa yang korang suka nak tambah.

Cara-cara
  1. 100g cendol paket buang airnya dan basuh dengan air bersih dan toskan.
  2. Panaskan sedikit air kemudian masukkan gula merah/melaka diikuti oleh gula putih dan daun pandan. Gaul sentiasa supaya gula mudah cair. Setelah gula cair sepenuhnya, matikan api dan tapis adunan gula tersebut. Ketepikan dan biarkan adunan air gula tersebut sejuk.
  3. Masak 500ml santan kelapa sawit dengan dicampur 500ml air. Kalau korang nak lebih pekat kurangkan kuantiti air tapi aku syorkan nisbah 1:1 dah ok. Kalau nak cairkan lagi pun boleh terpulang citarasa masing-masing. Tambahkan juga garam.
  4. Masak santan dengan api sederhana. Sentiasa dikacau/gaul supaya santan tidak pecah minyak. Masak setakat santan panas sahaja tanpa perlu tunggu hingga menggelegak. Bila nampak ada wap keluar tu dah kira ok.
  5. Bila dah sejuk semua bahan tersebut korang bolehlah mulakan proses penyediaan cendol untuk diminum. Buh cendol hijau dalam gelas atau mangkuk, tambah kacang merah atau jagung atau pulut atau apa-apa yang korang sukalah. Tambah ais kemudian tuangkan santan dan akhir sekali tambah adunan air gula. Banyak mana nak buh adunan air gula terpulang koranglah sebab ada yang suka manis, ada yang suka kurang manis. Sebaiknya buh la sikit-sikit sehingga sampai tahap kemanisan yang korang suka.
 * Santan kelapa sawit disyorkan berdasarkan pengalaman. Dapat rasa lebih sedap berbanding santan kelapa sama ada santan kelapa parut atau santan kelapa kotak.

Wednesday, 5 September 2018

Kari kepala ikan sedapppppp sangat - Part ll

Seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini http://pipsterian.blogspot.com/2018/09/kari-kepala-ikan-pak-mat-yang-sangat.html berikut adalah resepi yang sangat mervellous tersebut....hihi. Sebelum tu mai layan gambar kari kepala ikan versi Pak Mat dulu;

Aku tak tipu korang, memang sedap sangat.....hmmmmm


Resepi Kari Kepala Ikan versi Pak Mat 
(replika kari kepala ikan Stadium Merdeka :))....)

Bahan-bahan
  • Sepotong kepala ikan berat dlm lingkungan 500g - 1kg (paling best ikan merah diikuti jenahak)
  • 5 biji bawang kecil hiris halus
  • 3 ulas bawang putih hiris halus
  • 1 inci halia hiris halus
  • 1 biji terung bulat potong ikut suka
  • 5-6 tangkai bendi
  • 1 tangkai cili merah belah dua
  • 1 tangkai cili hijau belah dua
  • 1 biji tomato belah ikut suka
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Sepotong kulit kayu manis
  • 2 sudu makan halba campur
  • 3-4 sudu kicap pekat (kalau manis atau masin pun boleh)
  • 1 sudu makan asam jawa (gaul dgn air dan ambil patinya)
  • 1 paket kecil serbuk cili (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
  • 2 paket kecil serbuk kari (gaul dgn sedikit air jadikan pes)
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 kotak kecil santan (200ml) - ganti santan dari sebiji kelapa pun boleh
  • 1-2 biji kentang saiz sederhana.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 senduk minyak masak

Cara-cara
  1. Kentang kupas kulit dan rebus hingga lembut kemudian sejuk dan lenyekkan jadi macam kentang putar kfc tu. Ketepikan. Yang ini tujuannya untuk memekatkan kuah kari.
  2. Basuh dan asamkan kepala ikan. Biarkan ianya terendam sekejap dalam air asam dalam 5-10 minit kemudian bersih dan ketepikan. Masa beli kepala ikan kat pasar jangan lupa cium baunya supaya tak terambil kepala ikan yang dah berbau @ kepala ikan yang dah lama. Kalau terbeli yang dah berbau nanti masa nak makan hilang stim bila tercium bau kepala ikan tersebut.
  3. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian tumis bawang kecil, bawang putih dan halia. Gaul rata serta masukkan halba campur. Tumis sampai bawang bertukar warna kekuningan kemudian masukkan serai dan pes cili. Gaul rata dan masak sehingga pes cili pecah minyak.
  4. Masukkan pes kari. Gaul selalu supaya ianya tidak melekat didasar kuali/periuk. Kalau kurang air bolehlah ditambah. Pes kari ni kena masak lama sikit sampai ianya pecah minyak atau sampai hilang bau kari mentah. Tambah air 2-3 kali pun tak apa asalkan pes kari cukup masak.
  5. Bila pes kari dah cukup masak, masukkan santan. Jika guna santan kotak, cairkan dulu dalam bekas berasingan jadi bila sampai proses ini senang kita nak tuang ke dalam kuali/periuk. Kemudian masukkan juga kentang yang telah dilenyek tadi. Masukkan juga kicap pekat. Jika kurang air, tambahlah air secukup rasa. Gaul rata bagi santan serta pes kari serta bahan lain sebati.
  6. Setelah menggelegak masukkan terung dan bendi kemudian perasakan dengan garam dan gula. Terpulanglah kalau hampa nak tambah pak aji atau atau cukup rasa maggi. Garam dengan gula tu buh la sikit-sikit supaya tak terlajak manis atau masin. Rasa kari yang ideal bagi aku ialah yang ada rasa sedikit manis. Sikit je manis, jangan lebih manisnya. Biarlah lebih manis dalam senyuman....hehe. Jangan lupa masukkan juga pes asam jawa. Gaul lagi bagi semua bahan sebati.
  7. Kemudian masukkan kepala ikan. Posisikan kepala ikan tu ditengah-tengah kuali. Siram dengan kari kemudia tutup kuali supaya stim panas tak keluar dan ikan cepat empuk. Biasanya dengan api sederhana dalam jangkamasa 10-15 minit sudah mencukupi untuk memasak kepala ikan tapi jangan terus dibiarkan selama 10-15 minit tanpa diusik. Lebih kurang 4-5 minit selepas kepala ikan tadi dimasukkan, sauklah bahagian bawah kepala ikan tersebut supaya ianya tidak melekat dengan kuali dan siram lagi kepala ikan tersebut dengan kuah kari. Kemudian tutup semula. 
  8. Balikkan kepala ikan tersebut selepas 7-8 minit dari mula kepala ikan tadi dimasukkan. Siram lagi bahagian atas dengan kuah kari dan masa inilah kita masukkan tomato dan cili merah serta hijau. Masa ni perhatikan kuah anda. Kalau terlebih pekat, tambahlah air tapi air PANAS ye bukan air sejuk. Kalau tambah air sejuk kuah kari akan ambil lebih masa untuk menggelegak. Tapi jika guna air panas yang dah sedia menggelegak, tahap kepanasan kuah kari tetap sama. Lepas tambah air, gaul dan kacau pelan-pelan supaya kuah sebati. Tutup semula kuali. Jangan selalu usik kepala ikan kalau tak kepala ikan jadi relai.
  9. Selepas 10 minit daripada mula kepala ikan tadi dimasukkan cubalah cucuk bahagian kepala ikan yang ada isi dengan garfu. Kalau tembus isi ikan maknanya dah masaklah kepala ikan tu. Rasa dulu kuah kari biar cukup rasa masin dan manisnya. Jika ada yang kurang tambahlah waktu ini. Tunggu seminit dua lagi kemudian bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nota;
1. Kepala ikan kalau nak potong kecil boleh, nak seketul kepala tanpa dipotong kecil pun boleh tapi aku suka yang tak dipotong kecil. Barulah dapat feel macam makan kat restoran kari kepala ikan :)
2. Kalau nak kari stail mamak, santan tu tak payah masukkanlah. Tapi aku suka santan yang memberikan rasa lemak dalam kari tersebut jadi kalau aku buat kari, santan memang bahan wajiblah.
3. Kuantiti kicap pekat/manis/masin terpulang ikut kehendak warna kari yang disukai. Kalau nak lebih hitam tambah kuantiti kicap tersebut. Kalau tak nak warna hitam boleh juga abaikan penggunaan kicap dalam resepi ini.

Finally aku nak habaq hampa....pada aku lah kan resepi kari kepala ikan ini memang mantappp abis. Memang aku tak cari kari kepala ikan kat luar dah lepas ni......hehe masuk bakul angkat sendiri :)

Okaylah kepada sesiapa yang nak mencuba silalah. Kalau boleh, lepas cuba bagi feedback kot ada yang kurang bolehlah ditambah baik. Selamat memasak....

Kari kepala ikan sedapppppp sangat - Part l

Pada aku, kari kepala ikan paling best di KL semestinya kari kepala ikan Stadium Merdeka tapi malangnya restoran tersebut dah tutup lama dulu, mungkin 10 tahun lepas. Sampai sekarang aku tak boleh lupa kelikatan dan kepekatan serta rasa karinya yang unik. Khabarnya restoran kari kepala ikan Stadium Merdeka masih lagi beroperasi tapi dah bertukar lokasi sekitar Kompleks Damai. Pernah juga cuba kari kepala ikan di Kompleks Damai tu tapi rasanya tak sama dengan yang dulu masa beroperasi di Stadium Merdeka. Mungkin tukang masaknya dah tak sama. Kari kepala ikan Kompleks Damai ni pun sedap tapi bagi aku taklah sama macam yang dulu. 

Dulu aku memang rajin sangat mengulang kari kepala ikan Stadium Merdeka. Sebulan sekali dah tentu. Kalau bulan puasa aku tapau satu kepala ikan. Bawa balik rumah berbuka puasa satu famili. Paling best kepala ikan merah. Cara bungkusnya pulak tak macam sekarang. Kepala ikan dibungkus dalam kertas surat khabar yang dilapik plastik. Kuahnya pulak dibungkus dalam plastik. Balik rumah, letak kepala ikan dalam bekas kemudian curahkan kuah kari. Kalau tak silap aku restoran ni tutup semenjak tahun 2007 untuk memberi laluan kerja pemulihan. Jadi cinta aku dengan kari kepala ikan Stadium Merdeka tamat di situ.....hehe.

Cinta aku kepada kari kepala ikan Stadium Merdeka adalah cinta sejati. Oleh sebab itulah aku rajin mencari kot-kot restoran tu berpindah ke tempat lain sekitar KL. Pencarian itu membawa aku ke restoran yang kat Kompleks Damai tu salah satunya. Tapi aku tahu yang itu bukanlah cinta hati ku....hehe. Dah cuba, boleh rasa perbezaannya. Bukan tak sedap ye.....ianya sedap cuma aku lebih suka versi Stadium Medeka. Disebabkan pencarian aku tak menemui cinta aku yang hilang terpaksalah aku cari alternatif lain. Alternatif lain tu ialah buat kari kepala ikan versi sendiri dengan berpandukan kari kepala ikan Stadium Merdeka. 

Jadi aku mulakan dengan cari ciri-ciri istimewa kari kepala ikan Stadium Merdeka yang boleh aku jadikan panduan untuk hasilkan resepi kari kepala ikan yang kalau tak sama pun, hampir-hampir sama dengannya. Siapa yang pernah rasa kari kepala ikan Stadium Merdeka mesti tahu karinya agak pekat. Kepekatan kuahnya kalau kita siram atas kepala ikan, kuahnya tak jatuh semua, ada yang tertinggal di atas kepala ikan tersebut.  Kuah karinya sedikit kehitaman. Ada sedikit rasa manis tapi taklah manis sangat. Rasa manis dan masinnya balance. Rasa masam asam jawa tak terasa sangat....secukup rasa tak macam setengah kari yang terasa masamnya. Dengan ciri-ciri inilah aku lakukan ujikaji melalui kaedah trial and error. Alhamdulillah setelah banyak kali ujikaji dilakukan yang boleh kata makan tahun jugaklah akhirnya dapatlah resepi kari kepala ikan yang paling hampir dengan rasa kari kepala ikan Stadium Merdeka. Kalau hampa nak cuba silakanlah. Cumanya resepi tu aku tak postkan kat sini. Hampa tunggu next entry aku ya......pasal aku pun dah letih kelentong korang. Bagilah aku rehat sat.....lepas ni aku tulis lain. Okay jumpa lagi di next entry tapi sebelum tu mai layan gambar kari kepala ikan Stadium Merdeka versi aku kat bawah ni......hehe jangan marah naaa.
Kari kepala ikan yang sangat sedap versi aku sendiri.

Monday, 13 August 2018

Resepi Paprik yang sedap........rasanya sama macam restoran tomyam

Lama tak ke udara. Biasanya kalau lama tak update blog, pengunjung semakin berkurangan. Ibarat rumah tinggal, penuh bersawanglah jawabnya. Macam blog aku ni yang tenggelam timbul. Ada mood aku tulis, kalau tak ada mood bersawanglah jawabnya. Selalunya akan bersawanglah sebab malas nak menulis....hehe.

Hari ni sebenarnya aku bukan ada mood pun nak menulis tapi sebab aku menemui sesuatu tadi jadi elok rasanya aku tulis di sini. Bukan apa, umur dah banyak angka jadi pelupalah pulak. Kalau tak direkodkan di sini kemungkinan aku akan lupa akhirnya. Lagi pun kalau aku letakkan di sini boleh juga dikongsi dengan pembaca. Mana tau bermanfaat, dapatlah berkongsi ilmu. Panjang pulak cerita aku kan. Apa yang nak aku tulis ni ialah pasal resepi lauk paprik. Inilah makanan pilihan aku kalau pi makan kat restoran tomyam. Biasalah kalau makan kat restoran tomyam, ada yang okay masakannya dan ada jugak yang tak okay. Nasib-nasiblah.

Selalu kalau aku order nasi paprik, aku akan nilai masakan tu. Paprik mana yang lidah aku rasa sedap maka aku akan perati dan agak-agak bahan apa yang diguna yang boleh jadikan ianya sedap. Lepas tu balik rumah, jika ada masa aku cubalah buat. Selalunya tak menjadi.....hehe. Paling aku tak suka ialah paprik yang aku buat ada rasa masam sikit. Oleh sebab aku pakai prinsip "try n error" akhirnya aku dapat jawapan rasa masam itu adalah daripada sos tomato. Jadinya, sos tomato pada aku memang tak sesuai digunakan sebagai salah satu bahan untuk resepi paprik.

Hari ini aku cuba buat paprik udang. Yang sebenarnya dari malam tadi lagi aku teringin nak makan nasi paprik tapi aku tabahkan hati tunggu hari ini. Pagi tadi lepas hantar mem pergi kerja, aku balik singgah NSK Selayang beli bahan-bahan yang perlu. Dah siap beli balik rumah baru aku perasan aku lupa beli baby corn. Alamak inilah paberet aku. Nak keluar balik malas betul. Ahhh....pakai jelah apa yang ada. Lagipun aku kan bereksperimen. Tetapi untuk kali ini walaupun aku bereksperimen namun hasilnya sangat memuaskan. Aku rasa la kan, alang-alang restoran tomyam belum tentu boleh lawan kesedapan resepi paprik aku ni......haha bestnya masuk bakul angkat sendiri. Bolehlah aku katakan bahawa eksperimen resepi paprik aku berakhir di sini sebab aku dah dapat resepi paprik yang sedap dan sesuai dengan selera aku. Tengoklah ni gambarnya. Bagi hampa kecur air liur....hihi

Paprik udang hasil try n error
Baik, aku nak kongsi resepi paprik hasil try n error ini. Mudah-mudahan bermanfaat. Siapa nak cuba, silalah. Nak share boleh nak copy pun boleh. 

Resepi Paprik Udang (ayam, sotong atau campur pun boleh)
(untuk satu hidangan sahaja)
Bahan-bahan
6 ekor udang
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 tangkai serai (diketuk)
1/4 bahagian drpd sebiji bawang Holland (hiris kasar)
4-5 tangkai cili api (diketuk) - kalau nak lebih pedas tambah lagi 
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram*
1 sudu makan kicap manis*
1 sudu makan sos cili*
1 sudu makan sos ikan*
1 sudu makan Mae Pranom Thai Tom Yum chili paste* (rujuk gambar di akhir entri ini)
sedikit kubis bunga
1-2 tangkai kacang panjang
1/4 bahagian drpd sebatang carrot
1 tongkol baby corn
3-4 sudu makan minyak masak
1/2 cawan air 
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula 
1-2 helai daun limau purut (aku tak buh pasal aku tak suka)

 Cara masak
1. Bersihkan udang. Nak buang kepala boleh tak nak buang pun ok. Ikut suka nak macam mana. Aku suka kepala udang jadi aku tak buang kepala dia cuma aku potong muncung tajam dan janggut.
2. Sayur kubis bunga, kacang panjang, carrot dan baby corn potonglah ikut kegemaran hampa. Tapi aku bagi tau siap-siap sayuran ni jangan banyak sangat. Ikut sukatan yang aku bagi tu dah memadai. Masa belum potong memang nampak sikit tapi bila dah disatukan ianya akan jadi banyak.
2. Dalam bekas yang berasingan, satukan semua bahan yang bertanda *
3. Panaskan minyak tapi jangan sampai berasap. Panas sederhana dah le. lepas tu masukkan bawang putih. Tumis bagi naik bau kemudian masukkan cili kisar dan serai. Tumis lagi bagi pecah minyak.
4. Masukkan cili api diikuti oleh bahan yang bertanda *. Gaul rata kemudian masukkan udang. Biarkan sekejap.
5. Masukkan sayur dan bawang holland. Gaul rata kemudian tambah air kemudian masukkan daun limau purut (jika ada). Kalau air tu hampa rasa kurang bolehlah tambah tapi jangan tambah banyak sangat sebab ianya akan memberi kesan pada rasanya kelak. Bila menggelegak tambahlah garam dan gula. Perasakan dulu sukatan yang aku bagi tu. Tambah apa yang patut jika kurang kemasinan atau kemanisannya. Tapi rasanya sukatan gula dan garam tu dah ngam. Untuk paprik ni nisbah garam dan gula yang aku tetapkan ialah 1:2. Kalau hampa nak tambah serbuk perisa makanan pun boleh. Bila dah dapat rasa yang ngam matikan api. Lama sangat nanti sayur jadi lembut tak sedap dimakan.

*Daun limau purut akan beri kesan kepada rasa paprik. Sapa suka boleh buh, tak suka macam aku maka abaikan sahaja bahan ini.

Berikut ialah gambar Mae Pranom Thai Tom Yum chili paste. Ada logo halal In Shaa Allah boleh digunakan tanpa was-was. Restoran tomyam pun duk pakai paste yang satu ini;

Thai Chili Paste Maepranom

Yang ini anak buah aku baru balik sekolah tengok aku tengah pulun dia mai join sekali hehe...

Semoga bermanfaat dan sehingga berjumpa lagi :)

Wednesday, 28 March 2018

Menghilangkan kesan dakwat pada pakaian - Bahagian 1

Bila pakaian tekena dakwat perkara pertama yang aku fikir ialah "write off" sajalah pakaian tu. Kalau baru kena bolehlah dirawat lagi tapi kalau dah lama, dakwat dah kering serta sebati dengan material pakaian memang susah nak dihilangkan. Ada kalanya dakwat yang kurang degil boleh dihilangkan dengan menggunakan petua-petua tertentu. Kalau dah guna petua-petua tertentu pun dakwat masih lagi tak hilang maksudnya dakwat tu memang tegolong dalam kalangan dakwat degillah tu. Heavy duty punya dakwat kot.

Itulah yang terjadi kepada baju uniform anak bujang aku. Cuti sekolah seminggu baru-baru ini dia bawa balik uniform yang dah kena dakwat. Dah mengering dan sebati dengan material. Nampak baju tu nak kena "write off" tapi masalahnya kalau "write off" yang kena dakwat ini mestilah ada gantinya. Uniform "embroidery" macam ni susah nak tempah. Kena tempah di tempat yang sama dengan yang asal. Kalau bukan "embroidery cloth" tak ada masalah tempah di tempat lain. Pening jugak kepala aku memikirkan. Mula la aku google kot-kot ada cara untuk hilangkan dakwat tersebut. Memang ada beberapa syor. Antaranya sapu dengan ubat gigi dan lumurkan sedikit garam kemudian biarkan hingga kering atau biar semalaman. Aku cuba cara tu tapi dakwat tak hilang jugak. Aku juga cuba gunakan cuka, susu, limau nipis tapi semua tak jalan. Semua petua tu aku jumpa kat internet.

Ada 4 tompokan dakwat. Yang ini nampak dua tompok sahaja

Lagi setompok pada bahagian lengan. Setompok lagi pada bahagian perut tak nampak dalam gambar ini.
Akhirnya aku hantar ke laundry. Manalah tau kot-kot boleh hilang dakwat tu. Mula-mula aku nak beli "magic soap" yang dijual kat laundry tu tapi tuan punya laundry tu kata kalau satu baju saja eloklah hantar kat dia untuk dia buat treatment. Tak payah beli "magic soap". Aku hantarlah kat laundry dia. Upah dia tak ambil sebab belum pasti boleh hilang atau tidak dakwat tu. Kalau mujarab treatment dia maka adalah upah agaknya. Kalau tak hilang, malulah dia nak ambil upah.....gitulah agaknya kot. Lepas tiga hari laundry tu whatsapp aku kata dakwat tak boleh hilang walaupun dah dibuat treatment. Pi lah aku ambil balik baju tu. Dia ambil upah RM2 sahaja sebab treatment tak jadi. Masalah betul uniform anak aku ni. Pening aku memikirkannya.

Disebabkan laundry pun tak boleh nak hilangkan dakwat tu, aku memang dah "write off" terus uniform anak aku ni. Dulu masa aku sekolah menengah pernah terjadi dakwat pen kena baju sekolah. Tapi baju sekolah color putih jadi aku gunakan clorox sahaja. Memang boleh hilang tapi kena sental kuat sikit. Baju anak aku ni color oren, takut kalau pakai clorox akan pudarkan warna oren baju tu. Tapi disebabkan aku dah "write off" baju tersebut, apa salahnya aku cuba guna clorox. Kalau colornya pudar pun tak apa lah, aku kira "burn" sajalah. Kebetulan dalam keadaan tengah pening kepala tu aku terjumpa satu video kat youtube yang tunjukkan cara untuk hilangkan dakwat degil yang kena pakaian. Aku terfikir eloklah aku cuba ikut cara yang diajar kat youtube tu dan kalau tak hilang jugak barulah aku sental dengan clorox. 

Alhamdulillah, barangkali umur baju tu panjang lagi. Kombinasi ilmu dari youtube dan sental dengan clorox memang amat mujarab. Memang clear terus. Tak nampak langsung kesan dakwat setelah aku buat treatment ikut cara yang diajar tu. Tapi macam aku kata tadi, cara yang ditunjukkan oleh youtube tu aku tak ikut 100%. Aku hanya ambil sebahagian sahaja. Aku nak kongsikan ilmu yang aku dapat tu kat sini. Manalah tahu ada pembaca yang mengalami masalah macam yang aku hadapi bolehlah cuba cara ini. Kalau ada yang nak cuba buat, kenalah sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu. Bahan-bahannya aku senaraikan kat bawah ini.

Cari Denatured Alcohol atau Methylated Spirit. Kalau bahasa mudahnya Shellac Spirit.
Kalau hampa orang kampung mesti hampa ingat lagi, benda inilah yang digunakan untuk nayalakan lampu gasolin suatu ketika dulu. Cari Spirit ni kat kedai hardware. Mesti ada punya. Dah ada benda ni, cari lagi benda-benda berikut;

Cotton wool.
Tissue paper.

Next....cari clorox. Yang ini pakai sikit je.
Yang ini pun nak juga, berus untuk sental baju dengan clorox. Gambar ni ada dua tapi hampa cari satu cukup la
Okay jika bahan-bahannya dah siap dan sedia bolehlah kita mulakan proses treatment tersebut. Baca bismillah dan berdoalah semoga ujikaji ini berjaya. Untuk proses treatmentnya nanti aku ceritakan dalam next entry. Tengah sedap menulis ada pulak customer call nak guna teksi. Aku ni kan pemandu teksi aka blogger jadi aku berhenti setakat ini dulu ye......to be continue  hihi.

Monday, 12 March 2018

Cara asah pisau hingga tajam

Pisau tumpul memang buat kita "tension". Apalagi kalau nak cepat memotong tiba-tiba pisau pulak tumpul, yang nak dipotong tak putus-putus. Kalau ada batu asah dan pandai mengasah okaylah tapi kalau tak pandai asah, pisau jadi lagi tumpul, bukannya makin tajam. Dulu aku pun tak pandai mengasah pisau guna batu asah tapi ada sekali tu aku tertengok video cara-cara mengasah pisau yang betul. Semenjak itu aku jadi pandai asah pisau sehingga jadi cukup tajam. Apa yang penting, asah pisau guna batu asah kena tahu caranya. Kalau tahu cara, semua jadi mudah. Kalau hampa nak tengok video yang aku maksudkan tadi tu silalah buka link ini https://www.facebook.com/petuarawatanmujarab/videos/1401999323180488/. Video ini bagi penerangan yang jelas kenapa pisau tak tajam walaupun setelah diasah. 

Kalau ikut pemahaman aku, pisau yang diasah tak tajam disebabkan dua perkara. Satu, sudut kita asah pisau ke batu asah tidak betul dan kedua setelah kita asah pisau, kita tak buang baki besi di mata pisau yang dipanggil "burr". Hampa nak tengok rupa "burr" ni aku tunjukkan kat bawah;

Nampak tak lebihan besi kat mata pisau tu. Itulah yang dinamakan "burr"

Sudut mata pisau masa kita asah pisau ke permukaan batu asah biasanya berada dalam kedudukan senget lebih kurang 10 ke 20 darjah bergantung kepada ketebalan pisau atau parang. Kalau pisau yang nipis, disengetkan dalam sudut 10 ke 15 darjah sudah mencukupi. Kalau parang yang tebal mungkin perlu sudut 15 ke 20 darjah. Macam mana pun cara mengasah pisau yang pentingnya selepas asah, "burr" pada mata pisau tu mestilah dibuang. Caranya ialah dengan mengasah perlahan-lahan kepada bahagian batu asah yang halus. Ada juga yang menggunakan kertas pasir. Tapi kalau pisau dapur tak praktikal pulak la pakai kertas pasir. Mana ada simpan kertas pasir kat dapur. Kalau kat bengkel ada la....kan :)

Di bawah ini ada satu video seorang pakcik ajar cara asah pisau. Katanya "burr'' terjadi kerana masa asah pisau tu mungkin kita tekan kuat. Pakcik tu kata condongkan kedudukan pisau semasa diasah. Condong atau senget inilah yang saya maksudkan tadi iaitu dalam lingkungan 10 hingga 20 darjah. Tapi sebenarnya asah pisau ni boleh buat macam-macam cara cuma yang penting hasil pada akhirnya ialah ketajaman pisau.


Aku paling frust bila nak bakar ikan keli. Biasanya aku kelar dulu ikan keli tersebut supaya mudah masak apabila dibakar tapi  disebabkan guna pisau yang tumpul, kerja mengelar tu jadi susah, macam ikan keli tu ada ilmu kebal pulak......tak lut. Hampa pernah merasakannya kan....tension betul.

Saturday, 10 March 2018

Ikan Tongkol masak cuka @ masak acar

Sebenarnya ini masakan favorite aku. Bila jumpa masakan ini teringat aku kepada arwah mak. Masa kecik-kecik dulu arwah mak aku selalu masak masakan ini. Favorite kepada aku sebab ada sentimental value dan memang masakan ini pun kena dengan selera aku. Sesetengah tempat panggil masakan ini sebagai ikan masak acar. Kedua-duanya merujuk kepada masakan yang sama. Simple, mudah dan senang untuk dimasak. Berbaloi dengan rasanya. Macam-macam ikan boleh dimasak dengan cara ini tapi yang biasa ialah ikan Tenggiri, Kembung, Sardin dan Tongkol/Kayu. Lain-lain ikan pun boleh jugak, macam ikan Nyuk-nyuk, Selar dan sebagainya. Ikut selera dan kesesuaian masing-masinglah. Tapi kalau aku, yang paling aku suka guna ikan Kembung dan Tongkol.

Ikan Tongkol hitam masak cuka. Duk dalam kuali lagi.
Memang dah dua tiga hari niat aku nak makan ikan masak cuka cumanya aku tak pasti nak beli ikan Kembung atau ikan Tongkol. Kebetulan tadi aku lalu kat pasar basah. Singgah sekejap nak tengok ikan apa yang ada. Nampak Tongkol macam cantik pulak. Aku beli la ikan Tongkol. Timbang tengok ngam-ngam satu kilogram. Aku tak suruh dia orang potong sebab aku nak balik potong sendiri. Biasanya kalau jenis ikan yang boleh dipotong macam Tenggiri, Merah, Jenahak dan lain-lain memang dia orang akan tolong potong cuma yang aku kurang gemar tu kekadang dia orang potong agak sedikit tebal. Nak cun-cun macam yang kita suka kenalah bawak balik potong sendiri. Tapi kalau hampa potong sendiri kena pastikan pisau betul-betul tajam. Kalau pisau tak tajam nanti isi ikan akan pecah dan terkeluar masa hampa tekan nak potong tu. Pisau kat rumah aku memang dijamin tajam-tajam belaka sebab semuanya aku baru asah semalam jadinya konfiden memang berada ditahap tertinggilah........hehe.

Masak cuka ni senang sahaja. Ikan tu lepas potong goreng macam biasa. Cuma kalau ikut cara aku, aku suka goreng tak sampai garing supaya isi ikan maintain lembut. Kalau goreng garing, ikan jadi keras tak syok pulak nak makan nanti. Sayur-sayur yang dimasukkan pulak ikut sukalah nak buh apa pun. Ada orang buh carrot, timun, cili benggala dan lain-lain. Aku kalau masak biasnya buh timun je pasal aku malas nak potong sayur-sayuran yang lain.....hehe. Panjang cerita pulak daaa.....jom la tengok resepi ikan masak cuka cara aku kat bawah ni.

Ikan Tongkol masak cuka
Bahan
1 ekor Ikan Tongkol berat lebih kurang 1kg
6 biji bawang merah (kecil). Potong kasar - sebiji potong 4 bahagian macam tu
5 ulas bawang putih. Setiap ulas dipotong belah dua sahaja
1 inci halia potong mancis
1 biji timun saiz sederhana. Potong macam kayu api dan buang bijinya. 
10 tangkai cili api (nak pedas tambah lagi. Tak nak pedas kurangkan jumlahnya)
2 tangkai cili merah
5 sudu makan cuka 
1 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh halba
1 sudu teh serbuk kunyit
1 gelas air atau lebih bergantung banyak mana kuah yang anda nak
garam, gula dan minyak untuk menumis

Cara 
1. Ikan potong dan bersihkan. Gaul dengan garam kunyit dan goreng macam biasa cuma jangan lama sangat supaya tak garing. Ketepikan.
2. Ambil minyak goreng ikan tadi dalam 3-4 sudu makan kemudian panaskan dan tumis bawang merah, bawang putih juga halia. Masukkan juga biji sawi dan halba. 
3. Bahan tumis naik bau, masukkan air. Gaul rata kemudian masukkan serbuk kunyit, cili api, timun dan sayur-sayuran lain jika ada. Gaul rata dan biarkan sebentar.
4. Masukkan cuka, gaul dan biar menggelegak. 
5. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau hampa nak buh serbuk cukup rasa atau serbuk perasa pun boleh, terpulang kepada hampalah. Mesti ada rasa masam, manis dan masin. Hampa adjustlah ikut kesesuaian selera hampa.
6. Bila rasa dah ngam, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan juga cili merah. Gaul rata kemudian tutup sebentar untuk bagi ikan sebati dengan kuah. Lepas 2-3 minit gitu padamkan api. Ikan masak cuka dah siap. 
7. Biasanya ikan masak cuka ni kalau nak bagi kuah sebati dengan ikan, lepas masak jangan terus makan. Simpan dulu sejam dua lepas tu baru makan. Lagi lama lagi bagus untuk bagi isi ikan serap kuah.

Tuesday, 13 February 2018

Banyak manakah 2,600,000.00 juta atau dalam perkataan Dua Ribu Enam Ratus Juta atau 2.6 billion itu?

Bukan gambar milik saya. Credit kpd http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/08/kisah-26-juta.html
Hari ni aku ada mood nak menulis pasal tetiba je aku teringat angka 2.6 billion yang popular itu.....hehe. Orang kata cerita 2.6 billion itu fitnah belaka tapi aku hundred percent yakin itu bukan fitnah tetapi ianya adalah cerita benar. Sampai hati hang sapu sampai lagu tu punya banyak.....kalau nak sapu pun sikit-sikit sudah la. Dua tiga puluh juta nak sapu ok lagi. Boleh la tutup sebelah mata. Sampai 2.6 billion hang sapu awat hang ingat benda ni boleh tutup ka. Money trail ni senang-senang je dikesan dalam dunia berteknologi moden sekarang ini. Naifnya hang sapu duit tak dak plan macam penyamun profesional. Nak buat jahat pun kena pandai jugak. Hang tala ikut sedap je lama-lama mesti kantoi. Tengok la ni kan dah kantoi. Punya la teruk aku tengok hang besilat nak tutup lubang tapi lubang hang kambuih bukan makin kecik malah jadi makin besar melopong.

Haittt.....banyak pulak aku merapu hari ini. Asalnya nak cerita banyak manakah 2.6 billion tapi panjang pulak merabannya. Okaylah mai kita tengok banyak manakah 2.6 billion itu. RM2.6 billion maksud aku. Kalau dalam angka penuh 2.6 billion ditulis 2,600,000,000 iaitu dalam perkataan dua ribu enam ratus juta. Umang aiii memang banyak. Kalau tidoq dalam duit not RM50 sebanyak itu confirm boleh mati lemas dihempap duit. 

Berbalik kepada soalan aku tadi iaitu banyak manakah 2.6 billion itu, ini aku jawab sendiri soalan tersebut. Apa punya olanglah Pak Mat ni, sendiri tanya sendiri jawab. Aitt......blog aku......suka aku la nak tulis apa......kihkihkih inilah dialog yang bermain dalam fikiran ku sendiri. Untuk senang faham banyak ke tak banyak jumlah tu, mai la kita tengok penerangan aku kat bawah ni;

Katalah kita diberi elaun sebanyak RM100,000 (Satu ratus ribu Ringgit Malaysia) setiap bulan dan elaun ini akan diberi berterusan sehinggalah jumlah 2.6 billion tersebut habis. Berapa lamakah kita akan dapat duit elaun RM100,000 tersebut? Mai kita tengok berapa lama ye......dari sini hampa boleh tau jumlah 2.6 billion tu sunguh sungguh sungguh banyak sangat sangat sangat.......haaa tak tau nak kata apa dah.

Okay, mula mula kita bahagikan dulu 2,600,000,00 dengan 100,000. Kita akan dapat jawapan 26,000. Jumlah 26,000 ini ialah bilangan bulan elaun RM100,000 yang kita akan dapat. Maksudnya, dengan elaun RM100,000 sebulan, kita memerlukan 26,000 bulan bagi menghabiskan jumlah wang 2.6 billion tersebut. 26,000 bulan itu adalah bersamaan dengan lebih kurang 2,166 tahun iaitu 26,000 dibahagikan dengan 12 (setahun ada 12 bulan). Oleh itu, dengan elaun sebanyak RM100,000 sebulan, 2,166 tahun diperlukan untuk menghabiskan jumlah 2.6 billion. Nampak tak banyakkkkkkk sungguhhhhh amaun yang hampa duk samun. Tu la aku kata kalau dua tiga puluh juta boleh la tutup sebelah mata. Yang ni banyak sangat, mana nak boleh tutup mata dah.

2,166 tahun tu memang lama sungguh lama....mai sini kita tengok lagu mana punya lama. Kata la...kata la usia kita hidup mencapai 100 tahun. Kalau 2,166 tahun dibahagikan dengan 100 tahun dapat jawapan  21.66. Kita hampirkan jadi 21 lah senang nak kira. Apa maksud 21 tu? Maksud dia ialah jika kita boleh hidup kemudian mati kemudian hidup semula berulang-ulang proses begitu maka dengan elaun sebanyak RM100,000 sebulan kita memerlukan 21 kali hidup mati untuk habiskan wang sebanyak 2.6 billion. Jangan hampa tak tau pulak.....jumlah tersebut sangatlah banyakkkkkk. Pasai itulah PRU 14 ni hampa kena pikiaq baik-baik jangan sampai kena tipu dan kena samun lagi sekali. Biarlah kena sekali untuk dijadikan pengajaran. Sekian dari ambo :)